Sebelum ni kalau teringin makan Hokkaido Cupcake mesti beli je kan, apa kata selepas ni anda cuba buat sendiri. Kena yakin diri, ada resipi kemudian buat ikut cara yang betul, ia bukan mustahil jadi. Ada sedikit kekurangan ia boleh diperbaiki, kalau sempurna hasilnya, itu profesional namanya. Sebagai permulaan anda boleh cuba resipi yang dikongsikan di bawah ini.
HOKKAIDO CUPCAKE
BAHAN-BAHAN:
BAHAN A:
4 biji kuning telur
Secubit garam
3 sudu besar gula kastor
Sedikit esen
1/2 cawan susu cair/susu segar
1/4 cawan minyak masak
BAHAN B:
4 biji putih telur
4 sudu besar gula kastor
1 sudu teh cream of tatar
BAHAN C: 1/2 cawan tepung gandum superfine
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
BAHAN INTI KASTARD: 200ml susu cair
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastard
4 sudu makan gula kastor
1 sudu besar mentega
1 biji telur
CARA MRMBUAT:
- Satukan telur, garam, gula dan esen vanila, putar hingga sebati.
- Kemudian masukkan susu dan minyak dalam bekas adunan telur tadi. Ketepikan.
- Sediakan pula bahan B, buat maringue dengan cara putar putih telur hingga berbuih kasar baru masukkan cream of tatar.
- Putar lagi dan masukkan pula gula kastor sedikit demi sedikit, putar lagi hingga likat atau bertanduk ( bila diterbalikkan ia tak jatuh).
- Seterusnya ayak semua bahan C, kemudian masukkan dalam adunan kuning telur. Putar sebati.
- Kemudian campurkan adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur yang telah dicampur tepung tadi sedikit demi sedikit. Gaul dengan spatula bagi sebati.
- Masukkan dalam paper cup, dan bakar dalam ketuhar yang telah sedia dipanaskan dan bakar dengan suhu 150C selama 25 minit.
- Sementara tunggu kek masak sediakan inti kastard, satukan semua bahan kastard dalam periuk dan kacau rata.
- Masak guna api perlahan sambil sentiasa kacau hingga pekat, bila meletup kecil, tutup api dan sejukkan.
- Setelah sejuk, ia sedia dipaipkan ke dalam cupkace anda.
- Hokkaido Cupcake sedia dihidangkan.
Kredit Resepi : rosliza che ya