Putu mayam biasanya dihidangkan bersama isi kelapa dan gula Melaka, sejenis makanan tradisional India yang mendapat sambutan yang cukup baik dari semua bangsa.
Jom kita tengok cara buat resepi putu mayam original yang dikongsi oleh Julia Aleen Aireish.
PUTU MAYAM
BAHAN-BAHAN:
2 cawan tepung beras – beli online di sini
2 cawan air
1 sudu teh garam
1 sudu makan minyak jagung/minyak masak – beli online di sini
Pes pandan nona manis (jika nak rasa pandan & warna hijau)
Untuk lapik: Boleh guna daun pisang semasa mengukus
Gula perang (brown sugar) – beli online di sini
Gula merah @ gula Melaka | dihiris halus
Kelapa parut putih digaul dengan secubit garam
TONTON Satay Lembut & Juicy… | Makan Di Mana Eps 20
TONTON Buttermilk Spaghetti & Mac and Cheese
CARA-CARA:
1. Sediakan daun pisang yang dipotong bentuk bulat.
2. Panas dan didih air terlebih dahulu.
3. Bila sudah mendidih, masukkan garam dan minyak jagung gaul rata.
4. Tutup api. Masukkan tepung beras sedikit-sedikit sambil terus mengacau hingga jadi adunan lembut. Jika perlu, belum jadi adunan lembut tambah tepung sedikit-sedikit sahaja.
5. Masa adunan panas masukkan ke dalam acuan maruku, pilih lubang yang paling kecil untuk putu mayam.
6. Putar acuan secara membulat di atas daun pisang yang telah disapu sedikit minyak, jangan terlalu tebal.
7. Susun dalam kukus, kukus lebih kurang 2 ke 3 minit sahaja sudah masak alihkan putu mayam ke dalam bekas.
8. Sedia dihidang bersama dengan kelapa dan gula kesukaan.
Kredit resipi: Julia Aleen Aireish
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI