

Salah satu cara untuk galakkan anak-anak untuk makan sayur-sayuran dan tambah selera makan mereka.
OMELLETE UDANG BROKOLI
BAHAN-BAHAN:
- 2 biji telur ayam
- Brokoli (dihiris nipis)
- Butter
- Lada hitam
- Garam
CARA MEMASAK:
- Panaskan kuali, masukkan butter dan udang. Goreng hingga separuh masak. Masukkan pulak brokoli yang dah dihiris nipis.
- Goreng sampai udang cukup masak. Jangan lama sangat nanti brokoli layu. Perasakan dengan serbuk lada hitam dan sedikit garam. Ketepikan.
- Pecahkan telur, masak macam nak buat telur dadar. Bila telur agak-agak nak masak, masukkan brokoli dan udang. Lipat dua.
- Balikkan sampai masak. Siap.
INFO: Boleh tambah cendawan dan sedikit susu untuk tambah rasa krim.
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Maslina Meor Radhi
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ringkas Tapi Boleh Masak Macam-Macam. Aneka Resipi Telur Dadar Mudah & Sedap

Nama je Telur Dadar tapi macam-macam menu boleh diolah dan disediakan. Semua orang suka menu telur dadar ni. Sedap malah sangat mudah nak masak. Bagi yang terasa nak makan telur dadar panas-panas tapi nak ubah sedikit rasanya supaya lebih sedap dan lain daripada telur dadar biasa, resipi-resipi yang dikongsi di bawah ini boleh dicuba. ada resipi yang diolah menjadikan menu ini lebih menarik dan lebih sedap! Anda boleh cuba.
KOLEKSI RESIPI TELUR DADAR SEDAP & PELBAGAI RASA
1. TELUR DADAR TERUNG BAKAR

BAHAN-BAHAN:
- 2 biji terung
- 2 biji telur
- Garam dan perasa secukupnya
- Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
- Bakar terung atas api sekali dengan kulit hingga warna ungu bertukar hitam.
- Biarkan sejuk dan buang kulit terung yang kehitaman tadi.
- Pecahkan telur dalam bekas dan pukul sekejap. Masukkan garam dan perasa tambahan lain. Boleh juga tambah lada sulah atau lada hitam.
- Masukkan terung dalam bekas berisi telur tadi, lenyekkan pakai garpu.
- Masukkan dalam kuali yang berisi minyak panas. Goreng macam buat telur dadar biasa tu.
- Siap! Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Jastia Taza
2. TELUR DADAR DAUN MERUNGGAI

BAHAN-BAHAN:
- 3 biji telur itik
- 4 ulas bawang merah | tumbuk
- 1 ulas bawang putih | tumbuk
- Cili kering secukupnya | tumbuk
- 3 cekak daun merunggai
- Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Pecahkan telur dan masukkan bahan tumbuk. Gaul rata.
- Masukkan daun merunggai dan perasakan secukupnya.
- Goreng hingga masak.
Kredit resipi & foto: Noor Hafiza Mohamad
Dapatkan PRIMADA SWEETHEART PINK 4L PRESSURE COOKER dengan HARGA ISTIMEWA DISINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
3. MASAK LEMAK TELUR DADAR

BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur | campur garam dan goreng dadar
- 2-3 ulas bawang merah | hiris @ tumbuk
- 1-2 ulas bawang putih | hiris @ tumbuk
- 3-4 biji cili padi | hiris @ tumbuk
- Ikan bilis secukupnya | tumbuk
- 1 batang serai | ditumbuk
- 1-2 biji terung
- Tomato
- Garam dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing.
- Kemudian masukkan terung. Biarkan masak.
- Tambahkan santan dan bila dah mendidih, masukkan telur dadar.
- Perasakan dengan garam dan perasa. Akhir sekali letakkan tomato. Siap!
Kredit resipi & foto: Suzie Zaley
4. TELUR DADAR STAIL GERAI

BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur
- 1/2 sudu teh garam
- 1/2 sudu teh serbuk lada sulah
- 1 sudu makan tepung jagung
- 1 sudu teh mayonis
- 1 biji cili merah – dicincang halus
- 1 biji bawang besar – dicincang
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan dan gaul rata.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Dadarkan telur.
- Kecilkan api, tutup kuali hingga bawah telur kuning keemasan.
- Terbalikkan telur. Masak lagi hingga telur masak.
- Angkat dan sedia untuk dihidangkan.
Nota: boleh tambah apa2 sayur, saya tambah carrot, daun sup daun bawang, bawang kuning, cili merah. Kalau nak telur tebal pakai kuali yg paling kecil.
Kredit resipi & foto: Lina Thomas
5. TELUR DADAR CENCALOK

BAHAN-BAHAN:
- 2 biji telur
- 1 sudu makan cencalok | tapis dan eorah airnya
- 1-2 biji bawang merah | hiris
- 2 biji cili padi | hiris
CARA MEMASAK:
- Satukan semua bahan dan gaul rata.
- Panaskan minyak dan goreng. Angkat bila masak.
- Enak dinikmati bersama nasi panas dan perahan limau nipis.
Kredit resipi & foto: Reen Nasreen
6. TELUR SARANG

BAHAN-BAHAN:
- 1 biji telur
- 2 ½ sudu makan air
- Garam secukup rasa
- Minyak masak – banyak
- Kuali & sudip
CARA MEMASAK:
- Panaskan kuali dengan api besar dan tuang minyak dengan banyak.
- Pecahkan telur, garam dan masukkan air. Pukul telur hingga berbuih.
- Kemudian tuang telur ke dalam minyak panas. Tarik mangkuk tinggi-tinggi supaya telur yang jatuh ke dalam kuali menjadi halus dan melebar.
- Kecilkan api dan tunggu telur hingga garing.
- Setelah kelihatan garing, terbalikkan telur. Biar hingga garing.
- Angkat dan toskan minyak. Sedia untuk dinikmati.
- Jika kurang gemar telur yang terlalu garing, boleh kurangkan masa memasak.
Kredit resipi & foto: Alia Ismail
7. CENDAWAN GORENG TELUR

BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur
- 200g m cendawan tiram
- 1/2 biji bawang besar
- 1 sudu kecil garam
CARA MEMASAK:
1. Basuh cendawan dan toskan. Ramas sedikit supaya airnya keluar.
2. Pukul telur hingga hancur dan masukkan garam serta bawang yang telah dihiris nipis. Masukkan cendawan dan gaul rata.
3. Panaskan minyak dalam kuali kemudian goreng hingga kekuningan. Masak seperti membuat telur dadar. Setelah masak, angkat dan bolehlah dinikmati.
Kredit resipi & foto: Siti Zahrah Mohd Fakhri
8. KERABU TELUR DADAR

BAHAN TELUR:
- 3 biji telur
- 1/2 sudu teh serbuk lada hitam
- Secubit garam
- 1 sudu teh tepung jagung
(Satukan dan kacau sebati. Dadarkan guna kuali non-stick. Dadar nipis-nipis. Gulung kemudian hiris nipis.)
BAHAN KERABU:
- 1 biji bawang besar – hiris nipis
- 1 kuntum bunga kantan – mayang halus
- 1 genggam daun kesom atau daun selom -mayang halus
- 1 biji tomato – buang biji & potong kecil
- 1 genggam ikan bilis goreng
- Sedikit sos ikan
- 2-3 biji limau kasturi – ambil jusnya
- Sedikit gula
BAHAN TUMBUK:
- 1 biji cili merah
- 10 biji cili padi
- 1 ulas bwang putih dibakar
- 1/2 inci belacan
CARA MEMASAK:
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk kecuali ikan bilis. Gaul hingga rata.
2. Renjiskan sedikit sos ikan. Masukkan sedikit gula, jus limau kasturi dan akhir sekali ikan bilis goreng. Gaul rata dan sesuaikan rasa.
3. Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Razainiza Saad
9. TELUR DADAR GULUNG

BAHAN-BAHAN:
- 4 biji telur
- 1 ulas bawang merah besar
- 2 sudu makan sos cili
- 1 sudu makan mayones
- 50gm sayur campur
- Sedikit minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
- Pecahkan telur dan pukul menggunakan garfu hingga kembang.
- Masukkan hirisan bawang besar, sos cili dan mayones. Kacau lagi hingga semua bahan sebati.
- Panaskan kuali dan goreng bancuhan telur tadi hingga masak. Gulungkan.
- Sedia untuk dihidangkan.
Info Chef: Boleh juga menggunakan hirisan makanan laut untuk rasa lebih enak.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
https://www.rasa.my/resipi-nasi-kerabu-kuning-sedap-masak-sendiri-baru-puas-makan/
https://www.rasa.my/resipi-rojak-ayam-sedap-masak-sendiri-puas-hati-lebih-jimat/
https://www.rasa.my/cara-masak-oden-homemade-ala-family-mart-sedap-puas-makan/
https://www.rasa.my/jom-cuba-resipi-kuih-kole-kacang-sedap-mudah-kurang-manis/
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official
Mudah Saja Nak Buat Telur Gedik, Wanita Ini Kongsi Tipsnya


Telur mata atau telur gedik yang sempurna, memang cantik diletakkan di atas juadah makanan, namun tak semua orang tahu cara untuk membuatnya.
Menerusi perkongsian daripada Laila Mijan ini, dia menunjukkan cara yang mudah untuk membuat telur gedik dengan sempurna.
CARA BUAT TELUR GEDIK DENGAN SEMPURNA
BAHAN-BAHAN:
Telur
Minyak masak – beli online DI SINI
Senduk bulat
Spatula lembut
TONTON Makan Di Mana Eps 14: Malas Nak Masak? Order Je Makan Dari Daporoy_
TONTON Dapur Rasa Live: Roti Pintal Kurma
CARA-CARA:
1.Mula-mula, masak di dalam periuk sehingga mendidih.
2. Kemudian, ambil senduk besar dan celupkan di dalam air panas. Angkat dan sapukan minyak masak supaya telur tak melekat.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
3. Kemudian, pecahkan telur di dalam bekas lain. Ini bagi memastikan telur tidak rosak. Tuang telur tersebut pada senduk tadi.

4. Secara perlahan-lahan, letak senduk di permukaan air panas tadi, tetapi jangan sampai tercelup ye.

5. Apabila dah nampak sekeliling telur memutih nak masak, barulah rendam terus senduk tu sekejap dan akan dapat bentuk telur gedik seperti dalam gambar.

6. Cara nak keluarkan telur dari senduk, guna alat spatula lembut secara berhati-hati. Selamat mencuba.

Kredit: Laila Mijan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Penggemar Sambal Masin Daun Kunyit, Serai & Petai, Rugi Tak Cuba
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official:
Resipi Lauk Simple, Telur Tomato Sedap & Tak Guna Banyak Bahan

Nak buat hidangan lauk untuk keluarga, kadang-kadang buntu juga mak-mak ni ye.
Kalau masih tercari-cari lauk simple dan cepat siap, boleh cuba resipi masak telur tomato ini.
Resipi yang dikongsikan Siti Zanariah Khalit ini, boleh dicuba dan mesti anak-anak suka.
TELUR TOMATO SIMPLE

BAHAN-BAHAN:
4 biji telur
2 biji tomato (pilih yang besar dan merah) – beli online di sini
Garam secukup rasa
Serbuk perasa (jika suka)
Gula (perlu ada untuk hilangkan rasa masam dan maung tomato)
Minyak masak – beli online di sini
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
CARA MEMASAK:
1. Panaskan kuali. Masukkan sedikit minyak masak.
2. Pecahkan telur dan kacau guna garpu. Kemudian masukkan dalam kuali. Bila telur kelihatan setengah masak, gaulkan.

3. Bila telur kelihatan 3/4 masak, angkat. Pastikan telur tidak terlalu masak.
4. Dalam kuali yang sama, masukkan sedikit lagi minyak. Masukkan hirisan tomato.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

5. Masak tomato hingga layu dan keluar airnya. Air tomato yang keluar tu akan menyedapkan lagi rasa telur.

6. Perasakan dengan garam dan gula dengan secukupnya.
7. Akhir sekali, masukkan telur. Kacau sebati dan siap untuk dihidangkan.

Kredit resipi: Siti Zanariah Khalit
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Takut Nak Masak Lemak Cili Api Negeri Sembilan? Jom Ikut Petua Ini
Hanya Guna 3 Bahan, Mudah Betul Nak Buat Cheesecake Gebu & Moist
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:

