Walaupun sekarang ni banyak kuih moden yang dibuat, kuih legend tetap ada peminatnya. Jangan dilupa kuih-kuih orang lama ni. Sedap sesangat. Kena ambil tahu juga cara nak buat kuih lama. Biar kekal sepanjang zaman. Nah, RASA kongsikan resipi kuih tepung bungkus. Senang je. Sukat pun guna cawan je uols.
(dapat 12-14 biji)
Bahan-bahan adunan putih
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat
1 sudu gula
1 sudu kecik garam
Daun pandan
Cara membuat
1. Campur semua bahan dalam periuk.
2. Panaskan atas api perlahan sehingga likat dan berkilat.
Bahan Inti:
2 sudu gula pasir
1/2 biji gula melaka / nise
Sedikit air
1/2 biji kelapa parut
1 sudu besar tepung gandum
Daun pandan
Cara membuat
1. Masak gula dengan sedikit air. Letak daun pandan.
2. Kemudian tapis ke dalam kelapa parut. Masak dengan api kecil.
3. Hampir kering, letak tepung gandum. Kemudian sejukkan.
4. Bulat-bulatkan inti.
Cara menyediakan
1. Daun pisang dilayur atas api.
2. Letak adunan putih. Kemudian letak inti dan sedikit lagi adunan putih.
3. Lipat kemas. Kukus 10 minit.
Selamat mencuba.
Resipi oleh: Nurshuhada Kamaruzzaman dari Telegram KakiMakan