
Rahsia cara dan bahan-bahan untuk menyediakan ayam goreng yang rangup serta lazat.
BAHAN-BAHAN TEPUNG
- 1kg tepung gandum
- 1/2kg tepung beras
- 2 paket kecil rempah kari (boleh tambah lagi kalau nak lebih rasa)
- 1 sudu serbuk cili (kalau mahu rasa pedas)
CARA-CARA
- Rendamkan ayam dalam bekas yang berisi ais ketul dan sedikit air (ais ini yang akan membuat tepung melekat pada ayam dan ranggup. Tidak perlu telur)
- Perasakan ayam dengan sedikit garam
- Satukan dan gaulkan bahan-bahan kering (tepung gandum, tepung beras, rempah kari dan serbuk cili)
- Ambil ayam dan golek-golekan dekat tepung tadi
- Gorengkan ayam dalam minyak yang banyak. (supaya ayam cantik masak sekata)
- Goreng ayam menggunakan api yang besar dan minyak betul-betul panas
Kredit: kak gee soto
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sup Ayam Pekat Berempah, Resepi Mudah Kegemaran Ramai

Sedapnya Sup Ayam. Jika anda menggemari Sup Ayam yang pekat berempah, resipi perkongsian saudari Zurina Zulkefli ni antara yang boleh dicuba. Sangat mudah dan tidak menggunakan banyak bahan. Menu ini tentunya menjadi pilihan para ibu kerana tidak renyah. Tidak perlu kisar bawang. Cukup sekadar hiris dan tumbuk sahaja. Jom cuba! Anda pun pasti gemarkan rasanya.
RESIPI SUP AYAM PEKAT BEREMPAH
BAHAN-BAHAN:
- 1 mangkuk ayam bahagian bertulang
- 1 paket serbuk rempah sup – beli online disini
- 1 paket sup bunjut tulang – beli online disini
- 1 biji bawang besar – hiris nipis
- 3 sudu makan minyak masak
- Rempah 4 sekawan
- 2-3 ulas bawang putih – tumbuk
- 1 hiris halia – tumbuk
- 1 biji tomato merah – potong dadu
- Air secukupnya
- Ubi kentang – beli online disini
- Garam secukup rasa
- Sedikit kiub pati ayam – beli online disini
- Hirisan daun sup
- Bawang goreng – beli online disini
CARA MEMASAK:
1.Panaskan minyak masak dan tumiskan hirisan bawang besar dan 4 sekawan. Masak sehingga layu.
2.Kemudian masukkan bawang putih dan halia. Kacau sehingga naik bau harum.
3.Kemudian masukkan tomato merah yang dipotong dadu. Kacau sehingga tomato lembik.
4. Masukkan serbuk rempah sup dan sedikit air, kacau sebati.
5. Seterusnya masukkan ayam dan gaul rata.
6. Tambah dua mangkuk air dan masukkan juga sup bunjut.
7. Masukkan ubi kentang. Tutup periuk. Biarkan sup mereneh selama 30 minit pada suhu api kecil.
8. Bila sup sudah mendidih masak, boleh perasakan dengan garam dan sedikit kiub pati ayam.
8.Taburkan daun sup dan bawang goreng. Sup Ayam sedia untuk dihidang.
Kredit resipi & foto: Zurina Zulkefli
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Daging Masak Merah, Ini Rahsia Masak Sedap Macam Dekat Kedai
Resipi Cucur Bilis Tambah Kucai & Cili Kering Tumbuk, Sangat Sedap!
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Buat Sendiri Nugget Tauhu Ayam Yang Sedap & Rangup Ni.

Tauhu yang diperbuat dari kacang soya ini memang kaya dengan protein bukan hanya sedap dijadikan campuran dalam masakan tetapi juga sedap sebagai kudapan sihat. Contohnya korang boleh buat nugget tauhu yang mudah, kalau korang tak percaya boleh cuba sendiri resipinya yang dikongsikan di sini. kerana hanya yang sedap, sihat dan mudah je RASA sharekan dengan korang semua.

NAGGUT AYAM SOS LEMON
BAHAN-BAHAN:
- 3 keping tauhu
- 1 tiup tauhu Jepun
- 1 cawan isi ayam | carik halus
- 1/2 cawan hirisan daun ketumbar
- 1/2 cawan tepung gandum
- 1 biji telur ayam
- 1 sudu makan serbuk pati ayam
- 1 sudu teh serbuk lada sulah
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
- BAHAN SOS LEMON
- 1 sudu makan pati oren Sunquick
- 1 biji lemon | ambil jus sahaja
- 1 sudu makan tepung jagung | bancuh dengan 1/2 cawan air
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 sudu teh serbuk pati ayam
- 1 ulas bawang putih | cincang
- 1 sudu teh mentega
CARA MEMASAK:
- Campurkan semua bahan untuk naggut. Gaul rata.
- Masukkan dalam loyang yang beralas plastik dan kukus hingga masak lebih kurang 10-15 minit.
- Setelah sejuk, potongkan bentuk empat segi tepat. Gaul dalam tepung yang dicampurkan dengan sedikit garam dan lada sulah. Ketepikan.
- Panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng naggut hingga kekuningan, angkat dan toskan minyak.
- Sementara itu panaskan mentega atas api kecil, tumis bawang putih hingga wangi.
- Masukkan pati oren Sun quick dan jus lemon.
- Kacau rata dan masukkan bancuhan tepung jagung.
- Kacau rata hingga mendidih menjadi sos pekat. Tutup api.
- Setelah siap hidangkan naggut dengan sos lemon.
Menu Istimewa Ayam Masak Vanggey, Sedap Hingga Menjilat Jari.

Sebut sahaja Ayam Masak Vanggey, pasti ramai yang teringat-ingat akan keenakan hidangan istimewa ni. Malah ia antara sajian yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama. Bagi anda yang teringin nak cuba masak hidangan Ayam Masak Vanggey ni untuk keluarga, resipi perkongsian saudari Rani Genga ni boleh anda cuba. Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
RESIPI AYAM MASAK VANGGEY
BAHAN-BAHAN:
- 1 ½ ekor ayam – gaul dengan garam serta serbuk kunyit
- 2 sudu makan serbuk kari ayam
- 1 sudu makan serbuk cili
- 1 cawan air
- 6 sudu makan gula merah
- Garam secukup rasa
- 1-2 tangkai daun kari
BAHAN KISAR:
- 2 biji bawang besar
- 6-7 ulas bawang putih
- Segenggam cili api
- 6 tangkai cili kering
- 2 inci halia – tak perlu buang kulit
- 1 sudu makan jintan manis
- 1 sudu makan jintan putih
- 1 keping kulit kayu manis
- 5-6 kuntum bunga lawang
- 2 batang serai
BAHAN TUMIS:
- 2 biji bawang besar
- 1 batang serai – diketuk
- 2 tangkai daun kari
- 2-3 biji tomato
- Rempah 5 sekawan
CARA MEMASAK:
1. Bersihkan ayam dan gaul bersama garam dan serbuk kunyit secukupnya.
2. Panaskan minyak masak dan goreng ayam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
3. Satukan bahan-bahan kisar dan ‘blend’ hingga halus.
4. Tumis rempah 5 sekawan seketika.
5. Kemudian masukkan bahan-bahan tumisan yang lain dan masak hingga naik bau serta keperangan.
6. Masukkan bahan-bahan kisar.
7. Tumis lagi hingga rempah masak dan pecah minyak.
8. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Gaul rata.
9. Seterusnya masukkan serbuk kari ayam dan serbuk cili. Gaul sebati.
10. Tambahkan air. Sebatikan. Pastikan rempah tidak hangus.
11. Masukkan gula merah dan garam secukup rasa. Gaul lagi supaya rasanya sekata.
12. Bila ayam sudah kelihatan pecah minyak, masukkan daun kari bagi menyedapkan lagi rasa hidangan.
13. Angkat dan sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Rani Genga
Tercari-cari ‘HOME APPLIANCES’ yang berkualiti dengan harga yang berpatutan? Boleh dapatkan DISINI.
Nak lebih banyak resipi best? Boleh cuba resipi di bawah ni: