Senangnya Buat Mi Kuning, Hiris Guna Pisau Je Tak Perlu Ada Mesin

Share

Mi kuning yang dibeli selalunya ada rasa kapur. Sudah tentu ia sedikit sebanyak ‘memotong’ selera kita untuk menjamu selera. Boleh sahaja buat sendiri mi kuning. Bahan-bahan pun mudah untuk didapati. Tiada bahan kimia asid borik.  Tidak perlu pun letak pewarna sebab warna aslinya sudah cantik. Jika mahu letak pewarna juga, boleh letak sedikit serbuk kunyit. Berikut perkongsian Norain Naim

cara untuk membuat sendiri mi kuning.

MI HOMEMADE:

BAHAN-BAHAN:
300 gram tepung gandum – BELI ONLINE
1 biji telur
Sedikit garam – BELI ONLINE
Air suam

CARA MEMBUAT:
1. Satukan semua bahan dan tambah air suam. Air agak-agak sahaja sampai doh tidak melekit pada tangan. Jangan terlebih air, nanti lembik. Kalau lembik, tambah lagi tepung.

2. Uli doh dan canaikan bagi nipis senipis mungkin.

3. Semasa canai nipis, tabur-taburkan sedikit tepung supaya tidak melekat. Selepas canai nipis bolehlah lipat. Lipat itu untuk mudah potong. Kalau yang ada mesin tidak perlu lipat.

4. Boleh mula potong nipis-nipis. Jika tiada mesin canai mi, boleh potong secara manual (guna tangan).  Ikut masing-masing untuk tahap nipis yang diinginkan.

 

5. Rebus 5 minit atau sampai mi lembut.

6. Toskan mi tadi dalam air sejuk atau berais. Ia bertujuan mengelakkan mi jadi terlebih kembang. Letakkan sedikit minyak supaya mi cantik berderai.

Bolehlah buat mi goreng, mi sup, mi kari dan sebagainya.

Sumber kredit: Norain Naim

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Published by
Has