Zaman dahulu mana ada jual rempah ‘instant’ paket. Cerita Datuk Hjh Fahariyah Hj Mohd Nordin di zaman kanak-kanaknya dahulu rempah masakan biasanya dibeli di kedai India yang menggiling sendiri di kedai mereka.
Biasanya arwah datuknya akan membeli rempah ratus segar dan akan menghantar ke kedai ini untuk digiling. Bancuhan dan sukatannya diolah sendiri olehnya. Trend rempah giling cukup popular di zaman dahulu lebih -lebih lagi sebelum kemerdekaan .
Menurut Ahli Dewan Undangan Negara ini rendang Johor warisan Tok Din (nama ayah beliau Hij Nordin Mohd Nor) resepinya ‘diturunkan’ dari arwah datuknya yang handal memasak lauk pauk Raya. Hidangan ini bagaikan sajian wajib di Aidilfitri dan AidilAdha .
“Rutin raya kami selepas solat Raya kami akan bergilir samada raya pertama di rumah ibu bapa mentua di Petaling Jaya atau di rumah ibu bapa saya di Johor Baharu. Bergantung kepada cuti, kadang-kadang berpagi raya di PJ dan sebelah petangnya ke Johor Bahru,” ujar beliau mengenai rutin beraya beliau suami isteri.
Ads
Jika di PJ mereka akan menikmati juadah rendang tok bersama lemang, bila ke Johor Bahru pula sajian pagi adalah rendang Johor dan lodeh
Menjadi wakil golongan wanita muda di Dewan Negara bekerja, di rumah ‘kerjayanya’ adalah ibu kepada dua cahaya mata Farah Alisah, 6 tahun dan Emir Hussain, 2 tahun serta suri hati kepada Amirul Hakim Manan .
Jom kita cuba Rendang Tok Din yang lazat ni dan sajian lodeh. Min dah cuba.
Ads
RENDANG TOK DIN
BAHAN-BAHAN
1kg daging lembu
40 gm lengkuas | diparut dan perah,ambil hampas sahaja
150 gm kerisik
4 biji pelaga
1 biji bunga lawang
2.5 sm kulit kayu manis
2 keping asam keping
10 gm rempah kari daging | jadikan pes
Gula melaka secukupnya
Garam dan gula secukupnya
2 liter santan
Bahan A ( rempah goreng kering) :
Ads
20 gm ketumbar | disangai
10 gm jintan putih | disangai
4 gm lada hitam
16 gm lada kering
Bahan B (bahan Kisar):
60gm serai
10 gm halia
400gm bawang merah
20gm bawang putih
CARA MEMASAK ;
1. Pijarkan minyak dan tumiskan rempah pelaga, kulit kayu manis dan bunga lawang.
2. Kemudian masukkan bahan B dan tumis hingga wangi, masukkan lengkuas, rempah kari daging dan tumis hingga pecah minyak .
3. Kemudian masukkan bahan A dan kacau sebati.
4. Masukkan daging dan separuh santan ke dalam periuk, dan kacau sebati bahan-bahan dan masak hingga daging empuk. Masukkan asam keping dan perasakan dengan garam, gula melaka dan gula . .
5. Setelah daging empuk masukkan baki santan dan renehkan dengan api perlahan.
6. Biarkan di atas api kecil, masak sehingga kering dengan dikacau sekali sekala.
7. Sajian siap untuk dihidang.
SAYUR LODEH
BAHAN BAHAN:
4 biji terung putih atau hijau | dibelah 2 dan dikerat 4)
10 batang kacang panjang | dihiris serong
300gm rebung
4 keping tauhu kering | direndam dan dipotong dadu
1 ikat soo hoon | direndam dan dipotong 2.5sm panjang
300gm kentang | dipotong dadu
30gm udang kering |direndam dan ditumbuk halus
500ml santan pekat
3 batang serai | dititik
4 helai daun salam |jika ada
4 biji cili merah
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN KISAR:
2sm kunyit hidup
2.5sm halia
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
Sedikit belacan
CARA MEMASAK
1.Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk kecuali garam.
2.Masak dan biarkan mendidih dengan selalu dikacau supaya tidak pecah santan.
3.Apabila hampir masak, masukkan garam dan gula secukup rasa.
4.Kacau sebentar dan tutup api.
5.Siap untuk dihidang.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Pernah makan dan rasa Teresek Kacang Panjang? Masakan ini popular di Kelantan, lauk rewang yang selalu disajikan semasa rewang kenduri kahwin. Menu ini memang menyelerakan makan beramai walaupun bahannya hanya kacang panjang dengan leher, kepak, kaki, hati dan pedal ayam yang tidak digunakan untuk lauk pauk hari kenduri. Sayang menu ini seperti dilupakan kerana kebanyakan majlis kahwin lauk pauk disediakan oleh katering bukan lagi secara rewang.
Ayam goreng kunyit ni kira kesukaan anak anak termasuklah bapak dia sekali senang cepat tapi tetap sedap! Mudah saja membuatnya. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Haja Saleh.
Bahan bahan untuk ayam
600 gm dada ayam (dipotong dadu)
15 gm tepung jagung
10 gm tepung beras
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk kari
Satu kiub ayam
Sedikit air
Sedikit garam. Tak perlu banyak. (sebab dah ada kiub ayam tu )
Perap dada ayam sekejap sebelum goreng dengan minyak yang secukupnya. (Biar sampai ayam tenggelam dalam minyak Sepenuhnya)
Cara memasak:
Goreng ayam sampai masak.Masukkan carrot, bawang dan kacang panjang. Angkat dan toskan.
Bahan untuk sambal
5 biji cili merah
6-10 biji cili padi merah (Dalam ni haja guna cili padi hijau)
Sedikit belacan
Sedikit gula
Sebelah tomato potong dadu boleh tumbuk sekali.
Dah kisar agak halus bahan di atas,boleh masak sekejap atas api. Ambil sedikit minyak goreng ayam tadi. masak sekejap Dalam 5-8 minit. Siap untuk dimakan. Boleh makan dengan nasi panas-panas renjis kicap . Walahhhh sedap terangkat lagi-lagi kalau sambal tu pedas BERAPI.
Buat si bujang yang suka memasak boleh mencuba resipi mudah dan lengkap ini. Hanya buat satu hidangan lengkap dengan isi ayam, sotong, dan pelbagai sayuran yang memenuhi selera anda. Masak sendiri hidangan pilihan anda baru puas hati
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.