Senduk Kayu Elakkan Buih Nasi Meleleh Keluar Dari Periuk

Share

Pelik tapi benar!  Jika anda memasak nasi menggunakan periuk biasa ,anda pasti menghadapi masalah buih nasi yang sedang mendidih terkeluar dari periuk dan tumpah sehingga mengotorkan dapur.

Jadi, petua mudah untuk mengelakkan buih nasi ini dari tertumpah. Anda hanya perlu meletakkan senduk kayu di atas permukaan periuk. Kalau ditanya kenapa? Penjelasan ilmiahnya agak rumit, tetapi penjelasan mudahnya ialah gelembung dari air mendidih pecah apabila tersentuh sendik kayu.

Senduk kayu juga menyerap kelembapan wap air. Oleh itu seduk besi tidak boleh digunakan kerana ia mudah panas.

Published by
Norasida Myasin