Senggugut! Amalkan 4 Jus Ini Gerenti Hilang Sakit

Share

Sakit senggugut memang tak terkata, ia bukan sahaja menjejaskan mood  tapi mengganggu kelancaran rutin harian. Sudah macam-macam cara dilakukan bagi mengatasi  masalah senggugut setiap bulan ini tapi gagal?  Jangan putus asa, cuba idea dengan mengamalkan empat jenis jus yang  admin kongsikan ini, harap ia membantu meredakan kesakitan. Amalkan jus ini semasa haid, mana tahu boleh menyelesaian masalah senggugut yang sekian lama anda tanggung selama ini.

JUS CAMPURAN NANAS DAN LOBAK MERAH

Gabungan buah nanas  dan lobak merah yang manis dan segar ini bukan hanya boleh meredakan sakit perut tetapi juga membantu anda  berasa lebih selesa semasa haid. Ia kerana nanas mempunyai kandungan bromelain yang membantu otot-otot dinding rahim menjadi lebih releks, sementara kandunga vitamin A yang tinggi dalam lobak merah  baik untuk kesihatan tubuh.

BAHAN-BAHAN JUS

  • 1 potong nanas
  • 2 batang lobak merah
  • 1/2 cawan air
  • 1 sudu makan madu | jika suka

CARA MEMBUAT:

  1. Masukkan kedua-dua bahan dalam pengisar bersama sedikit air.
  2. Kisar hingga halus dan tapis ambil jusnya sahaja.
  3. Jika ingin sedikit manis, boleh tambahkan satu sudu makan madu.

JUS  CAMPURAN APEL LOBAK MERAH DAN OREN

Campuran apel, lobak merah dan oren bukan hanya enak sebagai kudapan tetapi juga jus.Anda wajar  amalkan jus ini semasa  haid, kerana ketiga-tiga buah berikut kaya dengan vitamin C yang berfungsi membantu mencegah peradangan maka secara tidak langsung mampu mengurangkan rasa sakit senggugut.

BAHAN-BAHAN JUS:

  • 1 biji apel hijau
  • 2 biji oren | buang kulit dan biji
  • 4 batang lobak merah
  • 1/2cawan air

CARA MEMBUAT:

  1. Masukkan kesemua bahan dalam pengisar.
  2. Kisar halus dan tapis airnya.
  3. Sedap diminum secara sejuk.

JUS CAMPURAN BUAH AVOKADO DENGAN UBI BIT

Buah avokado  dikatakan  pereda senggugut yang baik kerana kandungan isinya berupaya menjaga keseimbangan hormon dalam tubuh badan. Di samping itu ia juga kaya dengan vitamin B6 yang membantu mencegah mood swing

dan sakit-sakit badan. Ditambah dengan buah bit yang kaya dengan zat besi.Semasa haid, tubuh kehilangan beberapa mineral, termasuk zat besi.Dengan mencampurkan buah ini ia mampu mengantikan zat besi yang hilang.

BAHAN-BAHAN JUS

  • 1 biji buah Bit |Saiz sederhana
  • 1/2 biji isi  buah Avokado
  • 1 sudu makan jus lemon
  • 1 sudu makan madu
  • 1/2  susu rendah lemak atau air

CARA MEMBUAT JUS:

  1. Campurkan semua bahan dalam pengisar  dan kisar hingga halus.
  2. Tapis dan sedia diminum bersama sedikit ais.

JUS CAMPURAN PISANG DAN BAYAM

Salah satu jus yang wajib anda cuba adalah jus campuran pisang dan bayam. Pisang kaya dengan vitamin B6 dan kalium yang membantu mengelakkan kembung. Ini kerana semasa senggugut, keadaan menjadi lebih teruk bila disertai dengan perut kembung.  Sementara bayam merupakan antioksida yang berupaya menjadikan metabolism badan menjadi lebih baik.

BAHAN-BAHAN:

  • 4 cawan  daun bayam mentah
  • 2 biji pisang | saiz sederhana
  • 150 yogurt vanila

Cara Membuat:

  1. Campaurkan semua bahan dalam pengisaa dan kisar halus.
  2. Hidangkan dengan mencampurkan ketulan ais untuk rasa lebih sedap dan sejuk.
Published by
Norasida Myasin