Bidang kulinari bukan sekadar jadi Chef aje ya adik-adik. Tapi lebih dari itu , nak jadi usahawan berjaya pun lebih dari boleh. Ni min kongsikan maklumat mengenai kolej dan Universiti Antarabangsa Inti.
Ia menawarkan menawarkan program Diploma Seni Kulinari di kampusnya di INTI International College Subang, Selangor dan juga di INTI International College Penang, di Bayan Lepas, Pulang Pinang. Kini ia terbuka untuk kemasukan Januari, April, Ogos 2019.
Program di sini menawarkan fokus yang seimbang dalam skil keusahawan dan praktikal di bidang kulinari dan operasi khidmat makanan. Ia selaras dengan kehendak piawaian industri semasa yang diamalkan dalam industri hospitaliti.
Dengan penekanan fokus terhadap pengalaman dan latihan praktikal, Inti juga menjalin hubungan dengan organisasi pelancongan, penerbangan, katering dan hospitaliti yang kukuh, pelajar berpeluang juga menerima pendedahan sebenar sejak belajar dalam tahun pertama lagi. Ini menjadi persediaan kepada pelajar untuk menghadapi industri makanan dan kulinari yang makin pesat.
Ads
INTI juga menjalin kerjasama dengan pelbagai rakan industri termasuk Delicious Group Sdn.Bhd., Monin Asia KL Sdn. Bhd. dan Hilton Malaysia. Ini membentuk asas melahirkan graduan yang cekap dan berpeluang cerah memenuhi kehendak pekerjaan dalam industri kerana pendedahan membangun skil , pengalaman dan kecekapan yang dapat dialami di industri hospitaliti ini.
Pelajar juga berpeluang menyertai pertandingan seperti Battle of the Chefs dan juga bengkel ekslusif seperti Bengkel Masterchef Australia yang berlangsung di Malaysia.
Ads
Melalui kolaborasi seperti di atas graduan dari INTI 2017 mencatatkan 99 peratus daripada graduannya berjaya mendapatkan pekerjaan dalam jangka enam bulan selepas tamat pengajian.
Progam Diploma in Culinary Arts adalah program dua tahun termasuk tempoh latihan praktikal.
Ads
Selepas tamat pengajian Diploma in Culinary Arts Programme, graduan juga boleh memilih untuk meneruskan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Perniagaan INTI (Pengurusan Hotel dan Resort Antarabangsa) iaitu program yang ditawarkan melalui kolaborasi dengan Blue Mountains International Hotel Management School, di University Torrens, Australia.
Nak maklumat lanjut layari www.newinti.edu.my
Lokasi :
i.INTI International College Subang 3, Jalan SS 15/8, Ss 15, Subang Jaya, Selangor. ii.INTI International College Penang,Z-1, Lebuh Bukit Jambul, Bukit Jambul, Bayan Lepas, Pulau Pinang
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi. Download seeNI sekarang!
Sepanjang tahun ini, produk SAJI bersama Majalah RASA telah bekerjasama dalam mengendalikan 5 siri bengkel memasak yang dijalankan di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Johor Bahru dan Kelantan. Setiap kelas yang dianjurkan adalah bertemakan sajian yang berbeza-beza dan dikendalikan oleh chef-chef yang berpengalaman.
Bermula pada bulan Mac, buat pertama kalinya Demo Memasak SAJI & Rasa diadakan di Kementerian Kerja Raya (KKR), Kuala Lumpur seterusnya Bengkel Kek & Biskut di Seri Kembangan (Mei) diikuti Bengkel Lauk Pauk & Kuih Muih Auntentik di Shah Alam (Julai). Pada bulan September pula, edisi keempat Bengkel SAJI & Rasa bertemakan Masakan Tradisi Johor & Teknik Penyimpanan Masakan Untuk Frozen telah diadakan di Johor Bahru dan diakhiri di Kelantan pada awal November yang lalu dengan bertemakan Bengkel Memasak Lauk Pauk Kenduri/Katering.
Sambutan yang diterima terhadap kelima-lima siri bengkel ini memang sangat meriah dan mendapat sambutan yang diluar jangkaan. Para peserta yang datang sangat sporting malah para chef yang terlibat juga tidak lokek berkongsi ilmu masakan menjadikan para peserta begitu teruja untuk menyertai bengkel-bengkel yang dijalankan. Pada setiap bengkel, chef akan menyediakan empat jenis masakan yang diolah dan dihasilkan menggunakan produk-produk Saji. Memang sangat mudah, sedap dan praktikal untuk dicuba di rumah. Akhir kata, terima kasih sokongan yang diberikan terhadap siri-siri Bengkel Memasak SAJI & Rasa dan semoga bertemu lagi dalam program-program lain di masa akan datang.
1. DEMO MEMASAK, KEMENTERIAN KERJA RAYA, KUALA LUMPUR
Edisi sulung siri Bengkel Memasak SAJI & Majalah Rasa dimulakan pada bulan Mac yang lalu. Bertempat di Kementerian Kerja Raya (KKR), Kuala Lumpur, telah berlangsungnya Demo Memasak SAJI & Rasa bersama lebih dari 80 ahli-ahli Puspanita KKR. Chef selebriti; Chef Imelda Haris telah dijemput bagi mengendalikan demo memasak dan beliau telah berkongsi empat resipi yang dihasilkan menggunakan produk-produk Saji iaitu Adela Butter Chicken, Pecal Sos Mentega Kacang Sunbear, Kerabu Udang SajiMee dan Teh Tarik Strawberry Slush. Sepanjang demo berlangsung, memang gamat suasana dek gelak ketawa para peserta. Malah chef juga tidak lokek untuk berkongsi pelbagai tip memasak. Program yang berlangsung selama tiga jam ini turut dihadiri oleh penaung dan pengerusi serta AJK Kanan Puspanita KKR dan ia ternyata memberi banyak ilmu baru kepada para peserta dalam menyediakan hidangan enak untuk keluarga secara cepat dan lebih mudah hanya dengan menggunakan produk-produk SAJI.
Para peserta bergambar bersama-sama selepas majlis.Chef Imelda sedang menerangkan kebaikan produk mentega kacang SunbearPeserta sedang melihat Chef Imelda menyediakan menu Adela Butter Chicken.Adela Butter Chicken & Pecal Sos Mentega Kacang SunbearKerabu Udang SajiMee & Teh Tarik Strawberry Slush.
2. BENGKEL KEK & BISKUT, SERI KEMBANGAN, SELANGOR.
Pada bulan Mei pula, telah berlangsung Bengkel Memasak SAJI & Rasa edisi kedua bertemakan Kek & Biskut. Bengkel yang dikendalikan oleh Chef Zeti Khalid; pengasas Zeti Hot Oven ini memang sangat meriah. Maklumlah, kebetulan tarikh bengkel berlangsung hampir dengan bulan puasa. Jadi memang ramai peserta yang nak sertai kelas ini sebagai persediaan menyambut hari raya. Para peserta pun bukan calang-calang. Rata-rata yang datang adalah di kalangan ‘home bakers’ yang memang mempunyai perniagaan kek dan biskut. Malah bengkel ini juga turut disertai oleh peserta lelaki. Para peserta diajar membuat empat jenis kek dan biskut menggunakan produk-produk Saji iaitu Kek Peanut Butter Sunbear, Kek Pandan Kastard, Biskut Tart Nanas Daun dan Confetti Butter Cookies. Semuanya dilakukan secara hands-on bagi memudahkan para peserta untuk belajar dan memahami teknik-teknik pembuatan kek dan biskut yang betul.
Para peserta bersama Chef Zeti.Masing-masing fokus mendengar perkongsian dari chef.Chef Zeti berkongsi tip untuk membakar kek secara mudah dan cepat.Chef sedang berkongsi cara-cara penghasilan kek yang sempurna.Hasil air tangan para peserta. Kek Peanut Butter Sunbear, Kek Pandan Kastard, Biskut Tart Nanas Daun dan Confetti Butter Cookies
3. BENGKEL LAUK PAUK & KUIH AUTENTIK, SHAH ALAM, SELANGOR.
Bertemakan Lauk Pauk & Kuih Muih Autentik, Bengkel Memasak SAJI & Rasa edisi ketiga ini mendapat sambutan yang sangat meriah dari para peserta. Rata-rata peserta yang ditemui mengatakan ia merupakan pengalaman yang paling seronok dan tidak dapat dilupakan. Dari awal lagi bengkel ini telah menerima penyertaan yang terlalu banyak malah peserta yang datang bukan hanya dari Lembah Klang sahaja bahkan ada yang sanggup datang dari Terengganu. Bertempat di Kumpulan Media Karangkraf, Shah Alam, bengkel yang dikendalikan oleh Chef Suwarsi M. Arukin ini menyajikan empat resipi lauk pauk dan kuih muih autentik yang dihasilkan menggunakan produk-produk Saji. Antaranya ialah Kuih Salat Pandan, Nasi Briyani Hujan Panas, Ayam Masak Hitam Berempah dan Kuih Vadai Udang Kering yang dihasilkan menggunakan produk Vanaspati ADELA, Krimer Sejat Cair SAJI, Kicap Lemak Manis SAJI, Garam Gunung SAJI dan minyak masak SAJI. Malah Chef Sue juga bermurah hati memberikan resipi bonus iaitu Bubur Candil Jagung yang dibuat menggunakan Krimer Sejat Cair SAJI dan Krimer Manis Jagung SAJI. Diakhir majlis, para peserta dapat membawa pulang masakan masing-masing untuk dirasa bersama keluarga serta menerima cenderahati tajaan SAJI.
Walaupun kepenatan, tapi tetap ceria.Para peserta bersama Chef Sue M ArukinChef Sue sedang berkongsi tip memasak Nasi BriyaniNasi Briyani yang siap dimasak.Sesii membuat Kuih VadaiNasi Briyani Hujan Panas, Ayam Masak Hitam Berempah,Kuih Salat Pandan dan Kuih Vadai Udang Kering
4. BENGKEL MASAKAN TRADISI JOHOR & TEKNIK PENYIMPANAN MASAKAN UNTUK FROZEN, JOHOR BAHRU.
Setelah tiga siri terdahulu dijalankan di kawasan Lembah Klang, Bengkel Memasak SAJI & Rasa berkunjung pula ke Selatan tanah air bagi menemui para pembaca setia. Aktiviti yang dijalankan pada 30 September lalu memang cukup meriah dan mendapat sambutan diluar jangkaan. Bertempat di Kolej Kemahiran Johor, Johor Bahru, bengkel dikendalikan oleh Chef Abd Razak dimana beliau telah berkongsi resipi sajian autentik Negeri Johor seperti Mee Bandung, Otak-Otak Johor dan Laksa Johor. Malah chef juga berkongsi ilmu cara-cara penyediaan menu Bebola Daging dan Sos Lada Hitam menggunakan resipi premium tetapi mudah dihasilkan di rumah. Menu-menu ini memang sangat mudah dihasilkan menggunakan produk-produk Saji seperti Marjerin ADELA, Sos Tomato SAJI, Sos Tiram SAJI, Kicap Lemak Manis SAJI, Garam Gunung SAJI dan Minyak Masak SAJI. Dalam bengkel ini juga, Chef Abd Razak bermurah hati berkongsi beberapa resipi tambahan serta tip pembungkusan & penyimpanan makanan supaya tahan lama dan boleh dieksport tanpa perlu disimpan dalam peti sejukbeku.
Chef Abd Razak bergambar kenang-kenangan bersama para peserta.Chef menerangkan teknik-teknik memasak bebola daging yang boleh dikomersilkan.
Para peserta yang sporting dan bersemangat.Tugas memasak lebih mudah dengan menggunakan produk SAJI.Bebola daging homemade yang sangat sedap dan mudah disediakan.Peserta lelaki pun ada yang turut serta.
Mee Bandung, Bebola Daging dan Sos Lada Hitam, Laksa Johor dan Otak-Otak Johor.
5. BENGKEL MASAKAN LAUK PAUK KENDURI / KATERING, KOTA BHARU, KELANTAN.
Penutup bagi edisi 2018, Bengkel Memasak Saji & Rasa telah diadakan di Kota Bharu, Kelantan. Kali ini ia bertemakan masakan kenduri dan katering dengan penyediaan makanan dalam jumlah kuantiti yang banyak. Bengkel yang dijalankan di Luxury Garden, Kota Bharu ini sememangnya mendapat sambutan di luar jangkaan dengan penyertaan seramai 51 orang peserta. Dikendalikan sendiri oleh pemilik Luxury Garden Katering, Puan Zalina Binti Zahari dengan bantuan dua orang tukang masaknya, para peserta diajar cara memasak empat resipi istimewa kenduri kendara iaitu Nasi Beriani, Ayam Kuzi, Daging Kicap dan Bubur Kacang Hijau. Kesemua menu yang dihasilkan adalah menggunakan produk-produk SAJI seperti Marjerin ADELA, Minyak Masak SAJI, Kicap Lemak Manis SAJI, Sos Tomato SAJI, dan Garam Gunung SAJI. Banyak ilmu serta tip masakan telah dikongsikan kepada para peserta yang juga terdiri daripada usahawan serta pengusaha makanan. Malah, ada yang sanggup datang dari luar Kelantan. Rata-rata peserta menyatakan rasa teruja dan gembira kerana dapat menimba ilmu yang amat berguna terutama kepada mereka yang mempunyai perniagaan katering, selaras dengan tema bengkel kali ini.
Orang-orang Kelantan memang sporting habis!Para peserta tekun mendengar penerangan dari chef.Nasi Beriani yang baru siap dimasak.Proses memasak Ayam Kuzie.Ayam Kuzie yang siap dimasak. Memang istimewa dan sangat sedap.
Di hari-hari biasa, kita pasti jarang menggunakan beras Basmathi dalam masakan harian kerana beras jenis ini boleh dikatakan agak mahal dek kerana kualitinya yang bagus. Namun untuk memasak hidangan istimewa seperti Nasi Minyak, Briyani, Nasi Arab dan lain-lain nasi tumis, amat sesuai menggunakan beras ini kerana hasilnya nanti, nasi akan menjadi cantik, tidak patah dan enak.
Namun untuk memasak beras ini, caranya sedikit berbeza dari beras biasa. Bagi yang pertama kali mencuba, pasti agak was-was dan ada kalanya beras yang dimasak tidak menjadi elok seperti diharapkan.
Untuk mendapatkan nasi basmathi yang lembut, berderai cantik dan tidak berketul, cara-caranya mudah sahaja:
Sukat beras mengikut jumlah yang anda ingini. Basuh bersih dan toskan airnya.
Masukkan beras yang telah dibasuh tadi ke dalam periuk nasi.
Masukkan air pada nisbah 1: 1.5. Maksudnya jika anda masak 1 cawan beras, tambahkan 1.5 cawan air. Rendam selama 30 minit.
Masukkan periuk ke dalam bekasnya dan masak seperti biasa. Anda pasti kagum dengan hasilnya.
Info: Pastikan cawan yang digunakan untuk menyukat beras adalah sama dengan cawan yang digunakan untuk menyukat air.
Malaysia sememangnya telah dikenali sebagai destinasi kulinari di Asia yang mempunyai ratusan makanan enak yang sentiasa mendapat perhatian dunia. Malah Malaysia juga telah dinamakan sebagai World Top Destination malah beberapa kali memenangi tempat pertama dalam pelbagai pertandingan peringkat antarabangsa.
Dan sekali lagi, Malaysia akan mengambil satu lonjakan besar dalam bidang kulinari dengan menjadi negara pertama sebagai tuan rumah pertandingan bertaraf dunia ini. Pertandingan memasak selama 4 hari ini akan diadakan dari 4 hingga 7 April di Movenpick Hotel & Convention Centre Sepang, Selangor. dihos dan dianjurkan oleh DRS PROEVENT dengan kerjasama CZ Restaurant Group, dengan sokongan Tourism Selangor.
Chef Zubir, Pengerusi WorldChef Battlefield Malaysia
WCB 2019, akan mencerminkan keadaan sebenar siri pertempuran kulinari di kalangan chef profesional dari seluruh dunia. Peserta dari Asia dan negara Afrika Mauritius akan bersaing untuk gelaran Juara Masters di Worldchef Battlefield 2019. Pertandingan ini turut disokong oleh Professional Culinaire Association (PCA) dan disahkan oleh World Association of Chefs Societies (WACS)
Lokasi pertandingan yang bakal menyaksikan pertemburan Chef-chef bertaraf dunia. – sumber worldchefbattlefield.com
Pertempuran bertaraf dunia ini akan memperlihatkan 16 pasukan dari empat chef. Masing-masing menyediakan hidangan masakan dan dinilai oleh sembilan juri dan 10 hakim lain menilai kemahiran chef di dapur.
WCB 2019, yang akan dirakamkan secara langsung dan disiarkan di negara-negara Asia, menawarkan hadiah wang tunai $ 12,000 (RM49,570) untuk pasukan juara.
Barisan ViP yang hadir dimajlis pelancaran rasmi. Dari kiri Encik Khairul Maharis (Movenpick) Chef Bob, Chef Zubir , YB Tuan Muhammad Bakhtiar bin Wan Chik (Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan kebudayaan), Datin Riana (DRS) dan Puan Noorul Ashikin Mohd Din (Pengurus Besar Tourism Selangor)
Chef profesional dan hakim Masterchef Malaysia Chef Zubir Zain yang juga Pengerusi Workd Chef Battlefield Malaysia akan mengetuai pertandingan. Panel penghakiman pula akan diketuai oleh ketua hakim Otto Weibel dari Switzerland. Otto telah menghabiskan lebih dari 30 tahun kerjaya memasak di Singapura. Dia telah membantu di restoran ayahnya sejak berusia 10 tahun dan digelar Godfather dalam bidang kulinari Singapura.
Antara juri lain pula terdiri daripada profesional industri dari Malaysia, Jerman, Sweden, Hong Kong, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!