Seri Kaya Labu. Manis Lemak Berkrim Disukai Ramai.

Share

Kombinasi sekaya dan labu menghasilkan manisan yang lemak, manis dan enak sekali. Cara penyediaannya tidak terlalu renyah dan sesuai dihidangkan buat tetamu.

 

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji labu | dibuang bijinya
  • 15 biji telur
  • 5 keping gula manisan
  • 240gm gula pasir | dimasak hingga pekat
  • Santan pekat (anggaran yang secukupnya)
  • Beberapa helai daun pandan

 

 

CARA MEMASAK:
  1. Pukul telur dengan air daun pandan sehingga naik dan berbuih.
  2. Kemudian masukkan air manisan dan tapis adunan.
  3. Masukkan santan dan kacau rata.
  4. Masukkan ke dalam buah labu dan kukus sehingga masak.
  5. Sejukkan dan hias mengikut citarasa.
Published by
Nur