Seri Muka Durian Lemak Manis. Buat Jualan Pasti Laku Keras

Share
Sekarang ni musim durian, sana sini orang menjualnya. Percubaan pertama Seri Muka Durian. Adunan ini elok utk loyang 9 atau 10inci. Loyang kita kecil tu bahagi dua dengan tupperware.
Lapisan pulut
2 cawan pulut rendam sejam,tos
2 cawan santan
garam
2 sudu besar minyak masak
*campur semua bahan kacau rata,kukus dalam loyang 25min.
*dah kukus,padatkan tekan-tekan.
Lapisan durian
1 cawan isi durian
2 cawan santan
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastad
1 sudu besar tepung beras
1 cawan gula
garam
1 biji telur
pewarna kuning
Cara membuat:
1.Kisar semua, masak atas api sampai naik wap sahaja kacau sentiasa pakai whisk. (masak kejap aje)
2.Tuang atas pulut tadi,kukus 25 min.
3. Siap untuk dihidang.
Kredit : Dayana Yana
ANDA SEDANG MENCARI PERALATAN DAN PERKAKAS DAPUR DAN RUMAH YANG MEMUDAHKAN KERJA ANDA, JOM LAYARINYA DI SINI
, BANYAK PILIHAN MENANTI.
Published by
Putri