Pelbagai jenis kuih tradisional dan salah satu yang menjadi kuih kegemaran ramai ialah kuih seri muka. Kuih ini juga boleh dihasilkan daripada bahan seperti ubi, labu ,kentang atau kacang merah. Dah biasa dengan kuih seri muka pandan, kita buat seri muka kacang merah pula. Tekstur lembut dan kenyal-kenyal dengan rasa kacang merah pasti tak jemu makan.
Seri Muka Kacang Merah (loyang 9×9) Lapisan bawah 350g pulut-basuh dan rendam antara 30 minit-1 jam.Kemudian toskan. Santan-sama paras dengan pulut kalau pulut dah masuk dalam Loyang.Kalau guna santan kotak tambahkan 1 sudu besar minyak masak 1 sudu kecil garam-masuk dalam pulut yang sudah letak santan tadi dan gaul rata. Boleh letak daun pandan,kemudian kukus dalam 20-25 minit.Sementara tunggu,boleh siapkan lapisan atas.
Lapisan atas 800 ml santan-kepekatan ikut suka.Semakin lemak semakin sedaplah santan asli lagi sedap. kacang merah dalam tin-saya guna 1/2 saja.Terpulang nak guna 1 tin pun boleh saja. Kalau nak guna airnya,kena kurangkan santan.Maknanya bahan cair jangan lebih 800 ml.Ambil sebahagian santan untuk kisar kacang merah ni, nak hancur mana terpulang. 2 biji telur 175 g tepung gandum-BELI ONLINE DI SINI 25 g tepung ubi (boleh juga guna tepung jagung)-BELI ONLINE DI SINI 230 g gula 1 sudu kecil garam pewarna merah-BELI ONLINE DI SINI
Cara memasak: 1.Pukul telur dengan whisk.Masuk baki santan dan tepung semua ditapis. 2.Kemudian masukkan kacang merah yang sudah dikisar tadi. 3.Masukkan gula dan garam juga sedikit pewarna merah. 4.Masak hingga naik wap. Sebelum tuang atas pulut, pastikan pulut itu dipanaskan semula selepas dipadatkan. 5.Kemudian tuang lapisan atas.InshaAllah licin permukaannya 6.Kukus dalam 20 minit. Sudah masak jangan terus angkat turun.Biar atas pengukus terbuka 3-4 minit baru angkat turun(itu cara saya..lain orang lain caranya)
IKLAN
selamat mencuba. *Ni tip nak hilangkan bau hanyir telur. Saya letak air daun pandan dalam 2 sudu besar.Berkesan nak hilangkan bau hanyir telur. Kalau buat perisa apapun saya letak juga air daun pandan. Lebih berkesan dari esen vanila.
Menu bergedil hidangan paling simple dan sedap dinikmati, boleh digabungkan dengan apa jua masakan. Selain rasanya sedap, ia juga menjimatkan. Puas hati bila dapat makan bergedil yang dibuat sendiri. Nikmati sendiri 5 jenis bergedil yang berlainan yang kamu perlu cuba!
1. BERGEDIL DAGING KENTANG
BAHAN-BAHAN:
4 biji ubi kentang bersaiz besar
250gm daging cincang
2 biji telur |diasingkan putih dan kuningnya
1 labu bawang besar | dicincang halus
1 pokok daun sup | dihiris halus
1 sudu teh serbuk lada sulah
1 sudu teh serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Kupas kentang dan potong dadu. Goreng hingga empuk dan tos minyaknya.
Kemudian goreng daging cincang hingga masak. Asingkan.
Tumbuk kentang yang digoreng tadi menggunakan lesung hingga lumat. Masukkan ke dalam mangkuk.
Satukan kentang, daging cincang goreng, bawang besar dan daun sup. Masukkan juga kuning telur, serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dan sedikit garam. Gaul hingga sebati.
Bentukkan adunan bulat-bulat dan leperkan.
Celup ke dalam putih telur dan goreng hingga kekuningan.
Info chef: Selain daging, boleh juga menggunakan isi ayam kisar atau makanan laut yang telah dicincang halus.
2. BERGEDEL IKAN
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ikan tuna
4 biji kentang |rebus dan dilecek
1 biji lemon |ambil parutan kulitnya
1 biji telur |pukul sedikit
Sedikit daun ketumbar |hiris
1 tangkai daun bawang |hiris
1 sudu teh serbuk lada hitam
Sedikit serbuk roti
Garam secukup rasa
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Gaulkan isi ikan bersama kentang, parutan kulit lemon, daun ketumbar, daun bawang, serbuk lada hitam dan garam secukup rasa.
Bentukkan bulat dan dileperkan mengikut saiz yang diingini. Ulangi hingga selesai.
Celup ke dalam telur dan kemudian gaulkan bersama serbuk roti dan digoreng dengan sedikit minyak sehingga warna perang keemasan.
Siap untuk dihidang.
Info Chef: Isi ikan boleh digantikan dengan ikan yang lain seperti isi ikan merah, salmon dan lain-lain yang memberikan rasanya yang tersendiri.
3. BERGEDEL SALMON
BAHAN-BAHAN:
250gm salmon | panggang dan hancurkan
1 sudu teh minyak zaitun
2 ulas bawang putih |cincang
1 /2 biji bawang Holland | cincang halus
Sedikit daun parsli |cincang halus
Sedikit cili benggala | cincang halus
1 biji telur
½ cawan serbuk roti
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 sudu teh empingan cili
2 sudu makan mayones
CARA MEMASAK:
Panaskan mentega,tumiskan bawang putih, Holland dan cili Benggala hingga layu.
Masukkan isi ikan salmon dalam mangkuk bersma telur, gaul rata.
Campurkan ke dalamnya serbuk roti, tumisan bawang tadi, daun parsli, lada hitam dan lada sulah.
Gaul rata sehingga sebati dan cukup rasa.
Bulat-bulatkan doh kemudian leperkan dan gaulkan dengan serbuk roti.
Panaskan minyak dan goreng bergedil hingga kuning keperangan. Angkar dan sedia dihidangkan dengan pencicah seperti cili sos, mayones atau sos keju.
4. BERGEDIL AYAM
(Resipi 5kg Kentang Untuk Begedil Ayam)
BAHAN-BAHAN
5kg kentang
1kg isi ayam (direbus dan dicarik-carikkan)
200g bawang goreng
200g daun sup
Telur (untuk salut bergedil)
BAHAN PERASA
garam
gula
serbuk lada sulah
CARA MEMASAK
Goreng kentang agak-agak garing sikit. Angkat dan toskan minyak betul-betul.
Hancurkan kentang dan gaulkan dengan bahan-bahan lain kecuali telur.
Perasakan dengan garam, gula, serbuk perasa, serbuk lada sulah
Kepal-kepalkan mengikut bentuk dan saiz yang diingini.
Panaskan kuali dengan minyak. Celup bergedil dalam telur dan goreng sekejap sahaja.
5. BERGEDIL TAUHU DAGING
BAHAN-BAHAN:
Tauhu kering
5-6 biji ubi kentang
Daging @ ayam kisar – jumlah ikut citarasa
Bawang goreng secukupnya
1 biji bawang besar – potong dadu
2-3 sudu makan bawang goreng
Daun sup – potong halus
Serbuk lada putih secukupnya
2-3 biji telur
Garam & serbuk perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Kopek kulit & rebus kentang hingga empuk. Kemudianlenyekkan kentang masa masih panas.
Daging kisar digoreng hingga kering air. Masukkan garam dan serbuk perasa jika suka.
Satukan kentang yang telah dilenyek tadi dengan daging.
Masukkan bawang yang dipotong dadu, daun sup, serbuk lada putih dan bawang goreng. Gaul sebati.
Potong tauhu kering berbentuk X ditengah.
Sumbat adunan kentang dan daging di dalam tauhu hingga penuh.
Pecahkan telur dan pukul.
Celup tauhu yang dah disumbat tadi di dalam bancuhan telur dan goreng menggunakan minyak panas sehingga perang.
Sedia untuk dinikmati bersama sos.
BAHAN SOS HITAM MANIS PEDAS:
BAHAN-BAHAN:
10 tangkai cili kering
Gula melaka atau gula merah
Bijan (disangai)
Gula biasa (kalau kurang manis)
Garam (secukup rasa)
Sedikit belacan
300ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan 50ml air bersama serbuk perasa
CARA MEMASAK:
Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
Setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
Panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
Masukkan garam, ajinomoto dan gula (jika gula melaka kurang manis).
Kebiasaannya ayam yang dihidangkan bersama set nasi ayam, ia akan digoreng atau dikukus. Jangan tak tahu, selain dari itu ayam tersebut juga boleh dipanggang atau dibakar. Memang sangat sedap malah lebih sihat! Bagi yang terasa nak makan Nasi Ayam untuk berbuka nanti, Chef Sue M.Arukin berkongsi resipi Grilled Honey BBQ Chicken yang sangat mudah dan sedap! Selamat mencuba!
Anda suka menu bakar atau grill tapi rasa mesti kena dengan tekak Melayu, ini ada dua menu yang terlajar laris di Indonesia. Anda semua wajib cuba sebab sedap tak terkata, pedas dan ada sedikit rasa manis. Anda yang suka daging boleh cuba Iga Bakar Kicap dan yang suka seafood boleh cuba Cumi Bakar. Dua-dua menu ini kalau kena dengan sambal pencicahnya memang menghabiskan nasi.
IGA BAKAR KICAP
BAHAN-BAHAN:
1kg tuluang rusuk lembu | potong 7cm
10 sudu makan kicap
500ml santan
1 sudu makan gula perang
1 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu makan air asam Jawa
1000ml air
Garam secukupnya
3 sudu makan minyak masak
BAHAN KISAR:
6 tangkai cili kering
3 biji buah keras
2cm lengkuas
5ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
CARA MEMASAK:
Gaulkan tulang yang sudah dicuci bersih dengan bahan kisar dan perap selama 20 minit.
Panaska minyak, tumiskan tulang yang telah diperap sehingga berubah warna.
Masukkan air, gula perang, air asam dan garam secukupnya. Masak hingga mendidih.
Setelah mendidih masukkan kicap dan santan.
Kacau rata dan biarkan mereneh atas api kecil hingga kuah pekat.
Tutup api, biarkan tulang sejuk seketika.
Seterus sediakan pemanggang.
Sementara pemanggang panas, sampukan lebihan kuah rebusan pada tulang dan bakar hingga wangi.
CUMI BAKAR:
BAHAN-BAHAN:
500 gm sotong | buang kepala dan kulit arinya
2 sudu makan kicap pekat manis
1 sudu teh gula perang
1 sudu teh perasa ayam
1 helai daun salam
Garam secukup rasa
2cm lengkuas | ketuk
BAHAN KISAR:
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili merah
2cm kunyit hidup
3 biji buah keras
1 sudu teh lada hitam
CARA MEMASAK:
Lap sotong yang dibersihkan dengan tisu dapur supaya tidak berair.
Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga
Tambahkan sedikit air, kemudian masukkan lengkuas, daun salam, garam dan gula perang secukupnya.
Tutup api dan tambahkan kicap , gaul rata.
Gaulkan sotong dengan tumisan tadi hingga rata.
Sediakan pemanggang dan panggang sotong lebih kurang lima minit.
Angkat dan hidangkan panas-panas dengan sambal kicap.