Untitled design - 2019-09-10T142942.453

Biasa kita buat kuih seri muka dalam talam dan dipotong kecil untuk dimakan. Kalau suka dengan kuih ni boleh jer buat dalam saiz mini sebegini.
Enaknya kuih ini apabila lapisan bawah mengandungi pulut dan lapisan atas yang lembut dan sedikit manis bagi mengimbangi rasa tawar pulut. Ini resipi penuh cara membuatnya.

LAPISAN ATAS

2 cwn pulut
2 cwn santan cair
1 sdk minyak
Sedikit garam

Cara-cara :

1. Cuci pulut dan rendamkan selama 2jam.

2. Masukkan pulut yg telah direndam kedalam loyang yg sudah digris minyak @ alas plastik. Tuangkan santan cair yg dicampur sedikit garam. Tambahkan sedikit minyak dan kukus selama 30minit @ sehingga pulut masak.

3. Sementara tggu lapisan bawah masak, sediakan bahan² untuk lapisan bawah..

IKLAN

4. Setelah pulut masak, tekan²kan pulut sehingga padat..

5. Masukkan semula kedalam kukusan, dan tuangkan adunan bahagian atas.

BAHAN LAPISAN ATAS

10helai daun pandan
3 cawan santan (sy kisarkan daun pandan dgn santan trlbh dhulu, kemudian ditapis)
1 cawan gula pasir
1 biji telur gred A
½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung kastard
¼ cawan tepung beras
1 sdk garam
Sedikit pewarna hijau

IKLAN

CARA-CARANYA :

1. satukan santan yg tlh dikisar brsama daun pandan dan ditapis, gula, dan telur kedalam blender dan kisarkan.

2. Masukkan tepung gandum, tepung kastard, tepung beras, garam dan pewarna. Kisar lagi sampai sebati.

IKLAN

3. Kemudian masukkan adunan yg telah diblender kedalam periuk @ kuali. Masakkan sebentar adunan td dgn api yg sgt perlahan. Kacau guna whisk sehingga naik wap (jgn smpai mendidih ya) dalam 10minit. (Api kena perlahan)

4. Tuangkan adunan pandan kedalam pulut td, dan kukus lg selama 20minit dgn api yg sederhana selamat mencuba

Tips kalau guna loyang, jgn lupa sapukan loyang dgn sedikit minyak @ lapikkan dgn plastik. Kalau guna acuan kuih lompang, sblm masukkan pulut, sapukan acuan lompang dgn sedikit minyak supaya senang nk keluarkan

Credit : Wirawati Negara

Koleksi Resipi Aneka Kek Mentega Sedap & Mudah Untuk Raya. 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI