Serius Sedap Sup Ekor Ala Thai Ni, Berbaloi & Jimat.

Share

Musim PKP ni jom kita berjimat, kalau teringin nak makan makanan yang biasa anda makan di gerai atau restoran memang tak boleh. Jangan biarkan selera terbantut, masak je sendiri, contohnya sup ekor, ramai sangka susah nak buat dan ambik masa nak buat. Kalau kena gaya dan anda kreatif sedikit, masakan susah pun jadi senang ye. Misalnya anda rebus siap-siap ekor atau tulang sehari sebelum atau tak sempat sediakan keesokan harinya frozenkan je dulu, bila free, tinggal masak je. Berikut dikongsikan resipi Sup Ekor Ala Thai

RESEPI SUP EKOR ALA THAI
BAHAN-BAHANNYA:
1 kilo ekor lembu | potong kecil, cuci bersih dan tis
3 sudu besar kicap sotong


3 sudu besar cili kisar
3 batang serai | titik
5 helai daun limau purut
2 biji bawang besar

15 tangkai cili padi | di belah dua
3 sudu besar minyak masak
2 biji limau nipis
3 biji tomato
CARA MEMBUAT:

  1. Tumis cili kisar dan masukkan serai yang telah di titik. Kacau sampai garing dan masukkan kicap sotong, kemudian masukkan air dan ekor lembu.
  2. Masak hingga ekor lembu empuk kemudian masukkan garam dan serbuk perasa.
  3. Masukkan cili padi,tomato dan bawang besar.
  4. Setelah itu masukkan jus limau,daun limaupurut, dan bolehlah diangkat.
  5. Sup sedia dihidangkan.

Kredit: resipi dapur kak chah

Published by
webadmin