Selalunya kalau waktu sahur masakan yang dihidangkan mestilah yang mudah dan sedap dimakan. Apa kata cuba resipi yang Azzaliza kongsikan ni, serunding telur pedas nampak menarik dan menyelerakan!

Kalau ada sambal belacan lebih tu jangan dibuang. Kalau dulu rumah saya wajib ada sambal belacan tiap kali makan tapi ayah, dia nak sambal belacan yg fresh. So saya kumpul sambal belacan tu buat serunding telur. Makan dengan nasik panas buat pedas-pedas perghhhhh lawan plak ngn ikan masin memang terbaik la. Selain buat lauk sahur, makan dengan roti, moi/bubur nasi pun sedap. – Azzaliza

RESIPI SERUNDING TELUR PEDAS

Serunding Telur Pedas Lauk Ngam Untuk Sahur

Bahan-bahan:

Ads
  • Cili merah
  • Cili api -lagi pedas lagi sedap
  • Belacan
  • Garam sikit
  • Gula sikit
    * semua tumbuk lagi sedap. Sbb nk kurangkan air masa menumis
  • Bawang besar 2 biji potong dadu
  • 5 ulas bawang putih cincang
  • Sos tiram 1 sudu besar
  • Asam jawa paste 1 sudu kecik or bleh ganti ngn lemon juice
  • Telur 3-5biji

Cara memasak:

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih sampai kekuningan dengan 1 senduk minyak. Pakai minyak banyak sikit nanti telur tak garing.
  2. Lepas tu masukkan bahan tumbuk. Tumis sampai garing. Kalau kisar jangan guna air banyak, lepas tu tak perlu tambah air.
  3. Masukkan sos tiram dan asam jawa kacau sebati kemuadian pecahkan telur. Goreng sampai telur tu garing dan keluar minyak.
  4. Jika nak kurangkan minyak lepas masak dah siap masak letak atas kitchen towel/ tisu. Siap !

Nota: Kalau tak makan belacan boleh tukar letak ikan bilis tumbuk atau udang kering tumbuk tapi jangan letak banyak sebab akan menghilangkan rasa telur. Saya pernah improvise resipi asal ni letak kentang potong dadu dan tambah lada hitam bagi lagi pedas menyengat pun sedap jugak!

 

Ads

Daging Kandar

 

Ads

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI