Setengah orang panggil masak cuka ada yang panggil jeruk ikan apa pun selera dimakan dengan nasi panas-panas . Masakan ni kan masak hari ni esok makan lagi sedap.Nak buat pun senang ja.
Bahan-bahan:
2-3 ketul isi ikan ketul (sedap kalau ikan tenggiri atau ikan merah).
10 ulas bawang merah (pilih ulas yang halus)
5 ulas bawang putih
6 biji cili padi
1 camca biji sawi ( mesti ada yang tak kenai)
sikit halia
2 camca cuka makan
Garam & gula secukup rasa
Sikit minyak untuk menumis.
Cara memasak:
Ads
1.Ikan digaul sikit kunyit dan garam kemudian goreng.jangan garing sangat.
2.Ambik periuk letak sikit minyak, bila panas tumis biji sawi.
3.Masuk bawang merah dan putih
4.Masuk 1/2 cawan air.
5.Masuk cuka,garam, gula
6. Masukkan cili padi
7.Biar sekejap dan angkat. Sedia untuk dihidang.
Jom hari ini kita masak ikan kembung mamak style. Makan dengan nasi panas memang best sangat. Ikut sukatan yang dikongsi oleh Siti Nor Azizah Rahim pasti menjadi.Masak kari akan sedap dan sebati bila dah satu jam selepas masak.Kuah kari akan rasa masam bila kita rasa waktu tengah masak sebab air asam tu tak sebati lagi dengan kuah.Selepas satu jam kita makan semua rasa dah sebati dan sempurna. Selamat mencuba.
KARI IKAN KEMBUNG
Bahan-bahan:
A)
B)
D)
C)
E)
F)
Cara memasak:
1.Tumis bahan A sampai naik bau. Memang kena guna minyak banyak.Kalau guna minyak sikit memang tak jadi kuah kari yang cantik warnanya.
2.Lepas naik bau baru masukkan bahan B ,bila semua dah sebati masukkan bahan C tumis sampai pecah minyak.Tumis sekali tomato yang dah potong dadu tadi sampai semuanya sebati.
3.Masukkan pulak air asam jawa.Agak-agak nak kuah banyak mana.Jangan cair sangat nanti tak sedap. Agak-agak kepekatan macam mana kita nak.
4.Masukkan ikan.
5.Masukkan santan sikit.Biarkan sampai pecah minyak dan jadi kuah cantik.
6.Letak garam kemudian letak bendi atau tomato belah 4.Ikut cita rasa masing-masing.
Mudahnya buat bebola ikan homemade ni. Letak dalam sup sayur atau apa-apa hidangan, memang boleh menaikkan selera. Nak buat pun sangat mudah dan tanpa guna tepung. 100% isi ikan. Sesuai sangat buat untuk kegunaan keluarga tercinta. Jom cuba resipi perkongsian saudari Bahiah Saripuddin ni. Pasti puas hati.
CARA BUAT BEBOLA IKAN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK: 1. Tumbuk lada hitam hingga halus.
2. Masukkan bawang merah. Tumbuk lumat.
3. Seterusnya tambahkan isi ikan yang telah dibuang tulang dan tumbuk lagi hingga lumat.
4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
5. Gaul isi ikan tadi sehingga adunan boleh digentel.
6. Cubit adunan dan bulat-bulatkan mengikut saiz yang digemari.
7. Panaskan air dan rebus bebola hingga mendidih.
8. Toskan bebola tadi dan sedia untuk dimasukkan ke dalam sup atau apa-apa sajian kegemaran.
Masakan asam pedas memang menjadi kegemaran dan pilihan untuk dihidangkan buat keluarga.
Kali ini, kita kongsikan resipi Asam Pedas Ikan Jenahak daripada Nurhayati Abd Malek.
Dalam asam pedas ini, Hayati masukkan buah keras, terus kuah jadi lemak dan lebih pekat kuahnya.
Asam Pedas Ikan Jenahak ni, sekejap je licin. Lawan dengan nasi panas dan telur dadar. Tak pandang dah kiri kanan.
ASAM PEDAS IKAN JENAHAK
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan jenahak 2 kuntum bunga kantan | dibelah 2 6 helai daun limau purut 2 biji tomato | dibelah 4 1 sudu besar pes asam jawa – beli online di sini 1 genggam asam gelugor – beli online di sini Air secukupnya Garam secukupnya
5. Masukkan asam gelugor/asam keping pula. Kacau hingga sebati. Biarkan hingga mendidih. Kemudian letak garam dan perencah. *Kalau masak asam pedas saya memang biasa perisakan kuahnya dulu baru masuk ikan. Ikut cara kedai. Senang nak adjust. Lepastu kalau nak frozenkan pun boleh. Masa nak guna, korang hanya tambah ikan dan bahan segar je.
6. Masukkan ikan satu persatu.
7. Kepala saya dah belah dua tau. Saya tak nak dia hancur, jadi saya letak atas sekali. Senang. Boleh tengok mata dia dah putih ke belum bila dah masak. Kalau letak bawah kan payah nak tengok. Nak kena godak pula, lepas tu jadi hancur.
8. Masukkan bunga kantan yang dah dibelah dua. 9. Masukkan daun limau purut yang dibuang urat tengah dan tomato. Biarkan hingga ikan masak. Siap! Haa kan senang tu. Tak perlu dah nak letak garam atau gula sebab awal tadi dah letak.
Khasiat santan bukan sekadar menyedapkan masakan. Ketahui 5 manfaat santan untuk kesihatan termasuk membekalkan tenaga, vitamin, mineral, antioksidan dan membantu penyerapan nutrien apabila diambil secara sederhana.