Halia memang terkenal sebagai bahan super untuk buang angin dalam badan. Tapi kalau makan halia segar terus, kadang rasa ‘letar’ yang agak kuat buat ramai kurang suka. Jadi, bagaimana nak nikmati khasiat halia dengan rasa yang lebih sedap dan mudah? Jawapannya, serunding halia!
Serunding halia gabungan halia rangup, ikan bilis dan sedikit bawang putih ni bukan saja enak, malah boleh tahan lama dalam bekas kedap udara. Sekali makan, confirm tak sedar habis sebalang! Senang sangat buatnya, tak perlu skill tinggi pun.
Jom ikuti resipi viral dari Nor Haidah Md Said yang sentiasa jadi kegemaran ramai ni.
SERUNDING HALIA
Bahan-bahan Mudah
Halia (tumbuk halus atau sagat)
Sedikit bawang putih (tumbuk atau hiris halus)
Ikan bilis (dibelah dan dibersihkan)
Garam & serbuk perasa secukup rasa
Minyak masak secukupnya (untuk menggoreng)
Tip hebat: Untuk rasa serunding lebih mantap, tambah sikit bawang goreng bila dah siap.
CARA MEMASAK:
Perah halia yang telah ditumbuk untuk keluarkan airnya. Ambil hampas halia sahaja.
2. Panaskan minyak dalam kuali dengan api besar. Goreng hampas halia tadi sampai garing dan rangup. Toskan minyak.
3. Guna minyak yang sama, goreng ikan bilis pula sampai garing. Toskan minyak.
4. Tumbuk ikan bilis hingga hancur atau ikut tekstur yang anda suka.
5. Gaulkan garam dan serbuk perasa dalam halia goreng tadi.
6. Masukkan ikan bilis yang telah ditumbuk, kacau hingga rata.
7. Simpan serunding halia dalam bekas kedap udara supaya tahan lebih lama.
Kenapa Anda Patut Buat Serunding Halia Ini?
Mudah & cepat – Bahan senang didapati dan cara buatnya tak renyah.
Sedap & rangup – Rasa halia yang ‘letar’ bertukar jadi menu yang sangat digemari.
Khasiat halia terbukti – Membantu buang angin dalam badan secara semula jadi.
Sesuai untuk semua – Terutama yang tak tahan makan halia segar.
Sesuai jadi stok raya dan hadiah homemade!
Jom Buat Serunding Halia Sekarang!
Kalau anda nak rasa keunikan serunding halia ni, jangan tunggu lama! Sediakan bahan-bahan, ikuti cara mudah di atas dan hasilkan sendiri serunding halia premium buatan tangan. Pasti puas hati!
Info chef:
Kuantiti sukatan untuk setiap bahan bergantung kepada citarasa masing-masing.
Jika mahukan rasa serunding yang lebih sedap, boleh menambah bawang goreng.
Pedas, enak berperisa. Sekali cuba pasti nak makan lagi. Ha…jangan tak tahu. Kalau anda biasa makan otak-otak, sata dan sebagainya, kali ni kena cuba Pepes Ayam ni.
PEPES AYAM KUKUS
BAHAN-BAHAN:
500gm isi ayam |potong kecil
2 biji limau nipis |ambil air
10 batang pucuk daun kemangi |racik
2 ulas cili merah |racik
1 biji tomato |potong dadu
4 batang daun salam |hiris
½ sudu teh gula pasir
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa
Daun pisang secukupnya |sapu minyak dan layurkan sedikit
Lidi secukupnya
BAHAN UNTUK PES (KISAR):
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang cili merah
2cm kunyit
5 tangkai cili kering
CARA MEMASAK:
Gaulkan isi ayam dengan air limau nipis, perap seketika, cuci dan toskan.
Campurkan isi ayam dengan bahan hirisan iaitu tomato, daun pucuk kemangi, daun salam, dan cili merah. Gaul sebati.
Masukkan pula bahan yang telah dikisar dan kemudian garam dan gula secukup rasa. Gaul rata untuk dijadikan pes.
Bungkus isian pepes di dalam daun pisang dan kemaskan di kedua-dua hujung dengan lidi.
Panaskan pengukus dan kukus lebih kurang 30 minit.
INFO CHEF: Pepes ayam, cara membuat dan rasanya lebih kurang dengan otak-otak.
Sedapnya Kubis Gulung ni. Sesuai bagi anda yang mementingkan sajian yang kurang minyak, kurang perasa serta rendah kalori. Yang mana tengah diet, sesuai sangatlah cuba menu perkongsian Az Hanie Ismail ni.
RESIPI KUBIS GULUNG UNTUK DIET
.
BAHAN-BAHAN ( Jumlah bahan bergantung pada jumlah kubis yang digunakan):
Kubis hijau
Isi dada ayam cincang @ daging cincang
Lobak merah secukupnya – hiris nipis
Kubis ungu secukupnya – hiris nipis
Bawang putih – hiris @ tumbuk
Bawang merah – hiris
Serbuk lada hitam dan serbuk lada sulah secukupnya
Garam bukit secukup rasa
Serbuk cili secukupnya
Sedikit minyak masak
Daun kucai – jika ada
CARA MEMASAK: 1. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau. 2. Masukkan isi ayam. Masak hingga air ayam sedikit kering. 3. Tambahkan lobak merah dan kubis ungu. Goreng sekejap. 4. Masukkan serbuk lada hitam, lada sulah, serbuk cili dan garam. Sesuaikan rasa. Angkat dan ketepikan inti. 5. Ambil kubis hijau dan bersihkan. Leraikan daun kubis ikut jumlah yang dikehendaki. 6. Panaskan air di dalam periuk dan celur daun kubis seketika. Ia bertujuan untuk melembutkan daun supaya senang digulung. Toskan. 7. Ambil sekeping daun kubis, isi inti secukupnya dan gulung kemas. Ikat dengan daun kucai.
8. Susun kubis gulung ke dalam bekas bersesuaian dan kukus lagi selama 3 minit supaya kubis lebih lembut.
9. Sedia untuk dinikmati. Enak dicicah dengan Sos Cili Thai. .
Cuba resipi ayam perap mayo sedap dan mudah ini! Diperap dengan madu, mayones dan sos tiram, dijamin lembut, berlemak dan menjilat jari. Klik untuk langkah penuh.