3. Masukkan seketul pati kiub ayam, sedikit garam. Bila kuah dah mendidih, masukkan bebola daging. 4. Reneh sampai bebola daging masak dan empuk. Bila dah masak, tutup api.
250gm daging kisar 3 sudu besar tepung ubi – beli online di sini 1 sudu besar garlic in olive oil ½ sudu besar lada putih 1 biji putih telur Garam secukup rasa
1. Kisar semua bahan sampai halus. Kemudian masukkan ke dalam bekas dan uli sehingga semuanya sebati. 2. Bentukkan menjadi bulat-bulat. Bila dah siap, masukkan ke dalam sup bakso. Tapi kalau nak cepat, boleh beli yang dah siap, balik terus masak saja.
BAHAN SAMBAL CILI MERAH PEDAS:
20 tangkai cili padi merah – beli online di sini 10 tangkai cili padi hijau 5 tangkai cili kering – beli online di sini 2 ulas bawang putih Secubit garam
Ads
CARA-CARA:
Kisar mentah semua bahan di atas, kemudian tuang ke dalam mangkuk.
*Waktu nak makan, tuang semua kicap dan sos ini sesuaikan rasa. Jangan lupa letak sambal cili pedas berapi. Yang ni membuatkan bakso sedap, rasa masam manis pedas.
Menjenguk laman sosial Hajah Sharifah Zainon di instagram seperti melihat seorang ibu sedang asyik memasak untuk anak-anak. Di samping gambar masakan yang dikongsikan, rakaman video aksi bersahajanya yang sedang memasak membuatkan sesiapa sahaja yang mengikuti IGnya akan merasa seronok.
Kali ini, beliau tampil dan beraksi di dapur rancangan Rasa Instafamous sambil berkongsi tips dan resipi menarik.
“Bermula pada tahun 2014, hanya berjinak-jinak mengambil gambar masakan dan memuat naik dalam instagram sahaja tetapi bila ramai yang direct message bertanyakan mengenai resipi, saya mula membuat rakaman video supaya senang diikuti. Hari-hari memang ada sahaja pengikut IG yang memberi feedback gembira setelah mencuba resipi yang yang saya kongsikan. Syukur alhamdulillah mereka suka, terutama pasangan muda yang beru berumahtangga”, katanya.
Ibu kepada 5 orang anak ini ternyata seorang yang penyabar, sangat peramah dan mudah mesra. Mula minat memasak selepas berkawin dengan suami tercinta Haji Mokhtar Mohamad apabila menyedari suaminya tidak minat untuk makan di luar. Dari situ beliau belajar memasak cuba untuk menawan hati suami dengan masakan kegemarannya. Beliau mencuba mempelbagaikan masakan agar suami dan keluarganya tidak jemu.
Hampir 28 tahun melayari rumah tangga, suaminya masih tidak suka makan di luar kerana percaya air tangan isterinya lebih memukau. Selama 5 tahun beliau belajar memasak sendirian berpandukan buku resipi setelah mengikuti suaminya yang ditugaskan ke Sarawak. Dari situ beliau sudah mahir memasak pelbagai jenis masakan seperti western food, chinese food dan lauk kampung yang menjadi kesukaannya. Selain menjadi suri rumah sepenuh masa beliau juga ada menjalankan bisnes kecil-kecilan untuk mengisi masa lapangnya.
Bagi anda yang ingin mencuba dan mengenali Sharifah Zainon dengan lebih dekat lagi, bolehlah ‘follow’ Instagram beliau. Berikut beliau telah kongsikan 3 resipi mudah yang boleh anda sajikan buat keluarga. Selamat mencuba!
Kepada anda yang masih belum menyaksikan rancangan memasak RASA INSTAFAMOUS ini jangan lupa menyaksikan di saluran Astro Prima dan Maya HD setiap hari Isnin, jam 12.00 tengah hari dan siaran ulangannya pada jam 9.00 malam.
Selalu lebihan nasi yang tak habis paling rajin buat nasi goreng tapi kalau malas laju jer masuk ke dalam tong. Bagi mengelakkan pembaziran, elok lebihan nasi itu di buat kuih Apam Nasi. Ramai yang tidak tahu resipi kreatif yang dikongsikan ini. Cuba buat dulu kuih ini, gerenti tak percaya kesedapan apam nasi ni!
RESIPI APAM NASI VIRAL
KISAR:
2 cawan nasi
3 cawan air
1 cawan gula
AYAK:
3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 peket yis mauripan 11g
CARA MASAK:
Campurkan semua bahan, perap 1 jam.
Tuang dalam acuan yang disapu minyak.
Kukus sehingga masak.
Hidang dengan kelapa parut dicampur sedikit garam.
Menikmati sajian kegemaran dikala berbuka memang membuka selera. Dari rasa letih dan tak bermaya, nampak sajian ‘favourite’ depan mata, terus rasa tak sabar nak merasa.
Begitu jugalah dengan pasangan selebriti Alif Aziz dan isterinya Bella Astillah. Masing-masing berpakat menyediakan makanan kegemaran untuk berbuka.
Rupanya Alif Aziz ni suka makan menu Udang Masak Lemak Cili Api. Nasib baik sang isteri pandai memasak. Bolehlah sajikan menu ni. Nampak mudah dan sedap kan? Masak pula guna udang segar. Wah…Lagilah padu rasanya.
Bella pula tidak berapa gemarkan makanan manis. Tapi manisan yang satu ni, beliau suka. Hanya dengan menggunakan buah campuran dalam tin bersama beberapa bahan ringkas yang lain, dah boleh hasilkan sajian pencuci mulut yang sangat sedap. Bulan puasa begini, aneka sajian manis dan sejuk, semua nampak memikat.
Anda pun sudah tak sabar nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
UDANG MASAK LEMAK CILI API
BAHAN-BAHAN:
500gm udang
1 mangkuk santan
1 batang serai – dititik
1 keping asam gelugur
1 helai daun kunyit
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
2-3 biji bawang merah
1-2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
6-7 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan serai. Tumis lagi hingga masak sekata.
Tambahkan asam gelugur diikuti air dan juga santan. Kacau hingga sebati. Pastikan kuah sentiasa dikacau bagi mengelakkan santan berketul.
Masukkan udang yang telah dibersihkan.
Bila udang separuh masak, masukkan daun kunyit.
Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Biarkan mendidih.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
FRUIT COCKTAIL
BAHAN-BAHAN:
1 tin buah – buahan dalam tin – toskan airnya
4-5 sudu makan isi jagung manis
1 tin susu cair
Susu pekat manis secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan buah-buahan dalam tin dan jagung ke dalam mangkuk besar.
Tambahkan susu cair dan juga susu pekat manis. Kacau hingga sebati.
Tambahkan ais dengan secukupnya.
Sedia untuk dinikmati.
LG PuriCare™ Saiz Sempurna Jimat Ruang Dan Mudah Dipasang
Kita mungkin selalu keliru apabila melihat yang yang jernih menganggap air itu sudah cukup bersih. Kalau buka paip kira rasa ia tidak ada apa-apa kekotoran tetapi hakikatnya tidak begitu apa lagi jika ia datangnya dari tangki.
Memang bahaya kalau kita minum atau masak menggunakan air yang tidak bersih ini. Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD ini dapat mengatasi masalah seperti ini. Nak memasak pun tak perlu ragu-ragu dan minum boleh ambil terus tanpa perlu rasa ragu. Mempunyai 3-Tahap Sistem Penapisan dan 3 Pilihan Suhu Air (panas, sejuk dan bilik) sememangnya lengkap untuk keperluan seisi keluarga terutama jika mahu menikmati minuman yang berbeza.
Untuk memastikan seisi rumah sentiasa mendapat bekalan minuman yang tulen, segar lagi bersih, Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD ini juga dilengkapi dengan Total Care Service yang menawarkan pertukaran paip dalaman tahunan serta perkhidmatan produk untuk setiap 3 bulan. Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.