S Great Grain bekalkan nutrisi berkhasiat untuk tubuh
S Great Grain satu lagi produk yang patut anda ambil kerana khasiatnya ternyata hebat. Mengandungi 18 jenis bijirin dan 5 jenis bahan istimewa makanan sunnah. Jadi ia sesuai diminum oleh semua golongan umur termasuk kanak-kanak dan juga ibu mengandung. Boleh diamalkan pada bila-bila masa termasuk termasuk waktu bersahur kerana ia sangat bagus untuk bekalkan tenaga.
Antara bijirin yang terkandung dalam Surya S Great Grain ialah Red rice, red bean, mung bean, green bean, job’s tear, lotus seeds, flaxseed, brown rice, corn, soya bean, wheat, millet, black sesame, walnut, apricot kernel, black bean, chia seed, glutinous rice, pomegranate extract, olive extract, black seed extract, honey extract, fig extract
Ads
Selain diminum, Surya S Great Grain ni boleh juga dibancuh untuk dijadikan kek atau dessert. Produk ini boleh didapati di semua cawangan Watsons seluruh Malaysia. Harga sepaket pula cuma RM39.90 dan terdapat 15 sachet di dalamnya. Surya S Great Grain ni diyakini HALAL dan pengilangan mendapat status GMP, HACCP & MESTI.
Ads
Edisi Terhad Roti Kurma & Susu, Enak Dimakan Ketika Sahur
Ads
Dah hujung Ramadan ni, kita mula malas nak makan nasi atau makanan berat lain, Kalau mahu cari yang makanan yang sedap dan mengenyangkan elok kita dapatkan roti kurma & Susu yang semestinya sihat lagi mengenyangkan dari Massimo. Jangan ketinggalan untuk merasai sendiri roti sandwich baharu kami – Kurma & Milk Loaf!
Kurma & Milk Loaf yang lembut ini memiliki kelazatan tersendiri dan boleh juga dipadankan dengan jem kegemaran anda, sekali gus ia pasti akan memuaskan hati dan mengekalkan tenaga anda sepanjang hari!
Hanya tersedia untuk masa yang terhad sahaja! Cepat, dapatkannya di mana-mana kedai serbaneka atau pasar raya berhampiran anda sekarang.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bagi peminat rancangan masakan Masterchef Australia, Jock Zonfrillo pastinya bukan asing lagi. Selama beberapa musim beliau memeriahkan rancangan bersama gandingan 2 lagi chef, berita pemergian beliau ini tentunya sangat mengejutkan dan diratapi ramai.
Meninggal di usia 46 tahun, berita menyedihkan itu diumumkan keluarga chef terkemukan Australia itu dalam satu kenyataan di media sosial pada Isnin.
Lebih menyedihkan, pemergian mendiang dikatakan sebelum bermulanya episod satu musim terbaru Masterchef Australia.
Memetik dari sumber portal Sinar Harian, Zonfrillo yang berdarah kacukan Scotland-Australia dan bapa empat anak dilaporkan ditemui mati oleh polis di Melbourne.
Zonfrillo dilahirkan di Glasgow, Scotland pada 4 Ogos 1976 dan mendapat latihan sebagai cef di United Kingdom (UK) sebelum berpindah ke Australia pada awal 2000.
Ketika Menetap di Adelaide, Zonfrillo membuka Restoran Orana yang terkenal pada 2020 dan memenangi pelbagai anugerah.
Mendiang kemudian beralih karier ke televisyen dengan menjadi juri tetap MasterChef Australia untuk musim ke-12.
Sebelum itu, mendiang menjadi juri jemputan untuk musim ke-10 dan ke-11. – Sinar Harian/ Agensi
Sejarah tercipta apabila buku Coffee Mate – Sempurnakan Kopiku, karya Chef Selebriti Suwarsi M. Arukin dan pakar kopi Faizal Azzuri Shukri dirasmikan di Albatross Coffee, Putrajaya.
Majlis ringkas yang dirasmikan oleh YBhg. Prof. Emeritus Datuk Dr. Sukiman Sarmani, Pengerusi Universiti Kuala Lumpur meriah dengan kehadiran tetamu jemputan. Dalam ucapan beliau, diharap agar buku ini menjadi pencetus kepada anak-anak muda untuk mengembangkan sayap perniagaan, khususnya berasaskan kopi.
Buku Coffee Mate yang ditulis oleh dua orang penulis berbeza bidang ini boleh ditafsirkan sebagai buku yang lain daripada buku-buku resipi di pasaran. Buku ini mengandungi pelbagai resipi makanan dan minuman daripada bahan utamanya ialah kopi.
Antara resipi menarik ialah nasi lemak kopi, kepak ayam sos kopi, daging panggang salutan kopi, teknik seduhan kopi pelbagai metodologi dan banyak lagi yang pastinya membangkitkan selera. Lebih menariknya, pembaca disajikan dengan cerpen, kisah hidup dua insan penggemar kopi dalam situasi yang berbeza dan info berkaitan kopi untuk dikongsikan bersama. Malah, pembaca akan dibawa untuk mengetahui mesin atau peralatan penyediaan kopi dan bagaimana terhasilnya kopi yang dibancuh oleh seorang barista. Inilah kelainan yang ditonjolkan oleh Suwarsi M.Arukin dan Faizal Azzuri Shukri.
Sesuai dengan kedatangan bulan Ramadan dan Syawal, buku ini boleh dijadikan rujukan dalam penyediaan juadah berbuka puasa dan sajian enak pada Hari Raya Adilfitri nanti.
Para tetamu yang hadir turut dihiburkan dengan persembahan busking daripada kumpulan Mellocinta dan demo teknik pour over V60 yang menggunakan biji kopi daripada Acheh Gayo ditaja oleh Aksara Gayo. Teknik seduhan ini dilakukan oleh Saudara Abdul Razak.
Carde d’Or merupakan jenama ais krim premium dari Paris dengan tekstur halus dan berkrim.Wall’s Malaysia membawakan citarasa sebenar kafe Perancis ke Malaysia memperkenalkan dua lagi perisa baharu.
Hadir dengan nama Cafe Latte Brownie yang diolah daripada kepingan coklat dan brownie Itali manakala Butter Almond Fudge daripada badam yang dituai di Australia di samping brownie san juga sos fudge coklat.
Dengan sentuhan istimewa yang diberikan kepada kedua-dua aiskrim baharu ini, detik yang anda nikmati bersamanya pasti tidak dapat dilupakan, membangkitkan keseronokan dan juga kepuasan. Ais krim ini membawakan citarasa Paris yang sebenar ke tangan anda.
Carte d’Or – Café Latte Brownie
Boleh didapati di pasar raya dan kedai serbaneka dengan harga RM20 bagi setiap bekas. Dan memandangkan kini aiskrim ini boleh didapati dengan mudah, anda juga berpeluang untuk memenangi tiket penerbangan ke Paris(#FromCartedOrToParis), selain kredit e-dompet bernilai RM7,000 dengan menyertai peraduan nasional Carte d’Or.
Anda hanya perlu membeli sekurang-kurangnya dua bekas (pint) aiskrim Carte d’Or yang baharu ini (Café Latte Brownie dan Butter Almond Fudge) di kedai runcit berhampiran anda* Peraduan ini akan berlangsung dari 1 Disember hingga 31 Disember 2022.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!