Set Asas Bubur Ayam, Kangkung Goreng Belacan & Sambal Belacan Paling Mudah & Enak

Share

Hidang bubur ayam panas, diganding hebat dengan sayur kangkung goreng belacan dan sambal belacan. Walau nampak simple aje, tapi percayalah pasti makan bertambah-tambah. Sungguh menyelerakan.

BUBUR AYAM 

  • Semangkuk beras
  • 3 biji kentang
  • 3 ketul ayam bahagian isi
  • bawang goreng
  • 2 ketul kiub pati ayam
  • 2 sudu teh garam
  • 4 renjis minyak bijan

CARA MEMASAK:

1. Basuh beras bersih. Selepas itu letakkan ayam di atas beras.

 

2. Isikan air 5 mangkuk yang sama sukat beras tadi. Masak sampai ayam empuk. Jangan gunakan api besar dan pastikan kacau setiap 5 minit untuk mengelakkan bahagian bawah hangit.

3. Keluarkan ayam bila sudah empuk. Isi ayam disiat-siat halus .

4. Masukkan isi ayam yang sudah disiat dalam periuk nasi tadi. Masukkan kentang, kiub ayam dan garam. Kacau hingga sebati.

5. Masak sampai kentang empuk. Akhir sekali tabur bawang goreng dan gaulkan sampai  masak.

KANGKUNG BELACAN

BAHAN-BAHAN:

  • *Cili padi
  • *Bawang putih
  • *Bawang merah
  • *Belacan
  • *Ikan bilis
  • Kangkung

 

CARA MEMASAK:

1.  Tumbuk semua bahan-bahan bertanda *.

 

2. Panaskan sedikit minyak dan tumis sehingga naik bau. Selepas itu sos tiram 1 sudu dan secubit garam.

3. Masuk kangkung yang sudah dibasuh bersih dan kacau-kacau dalam 2 minit. Tutup Api (ingat tidak perlu tambah air)

SAMBAL BELACAN

BAHAN-BAHAN:

  • Bawang merah
  • Cili merah
  • Cili padi
  • Belacan

CARA MEMASAK:

1. Gorengkan bahan-bahan sekejap.

2. Angkat dan tumbuk kasar.

3. Panaskan sedikit minyak dan gorengkan bahan yang ditumbuk tadi. Masuk satu sudu gula dan sedikit garam. Masakkan sehingga kering.

KREDIT RESIPI & GAMBAR: Siti Nur Sahida Ibrahim

 

 

 

Published by
Faridah Talib