Set Gerang Asam Daging Antara Best Seller Di LAPAU

Share

Apabila pandemik Covid-19 melanda negara, ramai yang terjejas perniagaan mereka dan tidak kurang yang gulung tikar. Mungkin yang sebelum ini mengharapkan keuntungan dengan membuka kedai sahaja namun kini berubah cara berniaga secara atas talian juga.

Untuk Makan Di Mana kali ini , kami berkesempatan merasai masakan dari LAPAU yang dimiliki oleh Syed Hafeez bin Syed Mohammad.

“Kami mula berniaga setelah bertahun berimpian. Covid-19 merealisasikan impian kami, bila kami berdua diberhentikan kerja kerana Covid 19. Isteri bekerja di bidang perlancongan juga terjejas. Kami membuka kedai di food court di Sg. Ramal, Kajang tetapi sambutan sangat kurang, kami tutup kedai. Selepas kami tutup di Food Court di Sg Ramal, kami buka pula gerai di Taman Maju, Kajang berhadapan dengan Restoran Sup Ali Power. Namun disebabkan Covid-19, kami mencuba nasib berniaga secara online.

Saya adalah bekas seorang penjual kereta, bisnes online adalah salah satu cara pasaran kereta juga. Isteri saya turut sama membantu menjayakan LAPAU, dia juga dropship perniagaan barangan kanak-kanak. Bisnes online sesuatu yang tidaklah asing bagi kami. Tetapi banyak lagi yang kami perlu belajar,” cerita Hafeez.

Buat masa sekarang terdapat 10 jenis makanan yang ditawarkan oleh LAPAU. Set Gerang Asam Daging menjadi best seller di LAPAU. Terdapat 2 jenis set yang di datangkan dengan Gerang Asam Daging. Pilihan bersama Nasi atau Roti Canai. Boleh juga memilih makanan ini secara ala carte.


Buat yang ingin merasa makanan ini , boleh ke page fb/ig LAPAU atau call/whatsapp di -0126765526 – olin / 0123615295 – apis. LAPAU juga ada di food panda dan grab food.

Published by
Putri Adila Saari