Nasi karot atau lobak merah adalah satu lagi resipi dalam kumpulan Nasi Tumis yang sedap. Ramuan lobak merah @ karot tu memberikan kelainan rasa yang sungguh sedap. Paling enak bila dapat digandingkan dengan lauk pauk raya seperti Opor Daging.

Untuk dapatkan nasi yang lembut, jangan lupa merendamkannya 30 minit sebelum masak. Opor daging sedap berempah ini pulak memang sedap diganding dengan Nasi Karot, sedap juga dimakan dengan roti. Jom cuba hidangan ini untuk dihidang di pagi Raya.

NASI KAROT

Set Nasi Karot Bersama Opor Daging. Licin DiMakan Di Hari Lebaran

 

Ads

 

BAHAN-BAHAN :

5 cawan beras basmati | cawan penyukat periuk elektrik
6 cawan air
3 biji lobak merah | disagat batang mancis
4 ulas bawang putih | ditumbuk
4 biji bawang merah | ditumbuk
2 biji bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
½ tin susu cair | susu isian sejat
1 sudu kecil garam
4 helai daun pandan
1 lembar daun pudina | disimpul
1 lembar daun ketumbar | disimpul
4 sudu makan mentega
Segenggam kacang gajus | digoreng tanpa minyak
*Beras basmati direndam sekurangnya 30 minit sebelum masak

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan mentega dalam periuk lain dan tumiskan bunga lawang, kulit kayu, manis dan bahan yang ditumbuk hingga naik bau.
  2. Masukkan air, susu cair dan garam, dan biarkan mendidih.
  3. Ambil beras yang telah dibersih dan toskan dan masukkan ke dalam periuk elektrik,
  4. Kemudian masukkan bahan yang ditumis dan mendidih tadi (air, susu cair dan garam) ke dalam periuk elektrik .
  5. Masukkan lobak merah yang telah disagat .
  6. Bila air sudah mengering masukkan daun pudina dan daun ketumbar.
  7. Balik-balikkan nasi bila sudah betul-betul kering. Sajian siap dihidang.

OPOR DAGING

Set Nasi Karot Bersama Opor Daging. Licin DiMakan Di Hari Lebaran

BAHAN-BAHAN:

½kg daging batang pinang

Bahan dikisar :

Ads

4 ulas bawang putih | dikisar
6 biji bawang merah | dikisar
2 batang serai | dikisar
4sm halia | dikisar
4sm lengkuas

Bahan disangai (goreng tanpa minyak dan kisar):

1 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh Jintan manis
1 sudu teh Jintan putih
6 sudu makan kerisik
2 sudu makan rempah opor
Gula merah  dan garam secukup rasa
1 sudu kecil asam jawa
Minyak masak secukupnya
Sedikit air | secukupnya untuk mengelakkan kering

CARA MEMASAK :

  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan-bahan yang dikisar , kemudian masukkan bahan-bahan yang disangai.
  2. Tumis hingga naik minyak dan masukkan rempah opor, tumis lagi sampai naik minyak.
  3. Tambahkan sedikit air, masukkan daging dan kacau sehingga kesemua bahan yang ditumis sebati dengan daging. Biarkan daging empuk.
  4. Masukkan kerisik, kacau dengan api yang perlahan. Biarkan mereneh sebentar.
  5. Masukkan garam dan gula merah secukup rasa

Resipi : Datin Seri Emylia Yusnita Mohd Tahir

Ads

ANDA MUNGKIN JUGA SUKA RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :’

Koleksi Resipi Rendang Sedap & Mudah Masak Di Hari Raya

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI