Hidangan set lengkap nasi tomato bersama lauk ayam masak merah dan acar sesuai di jadiakan menu berbuka mahupun sajian utama di hari raya. Mesti makan berselera seisi keluarga menjamah hidangan istimewa ini. Nak lagi sedap tambah papadom. Selamat mencuba.
RESIPI NASI TOMATO GOMORE
BAHAN-BAHAN:
4 cawan beras – basuh dan toskan
Sedikit minyak masak untuk menumis
3 sudu besar butter/marjerin
1 biji bawang besar*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1/2 batang batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
1 kuntum bunga lawang – patahkan
5 sudu besar pes tomato
2 batang serai – ketuk
1 kiub ayam
1/2 sudu besar garam
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
1) Blend bahan bertanda *.
2) Panaskan minyak dan masukan butter. Apabila butter cair masukkan bahan blend, kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan serai. Tumis hingga naik bau.
3) Masukkan kiub ayam. Kacau sehingga kiub ayam hancur. Masukkan pes tomato. Kacau rata.
4) Masukkan beras dan gaul rata. Masukkan air secukupnya dan garam. Kacau rata. Masak dengan api perlahan sehingga nasi masak.
Ads
RESIPI AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ayam – potong 20, lumur dengan garam kunyit dan goreng hingga masak. Jangan garing
3 biji bawang besar merah*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
2 batang serai – diketuk
5 sudu besar sos cili
5 sudu besar pes tomato
Garam dan gula secukupnya
1 cawan air
CARA MEMASAK:
1) Blend bahan bertanda *. Panaskan minyak dan tumis bahan blend.
2) Masukkan serai. Tumis sampai wangi.
3) Masukkan pes tomato dan sos cili. Masak sehingga naik minyak.
4) Masukkan garam dan gula secukupnya.
5) Masukkan ayam yang telah digoreng. Masukkan air. Kacau sesekali supaya tak hangus. Masak sampai kuah pekat.
Ads
RESIPI ACAR TIMUN
BAHAN-BAHAN:
Ads
1 biji timun – potong memanjang (julienne)
1 batang carrot – potong julienne
3 biji cili padi – hiris halus
1 biji cili besar merah – potong bulat
1 biji bawang besar saiz sederhana – hiris halus
6 sudu besar gula*
6 sudu besar cuka makan*
1 sudu besar garam*
CARA MEMASAK:
1) Masukkan bahan bertanda * dalam mangkuk. Kacau sehingga larut
2) Masukkan sayuran dalam mangkuk besar. Tuangkan larutan cuka+gula+garam ke atas sayuran. Gaul rata. Jangan tambah air. Air sayuran akan keluar nanti.
Sambal sardin bunga Kantan. Bila terbayangkan aoma bunga kantan yang wangi itu, dah dapat bayangkan hidangan itu mesti penuh aroma dan sedap. Bubuh lah dalam apa masakan, mesti akan membangkitkan selera kita.
Boleh cuba resipi ini ye. Yang penting, mudah tapi sedap!
Sambal Sardin Bunga Kantan
Bahan-Bahan:
1 tin sardin saiz sederhana
1 batang bunga kantan (racik)
1-2 biji ubi kentang (potong, lumur dengan serbuk kunyit dan garam)
5-7 biji cili padi merah (ketuk/belah dua) – boleh beli online di sini
Mula-mula, panaskan minyak di dalam kuali dan goreng hirisan kentang yang telah dilumur garam dan serbuk kunyit. Setelah agak garing, angkat dan toskan. Ketepikan.
Menggunakan minyak yang sama, masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah ditumbuk/kisar tadi. Tumis hingga terbit wangi.
Masukkan pula cili giling dan kacau sebati. Setelah terbit minyak, bolehlah masukkan ikan sardin dan kuahnya. Kacau perlahan supaya isi ikan tidak hancur.
Kemudian masukkan kentang yang sudah digoreng, bunga kantan dan air asam jawa. Gaul sekata. Setelah itu masukkan pula hirisan bawang besar dan cili padi.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Biar seketika dan tutup api.
Anda suka makan salad tapi tak tau macam mana nak buat sedap macam makan kat restoran makanan barat tu. Jangan risau sebenarnya sos campuran untuk makanan pembuka selera yang sihat ini mudah sangat disediakan dan ada banyak jenis yang boleh dipandankan ikut kesesuaian bahan salad yang anda semua gunakan. Berikut ada enam jenis sos salad yang boleh anda gunakan.
.
Sos Thousand Island Sos Tousand Island antara sos popular di kalangan masyarakat Malaysia. Untuk menyediakan secara home made, anda hanya perlu campur manyones, sos cili, tomato, garam, gula, serbuk lada hitam, bawang putih cincang dan sedikit mustard. Kacau sebati, Setelah siap sos sedia dihidangkan bersama salad pilihan anda. Sesuai untuk salad jenis dedaun rangup.
Sos Blue Cheese Sos Blue Cheese berwarana putih, teksturnya pekat dan rasa masam. Ia biasa digunakan sebagai sos pencicah untuk makanan bergoreng seperti, kentang atau ayam goreng. Jika ingin menyediakan sos ini di rumah, anda hanya perlu campurkan mayones, susu cair, yogurt, sebuk bawang Holland dan serbuk bawang putih. Kacau rata sebelum sedia dihidangkan dengan makanan yang anda goreng.
.
Sos Ranch Dressing
Sos ini paling disukai di kalangan masyarakat barat, berwarna putih dan mempunyai rasa khusus yang sedikit masam dan pedas. Ia adalah campuran mayones, jus lemon, bawang putih cincang, garam halus, serbuk lada hitam, buttermilk, bawang Holland, biji sawi, paprika dan herba parsly. Sos ini sesuai untuk sayuran batang dan keras teksturnya. Contoh, brokoli, lobak merah dan timun. Ia juga sesuai dijadikan sos pencicah untuk nachos dan kentang goreng.
Sos Honey Mustard
Sos ini rasanya masam, sedikit manis dan hangat lada hitam, bagi menyediakan sos ini, anda hanya perlu campurkan madu, mustard dengan tambahkan sedikit minyak zaitun. Sangat sesuai disajikan bersama makanan yang ingin digabungkan dengan rasa manis sos tersebut.
Sos Asian Peanut
Sos ini sinonim dengan masyarakat Asia Tenggara, terutama Malaysia dan Indonesia. Digunakan sebagai kuah sate dan pecal. Jika anda ingin menggunakan sebagai sos salad, tekstur perlu lebih halus. Ia menggunakan kacang tanah goreng kisar, daun limau purut, kicap manis,cili, bawang putih, bawang merah, garam dan gula secukupnya. Rasa sos ini manis pedas yang sedap.
Sos Vinaiaagrette
Sos Vinaigrette adalah sos salad paling mudah disediakan. Ia adalah campurana garam, cuka, serbuk lada hitam dan minyak zaitun atau minyak salad. Rasanya adalah masam dan sedikit pedas lada hitam. Sebagai tambahan dalam salad anda boleh campurkan paprika, hirisan bawang Holland dan jus lemon.
Walaupun semua sos ini boleh dibeli di pasaraya tetapi sesekali anda sediakan sendiri secara homemade apa salahnya…
Menu nasi himpit atau nasi kapit, popular di Terengganu. Sesuai dimakan bila-bila masa saja, namun kebiasaannya nasi himpit dijadikan menu sarapan.
Kali ini, kita kongsikan 4 resipi nasi himpit oleh Muliadi Ramli yang sering menjadi pilihan. Anda suka yang mana?
NASI KAPIT @ HIMPIT SAMBAL HITAM
BAHAN A:
Nasi himpit adabi 1 pek (ada 30 ketul)
BAHAN B (UNTUK SAMBAL HITAM):
8 ekor ikan Selayang 1 biji kelapa parut 1 keping nissey – beli online di sini Garam & bahan perasa
BAHAN KISAR HALUS:
5 biji bawang merah – beli online di sini 3 ulas bawang putih – beli online di sini 4 batang serai –beli online di sini 2 sudu besar lada hitam 5 biji cili padi (boleh abaikan jika tak suka pedas) 1 inci halia * kisar halus semua bahan di atas.
CARA MEMBUAT:
1. Ikan Selayang disiang bersih dan toskan. Kemudian, direbus dengan asam keping dan garam. 2. Asingkan isi ikan dari tulang, kemudian ditumbuk isi ikan (guna lesung batu atau nak kisar pun boleh), ketepikan.
3. Kelapa parut disangai dengan api kecil dalam kuali hingga menjadi keperang-perangan atau hampir coklat. Pastikan jangan sampai hangus, kalau tak jadi pahit sambal.
4. Kelapa parut mesti selalu kacau dan dibalik-balikkan. Apabila kelapa sudah keperangan, keluarkan dari kuali dan sejukkan. 5. Apabila dah sejuk, boleh dikisar atau tumbuk bagi kelapa jadi halus (nanti keluar minyak), ketepikan. 6. Masukkan nissey dalam kuali (tambah air rebusan ikan untuk cairkan nissey). Kemudian, masukkan bahan kisar halus tadi. 7. Masak bagi mendidih. Masukkan isi ikan yang dah ditumbuk tadi. Masak sampai hampir kering bahan tersebut. Pastikan sentiasa kacau untuk elak hangus. 8. Boleh tambah garam dan perasa. Apabila dah kering, boleh masukkan kelapa yang kita dah kisar tadi. 9. Masak sampai kering. Kalau yang suka lembap-lembap sikit, tak perlu masak sampai kering. Gaul dan kacau untuk elak hangus. Siap.
NASI KAPIT @ HIMPIT KUAH KACANG
BAHAN-BAHAN:
500gm kacang tanah | disangai atau goreng tanpa minyak hingga masak. Asingkan kacang dari selaput kulitnya. Kemudian dikisar tapi jangan terlalu hancur. Cili kering | dibuang biji & rebus serta dikisar (lebih kurang 4 senduk besar) 1 keping nissey 1 mangkuk air asam jawa Garam & gula secukup rasa Serbuk perasa 2 batang serai | diketuk 2 sudu besar kicap manis 2 sudu besar cuka makan 1 kotak kecil santan (200 ml)
BAHAN KISAR HALUS:
2 biji bawang besar 6 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci halia 1 ½ inci lengkuas 2 sudu besar udang kering 1 biji buah keras 4 keping biskut marie 1 batang serai
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak (minyak kena lebih). Masukkan serai, bila naik bau, masukkan cili kisar. Tumis hingga pecah minyak. 2. Kemudian masukkan bahan kisar halus, tumis lagi sampai pecah minyak. 3. Bila kuah sudah cantik warna merah, masukkan kacang tanah yang dikisar tadi. Kacau rata. Masukkan nissey, air asam jawa, cuka makan, kicap, santan. 4. Tambahkan 2 cawan air (jika pekat sangat). Renehkan dengan api kecil hingga kuah nampak pekat dan pecah minyak. Masukkan garam, gula dan bahan perasa. Siap dan tutup api.
NASI KAPIT @ HIMPIT GULAI IKAN AYA
BAHAN-BAHAN:
3kg ikan aya hitam | dikukus hingga masak, masukkan sekali asam keping & garam 6 sudu besar cili giling 4 sudu besar rempah nasi dagang (rempah kampung tak ada cap & saya campur 2 sudu besar rempah cap bunga rose – 2 sudu besar rempah gulai & 1 sudu besar rempah masak) Rempah 4 sekawan Minyak masak 6 asam keping ½ keping nissey kerek besar (ikut citarasa suka manis letak lebih) 30 biji cili thai/cili burung 2 biji kelapa Garam secukup rasa Perasa Belacan (optional)
2 biji bawang besar 10 biji bawang merah 4 ulas bawang putih 2 inci halia 2 ½ inci lengkuas
CARA MEMBUAT:
1. Panaskan periuk dengan minyak (minyak lebih sikit untuk tumisan). Masukkan cili giling, tumis hingga pecah minyak. 2. Kemudian, masukkan santan. Kacau sampai pecah minyak. Kena selalu kacau supaya santan tak berketul. Mungkin ambil masa (1 jam). 3. Bila santan dah pecah minyak dan cantik (warna merah), baru masukkan air rebusan ikan. Kacau, biar mendidih.
4. Masukkan bahan kisar, kacau. Masukkan rempah nasi dagang, rempah cap ros dan rempah 4 sekawan. Kacau lagi. 5. Masukkan nissey, biar mendidih atas api sederhana selama 1 jam. Kemudian baru masukkan ikan dan cili. Didih dengan api kecil hingga kuah jadi pekat. 6. Masukan garam dan perasa. Reneh dengan api kecil dan bila kuah jadi merah cantik, boleh tutup api. Siap.
NASI KAPIT @ HIMPIT SAMBAL NYOR @ KELAPA
BAHAN A:
4 ekor ikan Selayang | dibersihkan & direbus dengan asam keping & sedikit garam. Ambil isinya dan ditumbuk dengan nissey, garam & gula ¾ kerek besar nissey atau gula melaka Garam & gula secukup rasa
BAHAN B:
1 biji kelapa parut | disangai hingga agak garing & sedikit perang
BAHAN C: (KISAR HALUS)
1 biji bawang besar 8 biji bawang merah 1 inci halia 4 batang serai 2 sudu besar lada hitam
BAHAN D:
Nasi impit (apa-apa jenama boleh)
CARA MEMBUAT:
1. Mula-mula, masukkan bahan C (kisar halus) dalam kuali. Masak hingga hampir kering. 2. Masukkan bahan A, gaul rata dan biarkan sampai hampir kering. Akhir sekali, masukkan bahan B. Gaul lagi. 3. Kalau suka sambal kelapa yang agak lembap tidak payah masak sampai kering. Siap dan boleh dihidang dengan nasi impit.