Set Nasi Tomato Gomore Hidang Masa Berbuka Atau Raya Memang Sedap Merecik!

Share

Hidangan set lengkap nasi tomato bersama lauk ayam masak merah dan acar sesuai di jadiakan menu berbuka mahupun sajian utama di hari raya. Mesti makan berselera seisi keluarga menjamah hidangan istimewa ini. Nak lagi sedap tambah papadom. Selamat mencuba.

 

RESIPI NASI TOMATO GOMORE

BAHAN-BAHAN:

  • 4 cawan beras – basuh dan toskan
  • Sedikit minyak masak untuk menumis
  • 3 sudu besar butter/marjerin
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 1/2 batang batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang – patahkan
  • 5 sudu besar pes tomato
  • 2 batang serai – ketuk
  • 1 kiub ayam
  • 1/2 sudu besar garam
  • Air secukupnya

CARA MEMASAK:

1) Blend bahan bertanda *.
2) Panaskan minyak dan masukan butter. Apabila butter cair masukkan bahan blend, kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan serai. Tumis hingga naik bau.
3) Masukkan kiub ayam. Kacau sehingga kiub ayam hancur. Masukkan pes tomato. Kacau rata.
4) Masukkan beras dan gaul rata. Masukkan air secukupnya dan garam. Kacau rata. Masak dengan api perlahan sehingga nasi masak.

 

RESIPI AYAM MASAK MERAH

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ekor ayam – potong 20, lumur dengan garam kunyit dan goreng hingga masak. Jangan garing
  • 3 biji bawang besar merah*
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 2 batang serai – diketuk
  • 5 sudu besar sos cili
  • 5 sudu besar pes tomato
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1 cawan air

CARA MEMASAK:

 

1) Blend bahan bertanda *. Panaskan minyak dan tumis bahan blend.
2) Masukkan serai. Tumis sampai wangi.
3) Masukkan pes tomato dan sos cili. Masak sehingga naik minyak.
4) Masukkan garam dan gula secukupnya.
5) Masukkan ayam yang telah digoreng. Masukkan air. Kacau sesekali supaya tak hangus. Masak sampai kuah pekat.

 

RESIPI ACAR TIMUN

BAHAN-BAHAN:

  • 1 biji timun – potong memanjang (julienne)
  • 1 batang carrot – potong julienne
  • 3 biji cili padi – hiris halus
  • 1 biji cili besar merah – potong bulat
  • 1 biji bawang besar saiz sederhana – hiris halus
  • 6 sudu besar gula*
  • 6 sudu besar cuka makan*
  • 1 sudu besar garam*

CARA MEMASAK:

1) Masukkan bahan bertanda * dalam mangkuk. Kacau sehingga larut
2) Masukkan sayuran dalam mangkuk besar. Tuangkan larutan cuka+gula+garam ke atas sayuran. Gaul rata. Jangan tambah air. Air sayuran akan keluar nanti.

 

Kongsi resipi: Nanie Sulong

 

Published by
Mastura Abu Kassim