Set Nasi Tomato Ringkas & Sedap,  Wajib Cuba.

Share

Penyedian Nasi Tomato sangat mudah, ringkas dan cepat. Sesuai sangatlah kalau korang jenis yang sibuk bekerja. Paling ringkas dan sesuai nasi ini boleh dipandankan dengan Ayam Masak Merah serta acar. Boleh bertambah nasi dibuatnya. Anda yang nak mencuba, ini RASA kongsikan resipinya, tak sempat buat hari ini, share dulu resipi, bila-bila boleh buat.

NASI TOMATO
BAHAN-BAHAN:

4 cawan beras wangi/ basmathi | cuci dan tos
6 cawan air
1 cawan susu cair
1/2 tin puri tomato
1 biji tomato | potong dadu
Sedikit garam dan gula sebagai perasa
2 ketul stok ayam | hancurkan
2 tangkai daun ketumbar | jika suka
2 tangkai daun pudina | jika suka
4 sudu makan marjerin
BAHAN KISAR:


1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
3cm halia
BAHAN PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 ulas buah pelaga
1 helai daun pandan
1 batang serai titik

CARA MEMASAK:
1. Panaskan marjerin dalam periuk nasi.
2. Masukkan daun pandan dan serai, tumis hingga wangi dan masukkan bahan rempah ratusnya.
3. Setelah wangi, masukkan bahan kisar.
4. Setelah pecah minyak, masukkan tomato puri dan tomato yang dipotong dadu tadi.
5. Kacau rata masukkan air, diikuti dengan beras. Kacau rata.
4. Perasakan dengan stok ayam, garam dan gula secukup rasa.
5. Setelah mereneh dan cukup rasa. Pindahkan ke dalam periuk elektrik dan masak seperti biasa.
6. Apabila nasi hampir masak, masukkan daun ketumbar dan pudina dalam periuk nasi untuk tambah aroma nasi.

AYAM MASAK MERAH
BAHAN-BAHAN:

1 kg ayam | potong sederhana, cuci bersih dan toskan.
1/2 tin tomato puri
1 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tomato
1/2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan pes cili kering
2 cawan santan/ susu cair
1 biji bawang Holland | hiris bulat
1 biji tomato | potong dadu kecil
1 pokok daun ketumbar | hiris
Garam dan gula secukup rasa
Minyak secukupnya untuk menggoreng ayam dan menumis
BAHAN KISAR:


5 ulas bawang merah/1 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
2cm halia
2cm lengkuas
1 batang serai

CARA MEMASAK:
1. Gaulkan ayam yang telah dicuci bersih dengan sedikit garam halus dan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak, goreng ayam separuh masak. Angkat dan ketepikan.
3. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
4. Tumis bahan kisar hingga wangi, masukkan pes cili, kacau hingga pecah minyak.
5. Masukkan pula tomato puri, sos tomato, cili dan tiram, kacau rata.
6. Setelah sebati masukkan hirisan bawang Holland dan ayam goreng tadi, gaulkannya.
7. Masukkan santan/susu cair, kecilkan api.
8. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
9. Setelah masak, taburkan ke dalamnya tomato yang dipotong dadu dan daun ketumbar.
10. Gaul rata dan tutup api.

ACAR MENTAH
BAHAN-BAHAN:

1/2 batang timun jepun | parut nipis
1/2 batang lobak merah | parut nipis
1/2 biji sengkuang | parut nipis
1 biji bawang besar | hiris nipis
8 biji cili padi | hiris halus
1 sudu makan cuka makan
3 sudu makan gula
1/2 sudu makan garam

CARA MEMASAK:
1. Campurkan semua bahan hirisan dalam mangkuk.
2. Campurkan garam, gula dan cuka dalam mangkuk kecil, gaul rata.
3. Tuangkan dalam mangukuk bahan hirisan. Gaulkannya.
4. Jika kurang rasa masam, masin dan manisnya boleh tambah mana bahan yang rasa kurang.

INFO: Setelah semuanya siap bolehlah dihidangkan bersama. Kalau ditambah dengan dalca dan papadum lagi terangkat, memang mantap gabungan hidangan ini.

Published by
webadmin