Shakshouka, Hidangan Popular Dari Timur Tengah Enak Dimakan Dengan Roti

Share

Anda pernah menikmati Shakshouka? Ia adalah hidangan dari Maghribi telur dalam sos tomato, minyak zaitun, lada, bawang merah dan bawang putih, biasanya direncah pula dengan jintan manis, paprika dan lada cayenne.Boleh dimakan sebagai sarapan ataupun makan malam. Sesekali apa salahnya hidangan menu yang berbeza dan berkhasiat buat keluarga. Saji dengan roti bakar, prata, capati, roti Arab pun boleh.

Shakshouka

 

Bahan-bahan:

5 sudu besar minyak zaitun

5/6 biji tomata segar, tomato cherry, belah 2 (suka hati nak banyak mana)

3 sudu besar tomato puree, sos tomato pun boleh

4-5 bawang putih- racik-racik atau tumbuk kasar dengan lesung

1 biji bawang besar/Holland

1 capsicum merah/hijau

1 sudu kecil biji ketumbar, jintan manis, lada hitam

Cili flakes / Serbuk cili

2-3 sudu besar minced beef (optional)

Daun sup sebagai hiasan/pudina 

 

Cara masak (ada 2 versi, paling bawah ada VERSI TAK PERLU BLENDER)

1.Tumis bawang putih, dah naik bau, masuk tomato potong bulat-bulat tadi.

2.Keluarkan dari kuali, kemudian kisar tumisan yang ni.

3.Dalam kuali lain,tumiskan bawang besar didadu.

4.Dah naik bau,masukkan daging hancur.

5.Masukkan serbuk rempah ketumbar + jintan manis. (1sudu kecil setiapnya)

6.Kemudian masukkan tomato kisar tadi, biarkan merenih dalam 3 minit.

7.Masukkan 4 sudu besar tomato puree(tak mahu pun ok je)

8.Masukkan garam, gula 1/2 sudu kecil. (secukup rasa). Ikut rasa masing-masing, seimbangkan rasa tomato yang banyak tu.

9.Masukkan tomato cherry yang dibelah dua.

10.Masukkan pula capsicum merah yang dipotong bulat.

11.Api paling perlahan. Pecahkan telur dalam bulatan capsicum. Ikutlah 4 biji telur, 4 bulatan capsicum.Kalau telur putih terkeluar sikit tak apa. Biar mereneh, telur ikut suka. (boleh tutup kejap kuali guna penutup kaca).Tunggu telur masak, saya suka telur tu separa masak.

12.Tabur daun sup. cili flakes, lada hitam,Italian mixes herbs.Rasa sajian ni, boleh kita adjust nak spicy tambah cili flakes,lada hitam.

13.Siap untuk dihidang.

Versi Tak Perlu Kisar

1.Jika tak mahu blender tumisan tomato pun boleh jer masak terus.Saya guna minyak zaitun.

2.Tumis bawang besar dadu kemudian bawang putih.

3.Masuk daging kisar (tak mahu pun boleh)

4.Dah nampak mesra agak kecoklatan daging.Masukkan tomato 5 biji yang didadu, kemudian capsicum yang dipotong dadu sikit.

5.Ada capsicum buatkan bulat untuk pecahkan telur dalamnya.

6.Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis, cili flakes

7.Perasakan garam, gula sedikit.

8.Biar mereneh, tutup kejap kuali dalam 15 minit.

9.Dah nampak pekat dan sebati masukkan tomato ceri.

10.Masukkan capsicum yang dipotong bulat, ikut bilangan telur nak dipecahkan dalam bulatan capsicum.

11.Pecahkan telur ikut 5 biji atau 4 biji. Tip: api perlahankan, tutup kejap kuali/pan anda.

12.Akhir sekali, hiaskan dengan daun sup, pudina atau daun ketumbar.

  1. Siap untuk dihidang.

Kredit: Kash Kasih Kasmila

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

Published by
Putri