Share Resipi Datin Nurul, Udang Sambal Hijau Wajib Cuba!

Share

Datin Nurulhuda Yaacob, walaupun katering meletop-letop dan berkejar sana sini tapi tauke  ini masih masak untuk kateringnya. Katanya bukan tak harap pekerja tetapi ia satu kepuasan dan mahu yang terbaik untuk pelanggannya.

Admin Rasa sempat menjamah empat resipi yang terbukti sedap sesangat bila kami sempat singgap di dapurnya  Jadi berikut dikongsikan resipi daripada Datin Nurul, katanya ilmu yang ada lebih baik dikongsi.  Boleh juga cuba sebagai hidangan  pikat hati mentua hujung minggu ni…

BOTOK-BOTOK  IKAN

BAHAN-BAHAN:

  • 4 keping ikan tenggiri
  • 6 sudu makan rempah kari ikan
  • 1 sudu makan kerisik
  • 4 ulas bawang besar | dikisar
  • 2cm halia |dikisar
  • 250ml santan pekat
  • Sedikit air asam jawa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Daun pisang | dilayukan atas api kecil

Bahan Ulam:

  • Sedikit pucuk ubi
  • Sedikit pucuk daun gajus
  • Sedikit daun selom

CARA MEMASAK:

  1. Bersihkan ikan dan rendam dengan air garam dalam lima minit , kemudian toskan.
  2. Campurkan semuabahan  kecuali ulam  ke dalam mangkuk dan gaul sehingga sebati.
  3. Bentangkan daun pisang dan letakkan campuran ulam.
  4. Kemudian lentakkan campuran bahan yang digaul sebati di atas campuran ulam.
  5. Lalu diselangkan dengan potongan ikan yang telah di toskan.
  6. Bungkuskan seperti nasi
  7. Sediakan pengukus, Bila air sudah menggelegak, kukus botok-botok sehingga masak.

 GULAI  TULANG BERSAMA PUCUK REBUNG MADU

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg tulang lembu  | direbus hingga empuk
  • 2 pucuk rebung | direbus lima minit
  • 1 tangkai daun kari
  • 150gm rempah kari
  • 3cm halia  | dikisar
  • 6 ulas bawang merah | dikisar
  • 1kg santan pekat
  • 2 sudu makan kerisik
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak untuk menumis

CARA MEMASAK:

  1. Tumiskan bahan yang dikisar dengan daun kari sehingga wangi.
  2. Seterusnya masukkan adunan rempah kari dan tumis sehingga garing.
  3. Masukkan pula air rebusan tulang, biar sehingga menggelegak.
  4. Masukkan tulang lembu dan reneh lagi dengan api yang kecil dalam 20 minit.
  5. Masukkan santan dan hirisan rebung.
  6. Biarkan mereneh lebih kurang lima minit, kemudian siap untuk dihidang.

UDANG SAMBAL HIJAU

BAHAN-BAHAN:

  • 15 ekor udang kertas saiz XL | bersihkan
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya untuk menggoreng dan menumis

BAHAN KISAR:

  • 12 biji cili hijau
  • 5 biji cili padi |jika ingin pedas
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 ulas bawang merah

CARA MEMASAK:

  1. Goreng udang bersama serbuk kunyit hingga separuh masak. Ketepikan.
  2. Keluarkan minyak, tinggal sedikit untuk menumis, tumis bahan kisar hingga wangi.
  3. Masukkan asam gelugor, udang, garam dan gula secukup rasa.
  4. Masak sehingga kuah pecah minyak dan udang masak.
  5. Angkat dan hidangkan.

SAMBAL SOTONG

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kilo sotong saiz XL | bersihkan dan tos.
  • 3  biji bawang besar |dihiris
  • 4 ulas bawang putih |dihiris
  • 4 sudu makan pes cili kering
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak untuk menumis.

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan kuali tanpa minyak, golek-golekkan sotong beberapa minit sehingga air sotong keluar.
  2. Kemudian angkat sotong dan toskan sekali lagi sehingga kering.
  3. Sementara itu panaskan minyak dan tumis bahan yang dihiris sehingga wangi.
  4. Selepas itu, masukkan pes cili kering dan tumis sehingga garing.
  5. Masukkan pula air asam jawa, sedikit air dan garam serta gulasecukup rasa.
  6. Akhir sekali masukkan sotong dan gaul sehingga masak.
  7. Sedia dihidangkan.

 

Published by
Norasida Myasin