Share Sampai 17K. Resipi Sambal Siram Mak Kongsi Ni Memang Sedap

Share

Bagi peminat sambal, resipi Sambal Siram perkongsian saudari Umi Murtafiah ni tentunya wajib anda cuba. Ia merupakan resipi perkongsian dari ibu beliau dan mempunyai rasa yang sangat sedap. Bahan-bahannya sangat mudah dan tidak renyah disediakan. Cubalah. Pasti puas hati.

 

RESIPI SAMBAL SIRAM SEDAP

BAHAN-BAHAN:

8-10 tangkai cili kering – jangan terlalu banyak nanti pedas sangat  beli online disini
2-3 biji bawang merah beli online disini


2-3 ulas bawang putih beli online disini
Ikan bilis secukupnya beli online disini
Sikit belacan – jika suka beli online disini

Gula secukupnya & sedikit perasa
Minyak masak

CARA MEMASAK:

1. Goreng cili kering yang telah dibersihkan (tidak peru rebus terlebih dahulu), bawang merah, bawang putih, ikan bilis dan belacan satu persatu.


2. Tumbuk cili kering, belacan, bawang merah dan bawang putih hingga separuh lumat. Kemudian letakkan gula dan perasa dengan secukupnya. Jika tidak letak belacan, boleh tambahkan garam bagi memberikan rasa masin.


3. Gaul rata.


4. Kemudian masukkan ikan bilis goreng (lebih banyak, lebih sedap). Tumbuk lagi namun jangan sampai terlalu halus. Sambal ini lebih sedap jika ada rasa ikan bilis rangup.


5. Panaskan minyak masak secukupnya dalam kuali.Pastikan betul-betul panas.
6. Siram minyak panas pada sambal tadi. Jumlahnya bergantung pada banyak mana sambal yang kita buat (boleh guna minyak bekas gorengan bahan tadi kerana rasanya akan jadi lebih sedap)


7. Sambal Siram siap untuk dihidangkan bersama ikan goreng atau ayam goreng.

Kredit resipi & foto: Umi Murtafiah

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

 

Published by
Nur