Shepard Pie Melantun Rasanya, Umi Watie Dapat Jual 30 Pek Seminggu

Share

Resipi perkongsian Umi Watie ni memang gerenti sedap dan gerenti jadi. Berinti ayam dan campuran sos bolognese,cendawan dan taburan keju mozarella yang banyak memang melantun-lantun lah enaknya. Bau dan aroma shepard pie ni memang mewangi , terliur dibuatnya.

Menurut Kak Chik (panggilan empunya resipi) sheperd pie ni pernah menjadi jualan utamanya. Seminggu 30 pek terjual tau. Cara pembuatan mudah sangat. Tapi sekali makan memang angau terus.

Bukan mudah orang yang berniaga nak kongsi resipi kan. Resipi ni memang boleh buat jualan niagalah, sure laris. Jom cuba..,

SHEPARD PIE

BAHAN-BAHAN :

  • 3 biji Kentang
  • ½ cawan Susu segar (freshmilk)
  • 1 sudu teh Lada hitam
  • 2 sudu makan Mentega
  • 1 biji Bawang holland
  • 3 biji Bawang putih
  • 1 cawan Ayam
  • 3 sudu makan Sos bolognese
  • ¼ cawan Lada benggala
  • ¼ cawan Cendawan
  • 1 sudu teh Mix spice

CARA MEMASAK :

1. Kentang rebus sampai lembut.

2. Panas-panas tu lenyek jangan tunggu sejuk. Letak lada hitam, garam dan susu. Kacau rata sampai jadi seperti adunan cekodok. Dah siap biarkan. Kita masak inti pula.

3. Ini adunan kentang yang dah sebati.

4. Mentega cairkan, tumis bawang putih sampai wangi. Ghau ghau bau diaaa. Masukkan isi ayam yang dah dicincang halus.

5. Ayam dah masak masukkan cendawan, lada benggala, bawang holland. Bubuh sayur kegemaran.

6. Masukkan sos bolognese

7. Perasakan dengan garam dan gula ikut selera ya.

 

 

8. Dah siap. Masukkan dalam bekas. Kakchik guna bekas aluminium saiz 5 inci dapat 3 ketul.

9. Tabur mozarella chesse lepas tu paipkan kemtang lecek tadi.

10. Corakkan ikut kegemaran.

11. Yang ini atas dia kakchik bubuh lagi mozarella cheese. Memang mantul oiii.

12. Bakar selama 20 minit suhu 180 celsius. Ikut oven masing-masing. Makan kosong pun sedap sangat dah. Bau wangi 1 rumah tau.

13. Ni atas kakchik bubuh lagi cheese mozarella. Memang melantun perginya.

Moga kakchik sekeluarga dipermudahkan urusan dunia akhirat. Dikurniakan rezeki yang melimpah-ruah. Amin ya rabbal alamin.

Kredit :Umi Watie
#DapurMakRerama

 

Published by
Faridah Talib