Shepherd’s Pie ni antara menu barat yang popular untuk hidangan minum pagi ataupun petang. Nak buatnya pun sangat mudah.
Resepi Shepherd’s Pie atau nama lainnya Cottage Pie, menu yang menggunakan dua bahan utama iaitu daging dan kentang.
Menerusi perkongsian resepi daripada Noratiqah Nordin ini, tidak mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya. Jom kita cuba.
RESIPI CARA BUAT SHEPHERD’S PIE CHEESE
BAHAN-BAHAN:
5 biji kentang – beli online di sini
1 sudu kecil lada sulah – beli online di sini
Garam secukup rasa
1 cawan susu
2 keping cheese
3 sudu minyak – beli online di sini
Daging cincang
6 sudu serbuk cheese
Air panas (ikut sukatan yang diperlukan)
Mozarella cheese (optional)
TONTON Dapur Rasa Live: Lasagna Lemang Kari Ayam
TONTON Dapur Rasa Live: Ayam Masak Cendawan PKP & Nasi Beryani Udang Cheese Lockdown
CARA-CARA:
1. Mula-mula, rebus kentang dan letak sikit garam. Apabila sudah lembut, penyet-penyetkan dia sehingga semuanya hancur sekata.
2. Kemudian, masukkan cheese keping untuk bagi ada rasa lemak-lemak. Masukkan juga lada sulah dan susu segar. Gaul-gaul hingga semuanya sebati.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
3. Masukkan sedikit garam nak bagi rasa sebati masin-masin sikit. Gaul kaupkan sehingga kentang nampak gebu.
[KLIK DI SINI SERTAI PERADUAN MAGGI RASA]
4. Apabila sudah siap, tuang adunan kentang ke dalam loyang. Rata-ratakan supaya sekata semuanya. Ketepikan.
5. Panaskan minyak. Masukkan daging cincang ke dalam kuali dan goreng sehingga masak.
6. Apabila sudah goreng, angkat dan toskan. Kemudian, taburkan daging ke atas kentang di dalam loyang tadi dengan sekata ye. Biar daging menutupi kentang. Ketepikan.
7. Sementara itu, panaskan air di dalam kuali. Masukkan serbuk cheese. Kuantiti serbuk cheese bergantung kepada kepekatan macam mana yang anda inginkan. Terpulang atas selera masing-masing.
8. Gaul-gaulkan sehingga ia menjadi pekat. Apabila sudah masak semuanya, tutup api. Tuang cheese ke atas daging cincang. Biar semuanya sekata.
9. Kalau suka, boleh taburkan mozzarella cheese. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 150C selama 30 minit atau hingga masak. Ikut kepada keadaan ketuhar masing-masing. Siap untuk dihidang.
Kredit resipi: Noratiqah Nordin
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official: