Simpan Resipi Mudah Buat Tart Coklat Cadbury Ini, Memang Sedap!

Share

Selain daripada biskut Almond London, biskut tart coklat Cadbury ini antara sering yang mendapat sambutan.

Rupanya senang je nak buatnya. Dengan perkongsian resipi daripada Zuraini Saari Zue ini, bolehlah buat persediaan untuk koleksi biskut raya.

 

TART COKLAT CADBURY

BAHAN-BAHAN:

250gm mentega @ marjerin – beli online di sini
3 sudu besar @ 36gm gula icing – beli online di sini
3 sudu besar tepung kastard |diayak – beli online di sini


2 ½ cawan tepung gandum | diayak – beli online di sini
1 cawan tepung jagung | diayak – beli online di sini
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit pewarna kuning
Coklat Cadbury secukupnya

TONTON Macaron Teh Tarik | Dapur Rasa Live

TONTON Red Velvet Creampuff | Dapur Rasa Live

CARA-CARA:

1. Campurkan mentega atau marjerin, gula icing, telur, esen vanilla dan sedikit pewarna di dalam satu bekas.
2. Kacau hingga semuanya sebati.


3. Masukkan tepung kastard, tepung jagung dan tepung gandum. Gaulkan sambil menguli sehingga menjadi doh.

[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]


4. Pastikan doh tidaklah terlalu keras atau tidak terlalu lembut.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]


5. Masukkan doh ke dalam acuan. Acuan yang saya gunakan ini boleh buat lapisan panjang untuk kulit tart.


6. Susun coklat Cadbury secara berjarak. Kemudian, tutup coklat dengan satu lagi lapisan doh di atas coklat.


7. Potong mengikut saiz coklat Cadbury. Kemudian, susun di dalam tray.
8. Bakar di dalam ketuhar dengan suhu 150C selama 25 hingga 30 minit.

Kredit resipi: Zuraini Saari Zue

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa

Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap di YouTube @Majalah Rasa Official

Published by
Ibnatie -Aziza Mat Roff