Simpan Tauge Dengan 3 Cara Ini, Boleh Tahan Lama & Segar.

Share

Ramai beranggapan tauge antara sayur yang mesti dimasak segera, jika tidak ia akan rosak. Tetapi tiba-tiba tak jadi masak atau terbeli lebih, boleh je simpan tauge itu dan masak  esok atau lusa. Jika betul cara simpan tauge masih segar. Kalau nak tau caranya, boleh baca tip yang RASA kongsikan ini.

Bersihkan Tauge  Sebelum Disimpan.

Tauge yang baru  korang beli biasanya masih mempunyai lapisan kulit kacang  hijau melekat di kepalanya dan masih berekor, kedua-duanya perlu dibuang. Agar tauge kekal segar, bersihkan tauge dari kulit kacang di bawah air mengalir, sambil buang ekornya, kemudian tos. Selain kulit kacang dan ekor, tauge yang lembik perlu dibuang supaya tidak menjejaskan kesegaran tauge yang lain.

 Lapik Bekas Dengan Tisu Dapur

Rahsia mengekal kesegaran tauge adalah membiarkannya kekal lembab. Oleh itu sediakan satu bekas kedap udara, alasnya dengan tisu dapur. Tisu ini akan memastikan tauge sentiasa segar secukupnya. Setelah dialas masukkan tauge yang sudah dibersihkan ke dalam bekas tersebut dan tutup rapat.

Simpan Bekas Tersebut Dalam Peti Sejuk.

Cara ini boleh  membantu tauge kekal segar hingga seminggu, tetapi korang perlu letakkannya di bahagian bawah (bahagian sayur) peti sejuk. Elakkan meletakkannya di bahagian atas atau bahagian belakang peti sejuk, ini kerana tauge tidak boleh terdedap pada suhu sejuk berlebihan, bimbang ia akan lebih mudah menjadai busuk.

 

 

 

.

 

Published by
Norasida Myasin