Resipi Daging Burger Bakar Ala Thai ini memang sesuai sangat dengan mak-mak yang nak sediakan sajian ringkas untuk famili. Kadang-kadang kita ingin sajian yang serba ringkas. Yang penting semua ahli keluarga berselera menikmati makanan yang dihidangkan. Guna patty burger pun sudah boleh dapat hidangan yang sedap! Apa kata anda cuba resipi seperti yang dikongsikan oleh Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
BAHAN-BAHAN:
3 keping patty burger
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Buat sos pencicah terlebih dahulu. Beras disangai (goreng tanpa minyak) sehingga perang. Bahan-bahan lain dihiris halus.
2. Tumbuk beras sangai dalam lesung batu. Masukkan bahan-bahan yang dihiris tadi. Masukkan sekali sos ikan, dan sos tiram. Perahkan limau nipis. Gaul hingga sebati. Kalau pekat sangat, tambah sedikit air.
3. Rasa sos ini. Perasakan ikut cita rasa masing-masing. Kalau kurang manis, tambah gula atau madu. Kalau kurang masin, tambah sos ikan. Kalau kurang masam, perah lagi limau nipis.
4. Ini hasilnya! Masam, masin, manis, pedas!
5. Perap patty burger dengan sos tiram sekejap.
6. Walaupun daging bakar, terpulang kalian bagaimana nak masak patti burger ini. Goreng boleh. Bakar boleh. Panggang boleh.
7. Bila sudah masak patty itu, hiris nipis dan hidang dengan sos tadi! Makan begini sahaja pun jadi! Makan dengan nasi putih pun sesuai. Tidaklah asyik makan daging burger dengan sos cili sahaja.
8. Inilah hasilnya. Saiz sajian ini sesuai untuk 2-3 orang makan.
Sumber kredit: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official