Mungkin ada yang baru sahaja berjinak-jinak dalam dunia masakan. Bagi anda yang masih tercari-cari menu mudah untuk dicuba, bolehlah masak Puding Roti Karamel seperti yang dikongsikan oleh Nurjuwaini Aziz ini. Untuk permulaan, masak dulu resipi yang mudah-mudah. Bila sudah agak mahir sedikit, bolehlah masak resipi-resipi yang lebih mencabar.
BAHAN-BAHAN:
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus – BELI ONLINE
4 keping roti gardenia *guna wholemeal
3 biji telur
1 cawan susu cair – BELI ONLINE
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat – BELI ONLINE
1 sudu kecil esen vanilla – BELI ONLINE
CARA-CARA MEMBUAT:
1. Cairkan gula.
2. Bila gula cair, masukkan air 1 sudu. Kacau sebati. Hati-hati panas.
3. Tuang gula hangus tadi ke dalam loyang.
4. Sementara itu, rebuskan air di dalam kukusan.
5. Tuang adunan tadi ke dalam loyang. Kukus selama 40 minit.
6. Guna api sederhana.
7. Sebelum keluarkan puding, rendam loyang di dalam bekas berisi air sejuk. Bagi hilang rasa panas.
8. Kemudian ambil pinggan, terlangkupkan di atas loyang, dan terbalikkan.
9. Inilah hasilnya. Bolehlah potong dan hidangkan.
Sumber kredit: Nurjuwaini Aziz
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official