Hari Raya Korban pasti banyak daging yang disedekahkan. Jadi bolehlah fikirkan menu-menu yang enak untuk hidangan sekeluarga. Singgang daging ni pun sedap sangat. Gabung pula dengan ikan goreng.
250gm daging
1 inci halia – dititik
2 inci lengkuas – dititik
4 ulas bawang putih -hiris
4 ulas bawang merah -hiris
2 sudu makan budu
1/2 sudu makan biji ketumbar -tumbuk kasar
4 biji cili kering – direbus dan tumbuk kasar
Gula
Garam
3-4 asam keping
Ajinomoto
1.Panaskan air secukupnya dalam periuk.
2.Masukkan daging,halia,lengkuas, bawang putih dan bawang merah,biji ketumbar
cili kering. Masak hingga daging empuk.
3.Bila dah agak empuk masukkan garam, gula, asam keping dan serbuk aji.
Masak seketika lagi sehingga asam keping agak layu.
4.Sedia untuk dihidang. Memang nampak mudah tetapi kena pandai seimbangkan rasa agar singgang rasa sedap bila dinikmati.
Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official