Sekali -sekala makan singgang ikan dan dipadankan dengan budu dan tempoyak, memang bertambah-tambah nasi.
Lauk singgang ini dikategori lauk lejen. Lauk yang terkenal dengan kesedapannya.Lauk singgang ini sangat ringkas dan senang untuk dimasak. Tetapi kena cukup bahan dan cukup rasa masam dan manisnya. Ikan kena guna ikan yang segar. Barulah rasanya sedap.
Singgang ikan tongkol juga terkenal di negeri Kelantan dan Terengganu. Walaupun rasanya lebih kurang sama tetapi singgang ikan tongkol versi Terengganu menggunakan kunyit. Jadi ia berwarna kuning yang agak cair sikit.
Singgang Ikan Tongkol Terengganu
Bahan-bahan:
1 ekor ikan tongkol
4 biji bawang putih (dihiris nipis)
6 biji bawang merah (dihiris nipis)
1 inci lengkuas (dihiris nipis)
1 inci kunyit hidup (dihiris nipis)
8 biji cili api
2 biji cili merah/hijau
4 keping asam gelugur
Garam secukup rasa
Sedikit gula
Air secukupnya
Cara memasak:
1.Didihkan air di dalam periuk.
2.Masukkan bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit hidup, cili padi, asam keping dan cili..
3.Biarkan mendidih sebentar.
4.Masukkan ikan tongkol dan perasakan dengan garam dan gula.
Apabila ikan sudah masak, bolehlah dihidangkan.
Kredit: azianhasan