Tak perlu ditumis. Tak perlu bawang dan minyak masak pun. Tapi rasanya tetap sedap. Inilah gaya siput sedut masak lemak yang direka oleh pelakon drama popular, Jasmin Hamid. Dalam program Rasa Anak Emak Anak Bapak Jasmin bersama anak bujangnya, Ian Haziq Macquistan telah memasak hidangan ini. OK, RASA kongsikan resipi hidangan siput sedut masak lemak gaya Jasmin Hamid yang dimasakkan sendiri oleh Haziq. Selamat mencuba korang!
SIPUT SEDUT MASAK LEMAK GAYA JASMIN HAMID
BAHAN-BAHAN
2 inci kunyit
10 tangkai cili padi
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 cawan santan
Air secukupnya
1 mangkuk siput sedut | dipotong hujungnya
1 keping asam keping
2 tangkai serai
2 helai daun kunyit | dihiris kasar
Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMBUAT
1. Kisar kunyit dan cili padi.
2. Panaskan periuk dan masukkan bahan kisar tadi bersama serbuk kunyit.
3. Masukkan santan. Biarkan santan mendidih seketika.
4. Masukkan siput sedut. Tambahkan air. Biarkan mendidih.
5. Masukkan asam keping, serai dan daun kunyit.
6. Masukkan garan dan gula. Biarkan didih seketika.
7. Matikan api dan sedia dihidang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ikan Siakap Sos Thai Paling Senang Nak Buat Tapi Power. Makan Dengan Nasi Panas, Perghhhh!
Apabila bercakap bab masak ni, memang orang selalunya nak masak yang senang-senang saja. Walaupun senang tapi cita rasa mesti nak sedap. Nah! Kali ni RASA kongsikan resipi ikan siakap yang dimasak sos Thai gerenti sedap. Lebih istimewa, resipi ini adalah daripada Pengasas Syeedap Thai Food Putrajaya, Liza Idris. Haaaa resipi restoran tau!
Dah, jom buat. Min kongsi langkah demi langkah tau. Periuk nasi jangan lupa tekan. Kang ikan dah masak, beras masih bergenang air lagi.
IKAN SIAKAP SOS THAI
Langkah 1: Lumur ikan siakap dengan garam, kunyit dan tepung jagung.
Langkah 2: Panaskan minyak masak dan goreng garing. Angkat ikan siakap dan ketepikan dulu.
BAHAN MENUMIS
1 biji bawang holand (jika besar guna sebelah saja)
6 ulas bawang putih
1 batang serai
1 biji cili besar
5 @ 10 biji cili padi.
5 helai daun limau purut
2 batang akar ketumbar.
(Semua bahan dihiris nipis)
BAHAN SOS
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos ikan
2 inci belacan
Sedikit gula kabung atau gula biasa
1 biji limau kasturi
BAHAN CENCANG
Langkah 3: Cencangkan bawang holand, bawang putih, serai, cili besar, cili padi dan daun limau purut.
Langkah 4: Panaskan minyak masak. Tumis semua bahan yang dicencang tadi. Kacau sehingga layu.
Langkah 5: masukkan 2 sudu besar cili kisar. Kacau sebati.
Langkah 6: Masukkan belacan.
Langkah 7: Letak sos cili, sos tiram dan sos ikan.
Langkah 8: Masukkan gula kabung. Kacau sampai pecah minyak.
Langkah 9: Masukkan 1 cawan air.
Langkah 10: Perah 1 biji limau kasturi. Nak guna limau nipis pun boleh. Kacau sebati.
Langkah 11: Tabur daun ketumbar. Siap!
KREDIT RESIPI & GAMBAR: Facebook Liza Idris
Anda mesti suka entri yang ini juga.
SAMBAL TANPA BELACAN
https://www.rasa.my/sambal-tanpa-belacan-tetap-sedap-dinikmati-orang-ada-resdung-pun-boleh-makan/
KARIPAP REMPAH GILING FREE UNTUK IBU HAMIL
https://www.rasa.my/bos-sendiri-turun-padang-pemilik-karipap-rempah-giling-buktikan-jual-rm2-50-sebiji-tetap-diserbu-pembeli/
OKU INI JUMPA APA DALAM SEMAK?
https://www.rasa.my/oku-bersihkan-semak-jumpa-buah-letup-rupa-rupanya-banyak-khasiat-buah-ini/
ASBAB PKP, IBU ANAK 5 NI JADI BAKER
https://www.rasa.my/pkp-punya-pasal-ibu-anak-5-ini-jadi-baker-selepas-setahun-belajar-buat-roti-secara-pjj/
Salmon Dan Fjord Trout Norway Jadi Fokus Sajian Tengah Hari Oleh Majlis Makanan Laut Norway
Ikan salmon dan fjord trout Norway merupakan ikan berkhasiat, serba boleh dan selamat dimasak dan makan di rumah mahupun di restoran. Sumber protin ini mudah di dapati di pasar, pasar raya mahupun di kedai ikan walaupun semasa pandemik. Sejajar dengan trend pengguna yang berkembang pada masa ini, industri makanan laut Norway sentiasa bernadi bagi memenuhi keperluan pengguna.
Majlis Makanan Laut Norway berbangga dengan kenyataan bahawa ikan salmon Norway berada pada titik teratas dalam kedudukan makanan lestari global selama dua tahun berterus. Tiga syarikat Norway diiktiraf di antara 10 pengeluar protin paling lestari di dunia, mengikut Indeks Protin Coller FAIRR.
Indeks ini melihat bagaimana 60 syarikat tersenarai awam yang terbesar sedunia menghasilkan daging, tenusu dan makanan laut berfungsi berdasarkan pelbagai faktor risiko yang berkaitan dengan kelestarian termasuk pelepasan gas rumah hijau, penebangan hutan, penggunaan antibiotik dan keadaan tenaga buruh.
Pada tahun 2019, ladang salmon Norway hampir menghapuskan penggunaan antibiotik.”Makan lebih banyak makanan laut adalah cara yang baik untuk mengurangkan pelepasan iklim kita dan syarikat salmon Norway menerajui pengeluaran protin yang mampan,” kata Renate Larsen, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Makanan Laut Norway (NSC).
Menjaga keselamatan dan makan dengan selamat dan sihat adalah cara untuk mengatasi wabak pada masa ini dan pada masa depan. Majlis Makanan Laut Norway yang diketuai oleh Pengarah Wilayah NSC, Asbjorn Warvik Rortveit, memaparkan usaha ini semasa Sajian Tengah Hari Ikan Salmon dan Fjord Trout Norway bersama dengan Media baru baru ini.
Duta Besar Norway ke Malaysia, PYT Gunn Jorid Roset berucap semasa acara ini sementara Asbjorn Warvik Rortveit berkongsi gambaran keseluruhan mengenai prestasi makanan laut Norway dan Wawasan Pengguna Makanan Laut dengan media.
Phyllis Teh, pengasas bersama kedai dalam talian Art of Salmó dengan kepakaran dalam membekalkan fjord trout Norway yang segar dengan sachet perasa khas ke depan pintu anda, berhujah tentang “Menyesuaikan dengan Keperluan Pengguna Semasa Covid19”.
Dalam majlis ini ,Chef Jordash DeCruz dan Chef Steve Chua mempersembahkan “Sajian Timur Bertemu Barat, Menu Makanan Laut Norway” untuk sajian tengah hari. Semuanya dihasilkan secara sihat dan enak belaka. Chef Jordash adalah chef sous di Curious Kitchen di Kuala Lumpur dan mempunyai pengalaman bekerja di Norwegian Cruise Line dan Viking Ocean Cruise. Chef Steve adalah pengasas Two Chefs Lab, sebuah restoran Jepun dan telah mewakili Malaysia sebagai peserta tajaan Majlis Makanan Laut Norway di Piala Dunia Sushi 2018.
Sesungguhnya terdapat peningkatan permintaan makanan laut, didorong oleh kecenderungan ke arah diet yang lebih bermaya. Laporan menunjukkan peningkatan permintaan untuk makanan laut diproses dan dibungkus untuk produk dengan tarikh jualan yang lebih lama.
Industri makanan laut Norway menyesuaikan dengan kehendak semasa pembeli dan mengubah pengeluarannya untuk memenuhi keperluan ini. Ia meneruskan usaha untuk menyediakan makanan laut yang selamat, lestari, dan berkhasiat.
Majlis Makanan Laut Norway Majlis Makanan Laut Norway
Majlis Makanan Laut Norway (NSC) dimiliki oleh Kementerian Perdagangan, Industri dan Perikanan. Industri makanan laut Norway membiayai kegiatannya melalui yuran yang dikenakan kepada semua eksport makanan laut Norway. Beribu pejabat di Tromsø, NSC mempunyai kehadiran di pasaran utama di seluruh dunia dengan tujuan untuk meningkatkan nilai sumber makanan laut Norway.
NSC mengawasi pentadbiran dan penggunaan tanda dagangan “Makanan Laut dari Norway” iaitu nilai bersama untuk industri makanan laut Norway. Bersama dengan industri, NSC bertujuan untuk meningkatkan permintaan dan penggunaan makanan laut dari Norway. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh layari https://en.seafood.no/
Tanda Dagangan “Makanan Laut dari Norway”
Makanan laut sering menjadi sebahagian penting dalam diet kita. Walau bagaimanapun,pengguna hari ini semakin tertumpu pada keaslian makanan, bagaimana ia dihasilkan dan bagaimana ia mengatasi kebimbangan mengenai kelestarian. Norway dibangunkan berdasarkan industri makanan lautnya dan menguruskan sumber lautnya secara lestari.
Tanda dagang baru “Makanan Laut dari Norway” menangani pelbagai isu tersebut berdasarkan prihatinan tulen terhadap alam sekitar. Tanda dagang ini adalah simbol keaslian dan kualiti untuk semua makanan laut Norway, samada yang diternak atau ditangkap liar di perairan sejuk dan jernih di Norway.
Resipi Oleh Chef Jordash DeCruz
SALMON NORWEGIAN BERSAMA PATI LIMAU & UBI BIT
Hidangan untuk : 2-3 orang
Anggaran masa persediaan: penyediaan ½ jam + penyejukan 24 jam
Bahan-bahan
300g Salmon Norway
500 g gula perang
250 g garam
50g dill
200 g beetroot
½ jus lemon dan oren
400 g salad campuran
50g daikon
400g gula kastor
150 ml cuka putih
Pati limau:
½ lemon dengan kulit
½ oren dengan kulit
350 g gula kastor
100 ml minyak zaitun
CARA MEMBUAT:
1. Parut / tumbuk ubi bit dan ketepikan.
2. Potong separuh dill hingga halus dan simpan selebihnya untuk hiasan.
3. Pat dry salmon dengan tuala dan letakkan di dalam bekas dua kali ganda tinggi Salmon
(bahagian kulit ke bawah)
4. Taburkan dill cincang, kulit lemon dan oren ke atas salmon.
5. Biarkan ubi bit merata ke atas ikan untuk memastikan ikan ditutup sepenuhnya.
6. Perasakan dengan garam dan gula kemudian, tutup ikan secara merata dan tekan perlahan-lahan,pastikan menutupi semua bahagian ikan kecuali kulitnya.
7. Biarkan di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 24 jam
* CAMPURAN GARAM HENDAKLAH MENYALUT PADA ISI*
8. Dalam periuk kecil masukkan cuka putih dan 150g gula dan didihkan.
9. Potong daikon bulat nipis dan letakkan di dalam periuk dengan cuka dan biarkan hingga sejuk sepenuhnya sebelum menyejukkan di dalam peti sejuk.
Pati limau
1. Potong ½ lemon dan oren secara dadu, buang biji kemudian masukkan ke dalam periuk berisi air sejuk. Kemudian didihkan hingga selama kira-kira 1 jam atau sitrus lembut.
2. Setelah lembut, masukkan ke dalam pengisar dan kisar hingga lumat.
3. Masukkan gula sedikit demi sedikit ke dalam pengisar dan pastikan rasa sebagaimana dikehendaki (Campuran akan berasid dan pahit dari buah. Anda boleh menggunakan seberapa banyak gula yang anda suka)
4. Perlahan-lahan titis minyak zaitun agar pengisar tetap aktif untuk menghasilkan sos.
CARA HIDANGAN:
1. Selepas 24 jam, keluarkan ikan dari campuran dan bilas dalam mangkuk air sejuk, sambil membuang campuran garam dan bit yang berlebihan, terus keringkan ikan.
2. Biar hingga kering dan dengan pisau tajam buat kepingan nipis dengan pisau memotong ke arah ekor bahagian ikan.
* Jangan memotong kulit *
3. Gulungkan kepingan salmon ke dalam bentuk bunga, letakkan di atas pinggan dengan salad di sekitarnya,letakkan inti sitrus dan hiaskan dengan dill.
INGIN MEMBELI KUALI NON STICK, BOLEH LIHAT DI SINI.
Salmon Ikan Unik Yang Mahal Tapi Bersebab! 7 Khasiat Dan Manfaat Ikan Salmon Untuk Tubuh.
Ikan Bawal Masak Kicap, Goreng Garing-garing Makan Dengan Nasi Panas. Sedapnya!
Ikan Bawal Masak Kicap, hidangan ringkas yang mudah untuk disediakan. Goreng garing-garing ikan bawal dengan garam kunyit, makan dengan kuah kicap yang diletakkan bahan-bahan segar memang sedap.
Nak gunakan ikan lain sebagai ganti pun boleh ikut kesesuaian citarasa masing-masing. Garing diluar dan lembut di dalam, boleh rasa manis ikan segar yang enak. Bukan suami je suka, anak-anak pun mesti minta tambah nasi.
Nak cepat lauk sebegini memang sesuai. Goreng telur dadar dan juga ada ulam timun dah cukup menyelerakan. Boleh cuba yang dikongsikan oleh Puan Maryam Hussain ni nanti. Mesti tak menyesal!
RESEPI IKAN BAWAL MASAK KICAP
Bahan – bahan:
1 ekor ikan bawal
1 biji bawang kecil – dikisar
2 biji bawang putih – dikisar
1 inci halia – dikisar
1 biji bawang holland – dipotong kasar
2 biji tomato – dibelah 4
Sedikit daun ketumbar
Cili besar / cili padi ( jika suka pedas )
Kicap manis
Kicap pekat
Sos tiram
Sos ikan
Cara memasak:
- Gaul ikan bersama garam dan kunyit. Goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan
- Blend / tumbuk bawang kecil, bawang putih, dan halia
- Panaskan minyak. Tumis bahan kisar tadi hingga naik bau
- Masukkan cili kisar hingga pecah minyak. Kemudian, masukkan sos tiram, kicap pekat, kicap manis, sos ikan. Perasakan dengan garam dan gula tapi hati hati kerana kicap sudah masin
- Masukkan ikan yang digoreng tadi. Kemudian, masukkan tomato, daun ketumbar, cili padi dan bawang holland. Gaul sebati
- Sedia untuk dihidang
Selamat mencuba !
Kredit: Maryam Hussain
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Ikan Siakap Masak Asam Jawa, Sedapnya Memang Lain Macam Sampai Teringat-Ingat
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official