Rasa nyaman dengan minuman sirap bandung soda yang nampak mudah tapi kalau tidak kena caranya boleh lain jadinya.
SIRAP BANDUNG SODA
BAHAN-BAHAN:
- Ais kiub
- Setengah cawan sirap (yang siap bergula & boleh tambah ikut citarasa anda)
- Satu botol besar air aiskrim soda
- Satu sudu teh esen vanilla
- Setengah sudu teh garam
- Satu tin susu cair
CARA MENYEDIAKAN:
- Masukkan ais kiub dalam bekas dan masukkan sirap.
- Selepas itu masukkan air aiskrim soda, esen vanila dan sedikit garam.
- Kemudian masukkan satu tin susu cair. Perlu mengacau segera susu pada ketika ini kerana tidak mahu menjadi tairu.
- Siap sirap bandung soda dan perlu disimpan didalam bekas yang tertutup kerana tidak mahu sodanya hilang.
Kredit: Siti Jamilah Mohamed