Dah nama pun anak nogori, ramuan cili padi memang tak boleh dipisahkan dalam sajian rutin seharian penyanyi dan aktres Siti Nordiana Alias, 35 tahun.

Siti Nordiana, Rendang Ayam Minang Lauk Kesukaan Sejak Kecil

Peluang muncul bersama Chef Wan memang cukup mengujakan kerana sajian yang dipilih untuk episod kali ini mengembalikan memori kelazatan Rendang Ayam Minang dan kuih koci yang kerap dimasak neneknya.

Siti Nordiana, Rendang Ayam Minang Lauk Kesukaan Sejak Kecil

Penyanyi yang menjulang kembali namanya setelah memenangi juara Gegar Vaganza musim kedua pada 2015 ini juga adalah anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan. Sama juga seperti anak nogori lain, artis ayu ini sangat menggemari lauk Rendang Ayam Minang.

Siti Nordiana, Rendang Ayam Minang Lauk Kesukaan Sejak Kecil “Berbeza dengan rendang negeri lain, Rendang Minang ni rasanya pedas. Saya suka kalau lauk tu menggunakan banyak cili padi, tak kisahlah hijau atau merah.Cili padi tu yang memberi rasa sedap tak terhingga pada rendang ayam minang,lagi pedas lagi saya suka. Bukan setakat masa bulan Ramadan sahaja tetapi ini lauk pada hari-hari biasa juga.

 Jadi saya memang teruja bila dijemput menjadi tetamu dalam rancangan Rasa Nostalgia Ramadan ni. Best juga tengok Chef Wan merendang. Teringat masakan nenek, lauk ‘favourite’ kami sekeluarga,” cerita Siti Nordiana yang mesra dipanggil Nana ini.

Siti Nordiana, Rendang Ayam Minang Lauk Kesukaan Sejak Kecil

Di samping rendang Minang, satu lagi sajian Minang yang disukai adalah Ayam Goreng Berlado. Bercerita mengenai kuih-muih untuk berbuka pula kuih koci menjadi pilihan utama “Saya memang seronok dapat tengok Chef Wan menunjukkan kepakaran masaknya ‘live’ depan mata. Resipi yang digunakan sama seperti nenek saya buat,” imbau Nana lagi.

Siti Nordiana, Rendang Ayam Minang Lauk Kesukaan Sejak Kecil

IKLAN

Sepanjang bulan Ramadan ini jika ada jemputan puasa di luar atau di hotel, Nana akan menghadirinya. Jika tiada dia lebih selesa berbuka bersama anak lelakinya Muhammad Rayyan Nakhaie, 11 tahun dan ibunya di rumah. Sekali sekala Nana rajin juga ke bazar Ramadan mencari kuih muih yang disukainya seperti Popia Basah yang banyak terjual semasa bulan puasa.

Siti Nordiana, Rendang Ayam Minang Lauk Kesukaan Sejak Kecil

RENDANG AYAM MINANG

Siti Nordiana, Rendang Ayam Minang Lauk Kesukaan Sejak Kecil

 BAHAN-BAHAN :

  •  1 ekor ayam @ 11/2kg ayam | dipotong 12
  • 11/2 biji kelapa | diramas dengan 1 liter air suam
  • 250gm kerisik
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 helai daun kunyit | dihiris halus
  • Garam secukup rasa

Bahan dikisar :

  • 10 tangkai cili merah| dibuang biji | dikisar
  • 15 tangkai cili kering | direndam air panas dan ditos, dikisar
  • 10 biji cili padi | dikisar
  • 15 ulas bawang merah | dikisar
  • 3 ulas bawang putih | dikisar
  • 8 biji buah keras  | dikisar
  • 8 batang serai | dihiris kasar, dikisar
  • 2sm halia | dikisar
  • 2sm lengkuas | dikisar
  • 3sm kunyit hidup | dikisar

1 biji limau purut | diparut kulitnya, kuantiti sedikit

IKLAN

CARA MEMASAK :

  1. Di dalam kuali masukkan bahan-bahan yang dikisar dan ayam . Biarkan ayam kering airnya dan kacau.
  2. Masukkan santan dan sedikit garam,didihkan selama 45 minit hingga ayam empuk dan kuahnya pekat.
  3. Biarkan santan pecah minyak.
  4. Masukkan kerisk, daun limau purut, parutan kulit limau purut, daun kunyit yang dihiris halus. Perasakan dengan gula dan garam.
  5. Biarkan ia pekat, dan hiaskan dengan daun kunyit yang dihiris.

KUIH KOCI

Siti Nordiana, Rendang Ayam Minang Lauk Kesukaan Sejak Kecil

BAHAN-BAHAN :

Bahan doh :

  • 250gm tepung pulut
  • ½ cawan tepung pulut hitam
  • 1 1/2 cawan air

Bahan inti :

IKLAN
  • 1 biji kelapa parut
  • 1 ketul gula Melaka | diracik
  • 1 cawan gula pasir
  • 2 helai daun pandan | disimpul
  • ½ cawan air
  • Daun pisang secukupnya | dibersihkan dilayur hingga lembut , potong saiz 13sm x 13sm
  • Minyak masak secukupnya
  • 1 cawan pati santan | dicampur secubit garam

 CARA MEMASAK :

 Cara buat inti :

  1. Kelapa diparut putih. Potong gula melaka kecil dan masukkan ke dalam periuk bersama gula pasir dan air.
  2. Masak hingga gula hancur. Tapis air gula tadi dan masukkan ke dalam kuali.
  3. Masukkan daun pandan dan juga kelapa parut. Masak hingga inti agak kering sedikit. Angkat dan sejukkan. 

Cara buat doh :

  1. Satukan tepung pulut dan tepung pulut hitam dalam satu bekas. Tuang air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yangg lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan.
  2. Jika kurang air tambah sedikit lagi. 

Cara buat kuih koci :

  1. Ambil sehelai daun pisang, sapu dengan minyak pada permukaan daun pisang tadi. Ambil sejemput doh dan leperkan, letak satu camca teh inti. 
  2. Tutup inti dengan doh dan letakkan satu camca teh santan pekat. 
  3. Kemudian lipat daun pisang. Bila siap, susun dalam kukusan dan kukus 15 minit atas air menggelegak.

 JANGAN LUPA TERUSKAN MENONTON “ RASA NOSTALGIA RAMADAN”, SETIAP JAM 5 PETANG DARI ISNIN -KHAMIS DI ASTRO PRIMA 105 DAN PRIMA HD 121

 Ada ramai lagi selebriti lain akan bersama Chef Wan di antaranya Kak Engku, Serina Chef Wan, Amelina, Azira De Fam, Sharifah Shahira, Ziana Zain, Erra Fazira,  Aaron Aziz, Umie Aida, Bell Ngasri, Zarul Umbrella.

Siti Nordiana, Rendang Ayam Minang Lauk Kesukaan Sejak Kecil

 

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI