Kadang kala beli burger, patty kecil. Hah nak puas makan kenalah buat sendiri. Buat sendiri boleh anggarkan penggunaan garam dan lemak di dalam daging.Memang kenyang makan smashed burger ni. Anak-anak yang suka makan burger bolehlah ibu-ibu sediakan burger ini di rumah.
Untuk hiasan:
1 biji bawang Holland
1 biji tomato
Salad secukupnya
Sedikit butter untuk gorengan bawang
dan untuk sapuan atas roti
Cara memasak:
1. Goreng potongan bawang Holland dengan menggunakan butter. Goreng dengan api kecil hingga layu dan mengeluarkan rasa manis semula jadi bawang.
1. Roti dipotong dua dan disapu butter, bakar atas kuali.Bakar hingga sedikit garing.
2. untuk sos, campurkan mayonis dan cili sos, kacau sebati.
3. untuk burger, buat bulat jangan terlalu besar dan jangan terlalu kecil saiznya.Kemudian smash atas kuali yang panas. Carilah spatula atau senduk yang leper dan tekan sampai daging agak nipis. Biar masak sekejap satu bahagian sebelum dibalikkan. Tabur garam dan lada hitam di atasnya. Bila daging dah garing boleh letak kepingan keju di atas daging tadi.
Ads
4. Letak patty tadi di atas patty yang satu lagi, kemudian bolehlah letak di atas roti.
5. Letakkan salad, tambah satu potong tomato dan bawang Holland yang sudah digoreng tadi.
6. Roti bahagian atas, letakkan sos yang kita buat tadi.
Ads
7. Kemudian tutupkan burger tadi, wow enak sekali.
Sajian masakan Terengganu asli, bukan semua yang handal membuatnya. Air tangan orang yang memasaknya turut menyumbang pada kelazatan. Di Kafe Masakan Terengganu Asli di perkarangan Masjid Bandar Kinrara, ia cukup terkenal dengan menu nasi dagang, pulut nyor/nyior, nasi kerabu, resipi asli keluarga pemiliknya yang berasal dari Terengganu
Buat pembaca RASA, Nor Haini Mamat sudi berkongsi 3 aneka resipi mudah dari negeri pantai timur ini.
1. GULAI KUNYIT UDANG TERENGGANU
BAHAN-BAHAN :
1/2 kg udang
1/2 kg santan pekat
Segelas air
2 sudu makan ketumbar/ ditumbuk
1 sudu makan jintan manis/ditumbuk
1 sm halia/ditumbuk
1 sm lengkuas/ditumbuk
1 sm kunyit hidup/ditumbuk
4 sudu cili kisar
2 keping asam keping
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK :
Ambil periuk dan nyalakan api.
Masukkan semua bahan yang ditumbuk bersama pati santan dan sedikit air.
Apabila mendidih masukkan udang.
Perasakan dengan gula dan garam secukup rasa. Biarkan mereneh seketika
Gulai kuning udang siap untuk dihidangkan.
INFO CHEF : Gulai kuning atau gulai kunyit lengkuas memang cukup popular di negeri pantai timur.
Saiz hidangan : 4 orang
Cara memasak : Reneh
Keistimewaan : Bahan ramuan lengkuas menyebabkan gulai kunyit tampil berbeza keenakannya dengan negeri lain.
2. IKAN KEMBONG PERCIK
BAHAN-BAHAN :
BAHAN DIKISAR :
5 ekor ikan kembong sederhana
1 sudu teh kunyit serbuk
Garam secukup rasa
BAHAN DIKISAR
2.5 sm kunyit hidup
3 ulas bawang putih
7 biji bawang kecil
4 sudu makan pes cili kering
1 sudu teh halba
3 batang serai /diketuk
2 sm lengkuas /dihiris nipis
1/2 kg santan pekat
2 keping asam gelugur
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
Lumurkan garam dan kunyit pada ikan dan panggang atau bakar hingga masak ke dua belah.
Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar serta serai hingga wangi dan pecah minyak.
Masukkan lengkuas, halba, serbuk kunyit, asam gelugur & santan. Biarkan mereneh sambil dikacau selalu hingga kuah pekat.
Bila ikan dah masak, curahkan sedikit kuah percik dan panggang sekejap lagi. Terbalikkan dan curahkan pula sebelah lagi kuah.
Bila masak bolehlah diangkat ikan dan semasa hidang boleh curah lagi kuah percik di atas ikan.
Ikan percik siap dihidangkan
INFO CHEF : Lebih sedap jika sambil bakar dijirus sedikit kuah di atas ikan. Langkah ini dilakukan jika dibakar atas bara.
Saiz hidangan: 8 orang
Cara memasak : Tumis dan panggang/bakar
Keistimewaan: Keenakan ikan panggang yang beraroma dan berperisa
3. SINGGANG DAGING
BAHAN-BAHAN :
300 gm daging
2.5 sm kunyit hidup/ditumbuk
2.5 sm lengkuas/ ditumbuk
5 ulas bawang putih/ dihiris nipis
1 sudu teh lada hitam/ ditumbuk halus
1 sudu teh ketumbar/ ditumbuk halus
4 keping asam gelugor
Air secukupnya
Garam dan gula secukupnya
CARA MEMASAK :
Masukkan air dan rebus daging bersama bahan-bahan tadi di dalam periuk. Nyalakan api sederhana.
Biarkan mendidih hingga daging empuk. Kemudian biarkan api kecil seketika.
Perasakan dengan garam dan gula.
INFO CHEF: Sajian singgang daging atau disebut juga daging singgang , tanpa tumis ini sesuai bagi mereka yang tidak gemar masakan berminyak.
Saiz hidangan : 3 orang
Cara memasak : Rebus dan reneh
Keistimewaan : Sajian tanpa santan dan tumis menjadikan ia pilihan menu lebih sihat
RESIPI : NOR HAINI MAMAT
TERIMA KASIH : KAFE MASAKAN TERENGGANU ASLI, Dalam perkarangan Masjid Bandar Kinrara 5, 47100 Puchong, Selangor
Apabila berfikir tentang roti bakar Perancis atau french toast, kamu mesti memikirkan kepuasan kepingan roti tebal, telur yang dicelup bersama sapuan mentega dan ditenggelamkan dalam sirap maple. Ini menjadikannya salah satu pilihan sarapan paling popular di Amerika Syarikat tak kurang juga di Malaysia.
Menu hidangan sarapan pagi yang menyihatkan, sedap dan mudah. Ada 4 jenis resipi menghasilkan rasa enak. Terpulang untuk kamu buat pilihan!
Resipi French Toast
BAHAN-BAHAN:
2 keping roti
1 biji telur
1 sudu kecil vanilla extract
1 sudu kecil gula
¾ cawan susu – skip sebab perlu elakkan susu buat sementara, ganti dengan air
1½ sudu kecil ground cinnamon
Unsalted butter
Secubit garam
CARA MEMASAK:
Pukul telur, susu, cinnamon, vanila dan gula bersama sehingga sebati dan ringan.
Panaskan kuali dan letakkan sedikit butter.
Celup roti ke dalam telur sehingga tenggelam dan letakkan atas kuali. Selepas 1 minit, diterbalikkan. Masak kedua dua belah sehingga menjadi perang keemasan.
Kongsi resipi: Azie Kitchen
Resipi Chocolate French Toast
BAHAN-BAHAN:
6 keping roti
2 bji telur
1/2 cwn susu cair
1/4 sdu kecil gula
1/4 sdu kecil esen vanila
kepingan coklat
1 sdu besar butter/marjerin
secubit garam
sedikit gula – utuk ditabur
CARA MEMASAK:
Campurkan telur,susu,gula,esen vanila & garam.pukul & tuang 1/2 daripada adunan dalam bekas.
Tutup dengan sekeping lagi roti, kemudian tuang separuh lagi adunan terus ke atasnya agar keseluruhan roti disaluti adunan telur.
Panaskn butter/marjerin dan gorengkn kedua2 bahagian hingga kekuningan.
Setelah itu angkat & taburkan gula diatasnya.
Hidangkan semasa panas.
Kongsi resipi: MyResipi
Resipi French Toast Ice Cream
BAHAN-BAHAN:
2 keping potongan roti
Sedikit sapuan mentega kacang
2 biji telur
2 sudu krim
1 camca teh esen vanila
Ais krim perisa vanila secukupnya
Sos butterscotch dan coklat urai
Minyak untuk menggoreng
CARA MEMASAK:
Satukan krim, telur,esen vanila dan kacau hingga sebati, ketepikan.
Sapukan mentega kacang pada roti dan tekapkan.
Hiris sedikit kerak di tepi roti untuk agar kemas. Celupkan roti dalam bancuhan telur dan goreng hingga keemasan.
Sebelum dihidangkan letakkan satu skop ais krim vanila, renjiskan sos butterscotch dan tabur coklat urai.
Sedia untuk dihidangkan.
Resipi Nutella & Banana French Toast Roll Ups
BAHAN-BAHAN:
roti putih 10 keping | kerak dipisahkan
nutella kira-kira 1 cawan
pisang 2 batang , potong 10
telur 1 biji gred A
susu 2 sudu besar
vanila 1/2 sudu teh
mentega 2 sudu besar
CARA MEMASAK:
Gulung setiap keping roti yang sangat nipis dengan pin bergulung. Sebarkan setiap kepingan dengan jumlah Nutella yang banyak – meliputi satu sama lain. Letakkan sebilah pisang pada satu hujung dan gulungkan roti dengan ketat.
Dalam mangkuk kecil, pukul bersama telur, susu dan vanila sehingga digabungkan dan diketepikan.
Panaskan mentega dalam periuk di atas api sederhana. Dredge setiap roll melalui telur dan campuran susu, kemudian masak di semua sisi dalam mentega panas sehingga perang keemasan.
Rempah ratus menjadi agen penambah perisa dan penyedap rasa masakan termasuklah dalam masakan Melayu. Ditambah pula dengan gabungan bahan mentah tempatan seperti santan dan daun kari, serai kunyit dan lengkuas dan cili, keenakan menjadi lebih terasa seperti dalam tiga menu lauk berasaskan kari yang RASA kongsikan ini.
KETAM KARI CILI
BAHAN-BAHAN:
3 ekor ketam | bersih dan potong dua
1 sudu makan rempah kari
1 sudu makan serbuk cili
1 biji bawang besar hiris
1 tangkai daun kari | lurut dari tangkai
1 sudu makan air asam
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya| menumis dan meng
BAHAN KISAR:
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2cm halia muda
2 biji buah keras
1 batang serai
CARA MEMASAK:
Gaulkan ketam dengan garam dan serbuk kunyit, ketepikan.
Panaskan minyak, goreng ketam hingga kemerahan kulitnya. Angkat dan ketepikan.
Keluarkan sedikit minyak, tumiskan bahan kisar hingga naik bau, kemudian masukkan air asam, kacau rata.
Setelah pecah minyak, masukkan ketam yang telah digoreng, gaul rata, kemudian perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Tutup api, ketam sedia dihidang panas-panas
KARI DAGING TETEL BERSAMA NANGKA MUDA
BAHAN-BAHAN:
1 kg daging tetel | potong kecil dan rebus hingga empuk
300gm nangka muda | potong dadu dan rebus empuk
1 litter santan kelapa
3 sudu makan rempah kari daging
2 sudu makan pes cili
1 sudu teh serbuk cili
2 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
3 sudu makan minyak masak
2 batang serai | titik
3cm lengkuas | titik
BAHAN REMPAH PENUMIS:
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
BAHAN KISAR:
8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3cm halia
2cm lengkuas
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan rempah penumis hingga wangi.
Kemudian masukkan bahan kisar kacau lagi.
Setelah pecah minyak, masukkan campuran rempah gulai dengan serbuk cili yanag dibancuh dengan sedikit air. Kacau rata.
Setelah garing masukkan daging yang telah direbus tadi, gaul rata dan masukkan santan.
Tambahkan sera, lengkuas dan asam gelugor.
Biarkan gulai terus mereneh di atas dapur.
Apabila daging empuk, masukkan nangka.
Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
Setelah cukup masak, tutup api dan gulai sedia dihidangkan.
KARI MAMAK IKAN JENAHAK
BAHAN-BAHAN:
1kg ikan Jenahak
4 sudu makan rempah kari ikan
1 sudu makan serbuk cili
1 sudu makan halba campur
1/2cawan air asam Jawa
250ml santan kotak
8 ulas bawang merah | hiris
5 ulas bawang putih | hiris
3cm halia muda | hiris memanjang
1 tangkai daun kari
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak secukupnya
BAHAN ISIAN:
5 biji bendi
2 biji terung panjang
2 biji tomato
2 biji cili hijau
1 tangkai daun kari | lurutkan dari tangkai
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dalam periuk atau kuali besar.
Tumiskan bahan hirisan bersama halba campur dan daun hingga wangi.
Seterusnya masukkan pula campuran rempah dan serbuk cili yang dibancuh dengan sedikit air.
Kacau rata hingga pecah minyak, masukkan air asam Jawa.
Setelah mereneh, masukkan ikan, diikuti dengan santan yang dicampur dengan sedikit air. Biarkan kari terus menereh.
Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
Setelah timbul minyak, masukkan bahan isian. Biarkan 2-3 minit.
Nak makan kuetiau tapi malas nak keluar? Jom belajar cara buat kuetiau homemade yang mudah, bersih dan jimat. Resipi lengkap Kak Yong Ima Shida, confirm jadi!