Makan

Smashed Burger Homemade, Isi Padat Puas Hati Makan

Share

Kadang kala beli burger, patty kecil. Hah nak puas makan kenalah buat sendiri. Buat sendiri boleh anggarkan penggunaan garam dan lemak di dalam daging.Memang kenyang makan smashed burger ni. Anak-anak yang suka makan burger bolehlah ibu-ibu sediakan burger ini di rumah.

Smashed Burger

Bahan-bahan:

2 peket daging kisar
4 biji roti burger
8 keping keju

Untuk sos:
2 sudu mayonis
2 sudu sos cili
Untuk hiasan:
1 biji bawang Holland
1 biji tomato
Salad secukupnya
Sedikit butter untuk gorengan bawang
dan untuk sapuan atas roti
Cara memasak:

1. Goreng potongan bawang Holland dengan menggunakan butter. Goreng dengan api kecil hingga layu dan mengeluarkan rasa manis semula jadi bawang.

1. Roti dipotong dua dan disapu butter, bakar atas kuali.Bakar hingga sedikit garing.

2. untuk sos, campurkan mayonis dan cili sos, kacau sebati.

3. untuk burger, buat bulat jangan terlalu besar dan jangan terlalu kecil saiznya.Kemudian smash atas kuali yang panas. Carilah spatula atau senduk yang leper dan tekan sampai daging agak nipis. Biar masak sekejap satu bahagian sebelum dibalikkan. Tabur garam dan lada hitam di atasnya. Bila daging dah garing boleh letak kepingan keju di atas daging tadi.

4. Letak patty tadi di atas patty yang satu lagi, kemudian bolehlah letak di atas roti.

5. Letakkan salad, tambah satu potong tomato dan bawang Holland yang sudah digoreng tadi.

6. Roti bahagian atas, letakkan sos yang kita buat tadi.

7. Kemudian tutupkan burger tadi, wow enak sekali.

Selamat Mencuba.

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:  

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

Published by
Putri