Makan

Smoked Chicken Panini, Resipi Mudah Yang Mengenyangkan

Share

Jika anda mencari resipi yang mudah, Smoked Chicken Panini antara menu yang boleh anda cuba. Cara nak buatnya memang senang sangat. Yang penting, ia mengenyangkan. Nak lagi sedap, guna keju Perfect Italiano Mozzarella. Memang puas hati makan! Jom cuba.

SMOKED CHICKEN PANINI

Bahan-Bahan:

  • 12 keping roti putih
  • 1 paket  smoked chicken
  • 3 biji tomato
  • 1 biji bawang holland
  • 4 sudu besar mayones
  • 1 paket Perfect Italiano Mozzarella
  • 2 sudu besar herbs

Cara Memasak:

  1. Sapukan mayones pada roti.
  2. Kemudian, letakkan hirisan bawang holland, tomato, smoked chicken dan Keju Perfect Italiano Mozzarella.
  3. Taburkan herbs pilihan dan bakar di dalam air fryer pada suhu 180°C selama 10 minit atau sehingga keju cair.

 

[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

:  

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official:

 

 

 

 

Published by
Naqiyatul Uzma