
Sedap buat smoothies tembikai ni. Rasanya manis, lemak-lemak sikit. Sesuai diminum seisi keluarga. Boleh dibuat minuman kala musim panas.
SMOOTHIES TEMBIKAI

BAHAN-BAHAN
500 gram tembikai
200 ml susu segar
100 ml plain yogurt
3 sudu besar gula
Sedikit hirisan tembikai utk hiasan

CARA MEMBUAT
1. Tembikai dibuang biji dan dipotong dadu.
2. Sejuk bekukan tembikai selama 5 jam.
3. Kemudian kisar tembikai bersama susu segar, plain yogurt dan gula.
4. Masukkan dalam gelas dan hias dengan hirisan tembikai jika suka. Boleh diminum begitu saja.
Selamat mencuba!
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Bihun Sup Utara, Istimewanya Ada Pada Sambal Merah Dan Bihun Kuning

Jika sebut tentang Sup Utara, pasti sinonim dengan sambal merahnya dan bihun celurnya yang berwarna kuning. Makan pula dengan ayam yang dicarik-carik, lobak masin dan bawang goreng serta tauhu goreng. Tak sah kalau tak berulang makan. Sedap sangat.
Nak membuatnya pun mudah sahaja. Ikuti resipi hasil perkongsian daripada Nurul Safra Saleh ini. Memang ternyata mengundang selera. Jom kita buat.
BIHUN SUP UTARA
BAHAN-BAHAN:
1 biji bawang besar – Boleh beli online di sini
8 biji bawang merah (kecil)
5 ulas bawang putih
2 inci halia
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
Serbuk rempah sup (dibancuh dengan sedikit air)
Garam kasar – Boleh beli online di sini
Garam
Ayam (dibelah 4 atau 6)
2 ketul sup bunjut – Boleh beli online di sini
2 ketul kiub pati ayam – Boleh beli online di sini
Daun sup & daun bawang
Tauhu (dibelah 2)
Bihun – Boleh beli online di sini
Serbuk kunyit
Cili merah (dihiris)
Lobak masin
CARA MEMASAK:
Kisarkan bawang besar, bawang merah, bawang putih dan halia.
Setelah itu, panaskan minyak dan tumis bahan kisar tadi sehingga agak garing.
Masukkan serbuk rempah sup yang telah dibancuh dengan air dan tumis sehingga pecah minyak.
Kemudian, masukkan tumisan tadi ke dalam periuk yang berisi ayam yang telah dibelah 4 atau 6. (Saya buat 2 ekor ayam untuk 3 bungkus bihun.)
Masukkan air mengikut kadar kuah yang diingini.
Masukkan juga sup bunjut.
Setelah mendidih, angkat dan toskan ayam yang telah dimasak.
Masukkan kiub pati ayam dan garam kasar. (Saya suka guna garam kasar jika masak kuantiti yang banyak kerana rasanya tak pahit.)
Kemudian, di akhir nanti baru sesuaikan rasanya dengan serbuk garam buluh yang mudah larut dan berkhasiat.
Akhir sekali, masukkan daun sup yang telah dipotong.

Goreng sebentar ayam yang telah dimasak tadi. Carik isi ayamnya dan masukkan semula tulangnya ke dalam sup tadi.
Kemudian, goreng tauhu yang telah dibelah dua dan digaul dengan garam dan serbuk kunyit.

Celur bihun bersama sedikit serbuk kunyit dan toskan.

Sup dah siap. Hidangkan bihun bersama tauhu goreng, isi ayam yang dicarik, daun bawang, daun sup, hirisan cili merah, lobak masin, bawang goreng, sambal merah dan sambal kicap.

Selamat mencuba.

Kredit: Nurul Safra Saleh
[ Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi ]
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Lebihan Secawan Nasi Jadikan Kuih, Terhasillah Apam Nasi Lembut Gebu
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Cendol Pun Boleh Dijadikan Lepat, Sedap Sangat Bila Lalu Kat Tekak Ni…

Ambil tepung jagung, tepung ang kwe dan masukkan cendol dan bahan-bahan lain, boleh dimasak lepat cendol. Resipi yang dikongsi oleh Wawa ni memang meletoplah sedapnya.
Dah masak, biarkan sejuk sikit dan masukkan dalam peti ais memang padulah bila lalu kat tekak. Berbalutkan daun pisang memang beraroma wangi lah jawabnya. Jom cuba…
LEPAT CENDOL

BAHAN-BAHAN :
- 1 cawan tepung
- 1 cawan gula
- 2 sudu makan tepung ang kwe
- 5 cawan santan
- 1 sudu kecil garam @ secukup rasa
- 1 bungkus cendol * basuh dan tos
- Daun pandan untuk membungkus * layukan atas api dahulu
CARA MEMASAK :
1. Masukkan tepung jagung, gula, tepung ang kwe
2. Masukkan santan yang telah di tapis

3. Masukkan garam & daun pandan

4. Masak atas api yang sederhana perlahan. Sentiasa kacau.

5. Kacau sehingga adunan menjadi pekat & likat

6. Masukkan cendol & gaul
7. Sedia untuk dibungkus (Hati2 yea panas sangat.kalau ada sarung tangan boleh pakai. huhu)

*kalau buat banyak sebaiknya sorang sentiasa kacau atas api, sorang lagi bungkus…sebab nanti adunan capat berketul kalau xkacau.

Selamat mencuba
Facebook
https://www.facebook.com/sha.wawa.3
Koleksi Resipi Kerabu Air Tangan Mak-Mak Yang Mudah & Comfirm Sedap

Sedapnya kalau dapat makan kerabu. Ratah macam tu je dah membuka selera. Anda suka sajian kerabu mudah ni? Ha..Ada beberapa resipi mudah yang boleh anda cuba. Sesekali makan lauk simple macam ni, memang buka selera. Jom cuba!
ANEKA RESIPI KERABU MUDAH & ENAK YANG BOLEH BUAT SECARA HOMEMADE
1. KERABU BELIMBING BULUH BERSAMA DAUN SELOM

BAHAN A ( DIHIRIS):
- Belimbing buluh
- Daun selom
- Bawang besar
- Bunga kantan
BAHAN B ( DITUMBUK):
- Kelapa parut
- Belacan
- Cili padi
- Cili merah
BAHAN C:
- 3 ekor ikan termenung/ kembung – rebus, ambil isi dan hancurkan guna garfu
- Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Campurkan semua bahan A, B dan isi ikan. Gaul rata. Kuantiti bahan A & B ikut citarasa masing-masing.
2.Perasakan dengan garam secukupnya.
3. Kerabu mudah dan sedap ini sedia untuk dinikmati.
INFO: Belimbing buluh bila dah jadi kerabu, rasanya tidak masam pun.
Kredit resipi & foto: Laili Adam
2. KERABU JANTUNG PISANG STAIL PANTAI TIMUR

BAHAN-BAHAN:
- 1 biji jantung pisang – rebus empuk
- 1 biji bawang besar – hiris nipis
- 10 tangkai cili padi – hiris
- 1 ekor ikan kembung – rebus /bakar dan ambil isinya
- 100ml santan kotak (1/2 kotak santan kecik)
- 1 biji bawang besar – tumbuk
- 1 sudu makan lada hitam – tumbuk
- Garam dan perasa
- 1 biji limau nipis
- 1 sudu makan kerisik
CARA MEMASAK:
1.Hiris jantung pisang yang dah empuk tadi.
2.Satukan bawang besar dan lada hitam yang telah ditumbuk bersama isi ikan. Tumbuk sekali lagi hingga lumat.
3.Campurkan bahan tumbuk, bawang hiris, cili potong, garam, perasa, kerisik dan santan ke dalam bekas berisi hirisan jantung pisang. Gaul rata.
4.Akhir seklai, perahkan limau nipis.
5.Untuk elak kerabu cepat basi, boleh didihkan sekejap di dalam kuali. Boleh juga disimpan dalam peti sejuk. Keluarkan bila hendak dimakan sahaja.
Kredit resipi & foto: Mazliza Ahmad
3. KERABU TOMATO BERSAMA SARDIN

BAHAN-BAHAN:
- Sardin dalam tin (ambil ikan sahaja tanpa sos. Tak perlu tumis)
- 2 biji tomato
- Bawang besar
- Cili burung
- Limau nipis
- Gula dan garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Sardin dilecek dan digaul dulu dengan limau nipis.
2.Kemudian, tambahkan bahan-bahan lain ( jumlah ikut citarasa). Gaul rata.
3.Sedia untuk dihidangkan.
INFO: Kalau ada bunga kantan dan kacang panjang, boleh gaulkan sekali.
Kredit resipi & foto: Zeeda Aziz
4. KERABU PERUT UTARA

BAHAN-BAHAN:
- 1 mangkuk perut lembu (perut tuala/perut bulat/ perut kitab) – rebus empuk dan potong kecil
- 1 ikat pucu paku – celur dan tos
- 1 genggam tauge – celur dan tos
- 1 biji bawang besar – dihiris
- 3/4 cawan santan pekat
- 3 sudu makan kerisik
- 2 sudu makan jus limau nipis
- Garam, gula dan perasa secukupnya
BAHAN KISAR HALUS:
- 3 batang serai
- 1 inci halia
- 1/2 inci lengkuas
- 6 biji cili padi (merah dan hijau)
- Belacan sebesar ibu jari tangan
CARA MEMASAK:
1.Tuang bahan kisar ke dalam bekas besar.
2.Seterusnya masukkan kerisik, jus limau nipis, santan, garam, gula dan perasa secukupnya.
3.Kemudian masukkan bawang besar, perut, pucuk paku dan tauge. Gaul rata.
4.Rasa dan jika ada kurang, tambah ikut selera anda.
INFO: Kuantiti bahan di atas kena pandai ubah ikut berapa banyak kerabu yang nak dibuat.
Kredit resipi & foto: Susilawati Abu Bakar
5. KERABU KERANG PUCUK PAKU

BAHAN-BAHAN:
- Pucuk paku – dicelur
- Taugeh – dicelur sekejap
- Kerang – direbus
- Bawang besar holland – hiris nipis
- Bawang merah – hurus nipis
- Kerisik
- Jus limau nipis secukupnya
- Cili api – dihiris . boleh ganti dengan serbuk lada hitam
- Garam & gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
1.Satukan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata. Kuantiti ikut jumlah kerang dan pucuk paku yang digunakan.
2.Jika suka rasa kerabu yang lebih menyerlah, lebihkan jus limau dan garam.
3.Sedia untuk dinikmati.
Kredit resipi & foto: Norul Azmah
Nak cari RICE COOKER baru? Pilih je DISINI. Banyak pilihan & harga pun murah.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak, boleh cuba resipi di bawah ni:
Resipi Singgang Tulang Sedap Cara Orang Kelantan. Elok Empuk Dagingnya!
Idea Menu Lunch Sedap Selera Orang Malaysia Sempena Hari Merdeka
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

