
Snek kudapan paling laris abad ini, harga jualannya juga agak mahal jika nak beli sebalang. Jom cuba resipi mudah giler nak buat ni. Hanya 3 bahan kudapan sudah siap untuk dinikmati, boleh berjimat di musim perayaan nanti.
“Kalau dah buntu taktau nak buat kudapan ape nak bagi anak anak makan apakata meh try popia cheese krup krap ni.
Memang bebudak suka giler makan, sambil sambil tengok tv tu pakat berebut popia cheese ni.
Sedar sedar dah habis sebalang.Jangan kata bebudak je suka makan. Mak bapak budak pun pulun sama naik dengan anak.” perkongsian resipi dari Farhana Ismail

POPIA CHEESE KRUP KRAP
BAHAN-BAHAN:

- 1 pek popia
- Serbuk cheese
- Serbuk cili
- Gula
CARA MEMBUAT:

1) Gunting kulit popia dan dicarik carik.

2) Blend 4 sudu besar serbuk cheese, 2 sudu besar gula dan 1 sudu besar serbuk cili.

3) Goreng popia hingga keperangan dan toskan.
4) Dalam satu bekas bertutup, masukkan popia yang dah digoreng tadi,taburkan bahan yang diblend dan kasi goncang.
5) Goncang macam gaya korang goncang kopok mami monster tu.
Sampai sebati.
6) Sedia untuk dingap dan berebut depan tv. 😂
Selamat mencuba korang resepi mudah ni.
Kongsi resipi: Farhana Ismail
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
4 Resipi Berasaskan Keledek, Sedap & Sangat Mudah Nak Buat!

Keledek antara ubi yang sangat digemari dan boleh dipelbagaikan menunya, termasuklah buat kuih dan bubur.
Selain sedap direbus, keledek juga boleh dibuat bermacam jenis kuih dan dessert yang lain, asal kreatif macam-macam buat pasti menjadi.
Berikut empat jenis hidangan yang boleh dibuat daripada keledek yang dapat dikongsikan di sini.
KUIH KERIA KELEDEK SIRA GULA MELAKA

BAHAN-BAHAN:
1kg ubi keledek kuning
2 cawan tepung gandum – beli online di sini
1 sudu besar tepung ubi – beli online di sini
2 keping gula melaka – beli online di sini
1 sudu gula pasir
½ cawan air
Secubit garam
Dapatkan Mitsutoyo Rechargeable Personal Blender Set dengan HARGA ISTIMEWA DI SINI! Masukkan code RASGSP5 sebelum buat pembayaran untuk dapatkan DISKAUN EXTRA RM5!
CARA MEMASAK:
1. Kupas keledek kemudian kukus hingga empuk. Lenyek ubi keledek sehingga tiada ketulan
2. Kemudian campurkan ubi keledek yang telah dilenyek tadi dengan tepung gandum, tepung ubi dan secubit garam.
3. Gaulkan hingga sebati dan menjadi doh keria. Bulat-bulatkan doh keria, kemudian leperkan dan buat lubang di tengah-tengahnya.
[Jangan Terlepas Resipi Menarik Di Channel Rasa]
4. Goreng doh keria yang telah dibentuk kemudian toskan untuk hilangkan minyak
5. Sementara itu, campur dan cairkan gula melaka, gula pasir dan air sehingga mendidih dan pekat. Masukkan keria yang telah digoreng tadi dan gaulkan sehinga sebati.
6. Tutup api, dan terus gaul hingga gula melekat dan menyaluti semua bahagian kuih keria. Kuih keria sedia dihidangkan.
TALAM KELEDEK

BAHAN LAPISAN BAWAH:
500gm keledek ungu | kukus
2 cawan tepung beras – beli online di sini
2 sudu makan tepung ubi
¾ cawan gula pasir
1 liter santan
1 sudu teh garam halus
LAPISAN ATAS:
100gm tepung beras
3 sudu makan tepung jagung – beli online di sini
1 liter santan dari sebiji kelapa
2 sudu teh garam halus
CARA MEMASAK:
1. Untuk lapisan bawah, lenyekkan keledek hingga hancur. Kemudian, campurkan semua bahan kemudian kacau rata.
2. Tapiskan ke dalam periuk. Renehkan atas api perlahan hingga hampir pekat. Tutup api.
3. Tuangkan dalam managkuk kuih lompang dan kukus selama 15 minit dalam kukusan yang telah sedia dipanaskan.
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
4. Untuk menyediakan lapisan atas, satukan semua bahan gaul kacau sebati.
5. Tapiskan, kemudian tuang di atas lapisan bawah yang telah dicucuk dengan garfu.
6. Kukus semula lebih kurang 12-15 minit lagi. Setelah masak, tutup api dan buka penutup kukus. Setelah sejuk keluarkan dari acuan dan sedia dihidangkan.
ONDE-ONDE KELEDEK

BAHAN-BAHAN:
3 cawan keledek (yang telah direbus)
2 cawan tepung pulut
1 ketul gula melaka | potong dadu kecil
2 mangkuk kelapa parut | putih sahaja
Secubit garam
CARA MEMASAK:
1. Campurkan keledek yang telah dilenyek dengan tepung pulut, gaul rata hingga menjadi doh lembut. Tambah sedikit air jika perlu.
2. Bulat-bulatkan menjadi bulatan kecil, kemudian masukkan ketulan gula Melaka dan tutup semula. Kembali bentukkannya menjadi bulat. Lakukan hingga habis.
3. Panaskan air dalam periuk, setelah mendidih masukkan onde-onde.
4. Semetara itu, sediakan kelapa parut yang telah digaul dengan secubit garam di dalam loyang.
5. Setelah onde-onde timbul angkat menggunakan penapis, toskan dan gaul dalam kelapa parut tadi. Sedia dihidangkan.
BUBUR KELEDEK PELANGI

BAHAN-BAHAN:
1 biji keledek warna unggu | potong dadu kecil
1 biji keledek warna kuning | potong dadu kecil
2 sudu makan sagu mata ikan warna hijau
½ cawan gula pasir
Secubit garam
500 ml santan
150ml susu cair
1 helai daun pandan
CARA MEMASAK:
1. Kukus keledek yang telah didadu separuh masak. Ketepikan.
2. Cuci sagu di bawah air mengalir kemudian masukkan dalam air yang telah didihkan dalam periuk.
3. Setelah sagu bertukar jernih. Angkat dan lalukan di bawah air mengalir. Masukkan dalam bekas bersama sedikit air.
4. Masukkan santan dalam periuk bersama gula, secubit garam dan daun pandan. Renehkan atas api sederhana.
5. Setelah mereneh masukkan keledek, seketika kemudian masukkan pula sagu.
6. Sebelum angkat masukkan susu cair, gaul rata dan tutup api. Bubur sedia dihidangkan.
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap dan cepat dimasak di laman web Rasa:
Tonton lebih banyak video masakan mudah dan sedap Dailymotion @Rasa dan YouTube @Majalah Rasa Official:
Mi Rebus Daging Terlajak Sedap!

Kuah yang pekat, enak berperisa serta rasa manis-manis daging. Memang layan! Rugi kalau tak cuba. Resipi ini menggunakan ubi keledek. Selain itu, boleh juga digantikan dengan ubi kentang.
BAHAN-BAHAN:
- 1kg mi kuning | dicelur
- 2 tangkai daun sup | dihiris kasar
- 1 biji limau nipis | dihiris
- 2 biji cili hijau | dihiris
- Bawang goreng secukupnya
- 2 biji telur rebus | dibelah dua
- 2 keping tauhu goreng | dihiris nipis
BAHAN KUAH:
- 2 biji keledek oren saiz sederhana | dibuangkan kulit
- 250gm daging | dihiris
- 3 biji bawang besar | kisar halus
- 4 ulas bawang putih | kisar halus
- 6cm halia | kisar halus
- 1.5cm kunyit hidup | kisar halus
- 2 biji tomato |potong dadu
- 3 sudu makan serbuk kari daging
- 1 sudu teh serbuk jintan putih
- 1 batang kulit kayu manis
- 2 sudu makan cili kisar
- 1 sudu makan tepung jagung.
- 4 sudu makan udang geragau kering | ditumbuk halus
- 100ml air asam jawa
- 1 liter air rebusan
- Minyak memasak untuk menumis
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Rebus ubi keledek hingga masak dan lenyekkan.
- Di dalam periuk besar, panaskan minyak dan tumis bahan kisar, cili kisar dan kulit kayu manis sehingga naik bau. Kemudian masukkan daging.
- Kemudian masukan serbuk kari daging dan serbuk jintan putih. Kacau hingga sebati.
- Masukan buah tomato dan air rebusan. Biarkan sehingga mendidih.
- Seterusnya masukkan keledek yang sudah dilenyekkan. Kacau sehingga kuah kelihatan sedikit pekat dan masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.
- Masukkan udang geragau yang telah ditumbuk ke dalam kuah dan pastikan sentiasa dikacau supaya keledek tidak melekat di dasar periuk.
- Masak sehingga daging empuk dan perasakan dengan garam serta gula dengan secukup rasa.
- Hidangkannya bersama mi kuning dan bahan-bahan sampingan lain.
Resipi Talam Nyonya Cukup Lemak Manis Rasanya Pasti Menjadi!

Talam Nyonya ni mudah je nak buat, yang penting cukup bahan wajib pembuatan talam nyonya ni pasti menjadi kuih ni. Warnanya sama macam kuih tepung pelita tapi lain sikit cara pembuatannya dan cara hidangannya. Korang wajib cuba resipi kuih ni tau, mudah sangat pastu cepat je siap. Kalau tiba-tiba ada tetamu nak datang pun sempat je nak buat untuk menu minum petang. Terima kasih untuk Norfazida Gda kongsi resipi talam nyonya ni di Facebook haa jomlah kita cuba?
KUIH TALAM NYONYA

BAHAN-BAHAN:
ADUNAN HIJAU
1 cawan tepung ang kwe/hoen kwee
1 cawan gula
4 cawan air
2 cawan air pandan (kisar 5 helai pandan)
Sedikit pewarna hijau
ADUNAN PUTIH
1 cawan tepung ang kwe/hoen kwee
1 cawan gula
3 cawan santan
3 cawan air
½ sudu kecil garam

CARA PENYEDIAAN:
Campurkan bahan adunan hijau dan adunan hijau dalam kuali/periuk berasingan.
Kacau sebati. Masak serentak hingga pekat.
Sendukkan adunan hijau dan putih ke dalam bekas/acuan secara berselang seli hingga habis.
Sejukkan selama beberapa jam sebelum dipotong dan dihidangkan.
SELAMAT MENCUBA
Kredit: Norfazida Gda
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Kuih Nagasari Yang Sedap Dan Pasti Menjadi Walaupun Pertama Kali Buat
Baru Nak Belajar Buat Karipap? Ini Resipi A Sampai Z Karipap Gerenti Jadi.
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

