Snow Almond Cookies sememangnya antara biskut yang menjadi kegemaran ramai, terutamanya kanak-kanak.
Gabungan rasa lemak manis dengan salutan coklat yang enak menjadikannya biskut pilihan setiap kali musim perayaan.
Menariknya, hiasan putih di luar biskut ini bukan kelapa parut seperti yang disangka ramai, tetapi sebenarnya serbuk roti! Jika ingin mencuba sendiri, boleh guna resipi dikongsi oleh El-Ain Arzmi
yang turut menjadikannya jualan ketika raya.
1 cawan tepung jagung
500g butter (Buttercup)
1 1/2 cawan gula kastor
1 cawan susu tepung
5 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk badam
1 cawan Nestum original
2 cawan Dark Beryls coin
2 sudu cocobutter
Serbuk roti secukupnya
1. Mentega dan gula kastor disatukan dalam satu bekas dan dikacau hingga sebati.
2. Kemudian tambah susu tepung, serbuk badan, Nestum dan tepung jagung. Kacau hingga sebati.
3. Seterusnya tambah tepung gandum dalam adunan tadi. Kacau sehingga dok lembut. Sekiranya doh lembik tambah tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga doh tak melekat di tangan.
4. Ambil sedikit doh dan bentukkan bulat-bulat hingga selesai semuanya.
5. Bakar suhu 150’c masa 20 minit. Keluarkan dari oven dan sejukkan. Adunan ini boleh hasilkan dalam 190 biji biskut.
Gunakan teknik double boil untuk cairkan dua jenis coklat di atas sehingga larut dan sebati.
Celup biskut dalam larutan coklat yang suam-suam dan salut dalam serbuk roti.
Hasilnya…
Sumber: El-Ain Arzmi
Baca Lagi: Resipi Almond Cluster. Biskut Raya Sedap, Hanya Guna 2 Bahan