
Biskut raya ni lain dari kebiasaan. Ini untuk yang suka biskut dengan tekstur yang lembut. Rasa di mulut memang sungguh nikmat.Tak percaya jomlah buat.
Soft Cookies Coklat Peanut Butter
Bahan-bahan:
130g tepung naik sendiri
60g serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil garam halus
Ayak semuanya. Bahan lain cairkan double boil.
125g butter
120g dark beryls
Whisk sampai semua coklat dan butter cair kemudian masa tengah panas.Dah cair tambahkan.
100g gula halus dan
80g gula perang halus mix sampai gula hancur
Tambah 1 sudu besar esen vanila
1 biji telur suhu bilik
Kacau semua sebati.Masukkan campuran bahan diayak tadi kacau sebati.Wrap dan masuk chiller 30 minit.
Inti:
250g peanut butter
100g madu
1.Gaul sebati
2.Sudukan di atas dulang lapik dengan baking paper dan masuk peti ais 30 minit ya.
3.Keluarkan doh tadi dan cedok pakai skop dan isikan filling tadi macam.Bulatkan elok-elok,buat sampai habis.
4.Bakar suhu 170 darjah selama 25 hingga 30 minit.Bergantung suhu oven korang.
Kredit: Azlina Ina Fans
Jom Masak Kuah Hitam, Pemilik Restoran Nasi Kandar Sendiri Yang Kongsi Resipi
Step By Step Buat Kuih Kurma Kukus, Sedap & Lembut Je Bila Dimakan
Air Kacang Soya Homemade, Sedap Dan Manis Berlemak, Yang Penting Tiada Bahan Pengawet
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Jom Buat! Resipi Mulberry Yogurt Butter Cake Yang Sangat Sedap

Anda suka makan kek? Jom cuba buat Mulberry Yogurt Butter Cake yang sangat sedap ni. Nampak ringkas je tapi teksturnya yang gebu membuatkan ramai yang teringin nak merasa. Saudara Mohammad Muammar ada kongsikan resipi. Jom kita mula.
RESIPI MULBERRY YOGURT BUTTER CAKE
BAHAN-BAHAN:
- 300gm tepung naik sendiri (kalau guna tepung gandum biasa, guna sukatan tepung gandum 300gm + 1 1/2 sudu teh baking powder) – beli online disini
- 280gm gula – beli online disini
- 6 biji telur – asingkan putih dan kuning
- 350gm mentega atau marjerin atau campuran mentega & marjerin – beli online disini
- 100ml yogurt (boleh juga guna 100ml susu tin cair + 1 sudu makan jus lemon. Biarkan 10 minit untuk susu jadi Buttermilk)
- Parutan kulit oren dari 1 biji oren
- 3 cawan mulberry beku
CARA MEMASAK:
1.Pukul putih telur sampai jadi meringue/stiff peak. Ketepikan.
2.Pukul mentega /marjerin dengan gula hingga kembang guna medium speed.
3.Masuk kuning telur sebiji demi sebiji. Pukul kembang dan rata juga menggunakan medium speed.
4.Masuk tepung selang seli dengan yogurt/buttermilk. Pukul sebati.
5.Ambil 1/3 meringue tadi, masuk ke dalam adunan. Kaup balikkan hingga sebati.
6.Kemudian masukkan baki meringue tadi. Kaup balikkan lagi.
7.Masukkan parutan kulit oren dan juga mulberry. Gaul sebati.
8.Tuang adunan dalam loyang empat segi bersaiz 9×9.
9.Bakar pada suhu 170c guna api atas bawah selama 45 minit (ikut ketuhar masing-masing). Letak loyang di rak paling bawah.
NOTA: Kalau guna loyang 8×8, boleh guna 2/3 sukatan resepi.
Kredit resipi & foto: Mohammad Muammar
[Sertai Telegram Geng Rasa Share Resipi]
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Resipi Biskut Tat Teratai Sedap Boleh Buat Untuk Aidilfitri Nanti.
Resipi Sambal Padang Sedap, Masak Macam Ni Tahan Berbulan-Bulan
Resipi Kek Pisang Coklat Kukus Lembut, Gebu Macam Span, Sukat Guna Cawan Je
Dumpling Soup Homemade Halal, Modal Bawah RM10 Boleh Dapat 40 Biji
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official
Sedapnya Resepi Ayam Masak Kurma Serta Tiramisu Air Tangan Fikry Ibrahim & Shatorah Ni

Isi Kandungan
ToggleEpisod 12 Rasa Nostalgia Ramadan dimeriahkan dengan kehadiran Fikry Ibrahim bersama sepupunya, Shatorah. Pelawak otai, Imuda juga ada sebagai cameo pada hari ini. Mencipta nama menerusi program Lawak Solo, nama Fikry Ibrahim semakin mendapat tempat di dalam industri hiburan tanah air.
Bila bercakap tentang menu untuk berbuka puasa, menu Ayam Masak Kurma ini memang menjadi pilihan Fikry. Kira menu wajib ada dalam bulan Ramadan ni. Memang membuka selera.
Tak lengkap rasanya kalau tiada pencuci mulut. Jadi, Fikry dan Shatorah telah membuat Tiramisu sebagai pelengkap hidangan. Fuhh memang sedap. Rasa kopi yang cukup menggoda.
Kalau anda nak cuba, boleh tengok resipi di bawah. Selamat mencuba!
AYAM MASAK KURMA
BAHAN-BAHAN TUMBUK:
- 3 ulas bawang putih
- 3 biji bawang merah
- 2 inci halia
BAHAN-BAHAN AYAM KURMA:
- 1 pek rempah kurma
- ½ ekor ayam
- 1 batang kayu manis
- 2 kuntum bunga cengkih
- 2 kuntum bunga lawang
- 4 biji buah pelaga
- 1 tangkai daun kari
- 1 batang lobak merah
- 1 biji kentang
- 1 mangkuk kecil santan pekat
- 1 biji tomato
- 2 biji cili hijau | dibelah dua
- 2 biji cili merah | dibelah dua
- 3 biji cili padi
- Garam secukupnya
CARA MEMASAK:
- Hiris kasar bawang putih, bawang merah dan halia. Tumbuk halus dalam lesung batu.
- Panaskan minyak dan tumis bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga dan kayu manis.
- Masukkan 1 tangkai daun kari supaya tumisan jadi lebih wangi.
- Kemudian, masukkan bahan tumbuk halus. Kacau sehingga kekuningan dan naik bau.
- Masukkan bancuhan rempah kurma ke dalam kuali. Kacau sehingga rempah kering dan pecah minyak.
- Bila rempah sudah kering, masukkan sedikit air. Boleh ulang tambah air dalam 2 hingga 3 kali supaya rempah betul-betul masak.
- Kemudian, masukkan ayam. Kacau sebati.
- Masukkan santan dan juga garam secukupnya.
- Masukkan lobak merah dan kentang. Masak sehingga empuk.
- Tambah air jika perlu.
- Masukkan tomato, cili merah, cili hijau dan cili padi. Masukkan juga asam keping.
- Masukkan bawang besar. Kacau hingga sebati.
- Siap!
TIRAMISU
BAHAN-BAHAN:
- 1 paket Biskut Ladyfinger
- 1 cawan air Nescafe | tanpa gula
- 1 cawan Non-Dairy Whipping Cream
- 250g cream cheese
- 100g gula icing
- 1 sudu kecil esen vanilla
- ¼ cawan serbuk Hot Chocolate Cadbury
CARA MEMASAK:
- Campurkan cream cheese, gula icing, esen vanilla dan whipping cream di dalam 1 bekas. Pukul menggunakan mixer sehingga adunan sebati dan berkrim.
- Celupkan biskut Ladyfingers ke dalam air Nescafe. Kemudian, susunkan biskut tersebut di dalam bekas.
- Kemudian, sapukan krim keju tadi di atas biskut.
- Ulang langkah 2 dan langkah 3 sehingga penuh.
- Ratakan krim keju dan taburkan serbuk hot chocolate Cadbury.
- Masukkan ke dalam peti sejuk sehingga keras.
- Siap untuk dimakan.
LG PuriCare™ Melengkap Dan Memeriahkan Suasana Dapur Selebriti
Kemeriahan dapur Rasa Nostalgia Ramadan kali ini diceriakan lagi dengan kehadiran rakan penaja LG PuriCare™ dengan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD.
Memang perlulah kan memasak menggunakan air yang bersih. Bersih dengan erti kata sebenar-benar bersih terutama dalam situasi pendemik hari ini. Setiap sajian perlu dipastikan kebersihannya. Penggunaan air yang tidak bersih sangat mudah memberi risiko kesihatan kepada keluarga apa lagi setelah seharian berpuasa.
Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD terdapat 3-Tahap Sistem Penapisan dan 3 pilihan suhu air (suhu panas, sejuk dan bilik) serta Muncung Bergerak 4 Arah – kiri dan kanan, atas dan bawah, perlu ada didapur kita kerana bukan sahaja memberikan air yang jernih, selamat dan tidak memakai ruang yang banyak dengan reka bentuk tipisnya , ia juga mudah dipasang dan dapat mengurangkan percikan air. Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan. Nak tahu info lebih lanjut mengenai promosi Raya LG PuriCare™️, lawati laman webnya sekarang! (https://www.lg.com/my/promotions/lg-puriCare-raya-promo-dst)
Jangan lupa saksikan kemeriahan Nostalgia Rasa Ramadan selama 23 hari setelah menonton bolehlah mencuba resipi-resipi yang dikongsi oleh barisan selebriti ini. Untuk dapatkan resipi penuh, layari website majalah rasa (www.rasa.my) setiap hari selepas habis siaran.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.
5 Kek Hebat Dari Dill Cakes, Gebu & Sedap Berasaskan Buah-Buahan

Isi Kandungan
ToggleBuah-buahan antara ramuan istimewa melazatkan kek anda . Selain buah-buahan citrus dan beri, buah-buah tempatan seperti nenas dan durian juga tidak kurang hebat rasanya.
Pemilik kedai Dill Cakes dari, Apartment Sri Nuang, Taman Bukit Bandaraya Shah Alam Fadzil Md Salleh sudi berkongsi 5 jenis kek buah-buahan yang sungguh enak ini. Cubalah, ya

1. KEK BUAH PRUN
BAHAN-BAHAN :
- 200 gm prun yang dibuang biji | rebus prun hancur dan sejukkan
- 1 cawan air
- 1 cawan gula hangus @ karamel
- 8 biji telur
- 340 gm gula kastor
- 340 gm tepung naik sendiri | diayak
- 1 ½ buku mentega
CARA MEMASAK :
1. Putar mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji sebiji dan putar perlahan hingga kembang.
3. Masukkan prun yang dihancurkan tadi dan putar lagi.
4. Kemudian masukkan pula gula hangus @ karamel dan kacau rata
5. Masukkan tepung dan kacau rata.
6. Masukkan di dalam tin pembakar berukuran 25 sm x 25 sm yang telah digriskan dengan mentega dan ditabur dengan sedikit tepung.
7. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 160 darjah celcius (api atas bawah). Bakar selama 60 minit atau sampai masak bergantung kpd oven masingmasing.
Saiz hidangan: 1 tin pembakar empat segi (25 sm x 25 sm)
Waktu memasak: 1 jam
Keistimewaan: Rasa buah prun yang hebat
INFO :Kek ini menjadi lebih sedap lagi jika disimpan semalaman dalam peti sejuk. Jika suka hiaskan dengan butter cream dan hirisan buah prun.
2.KEK NANAS TERBALIK
BAHAN-BAHAN :
- 8 biji telur
- 425 gm gula perang
- 1 ½ buku mentega
- 1 kg tepung naik sendiri | diayak
- 1 tin nenas keping | kisar 2 keping nanas dengan air yang dalam tin
Sedikit ceri merah hiasan :
CARA MEMASAK :
1. Putar mentega dengan gula sampai kembang.
2. Masukkan tepung dan telur sebiji demi sebiji sampai kembang.
3. Masukkan mentega dan putar dengan kelajuan perlahan sampai rata.
4. Masukkan nanas yang telah dikisar tadi dan kacau rata.
5. Masukkan tepung dan kacau rata. Masukkan tepung beransur.
6. Masukkan dalam loyang bulat yang sudah digriskan dengan mentega dan ditabur sedikit tepung, bersaiz 28 sm
7. Panaskan oven pada suhu 160 darjah celcius, dan bakar selama 30 – 40 minit, sehingga kek masak.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat bersaiz 28 sm
Waktu memasak: 40 minit
Keistimewaan: Kek nanas dengan bahan yang ringkas, rasa nanas masam manis
INFO : Kek yang tahan lama dan sedap dimakan ‘plain’ tanpa hiasan krim.
3.KEK KEJU KIWI
BAHAN-BAHAN :
- 1 kg krim keju
- 2/3 tin susu pekat
- 1 cawan krim putar @ whipping cream
- 1 sudu teh esen vanilla
- 5 sudu makan pai kiwi ‘filling’ (boleh didapati dari kedai kek)
Bahan dasar kerak :
- 250gm biskut marie | dihancurkan
- 125gm mentega | dicairkan
Bahan topping @ permukaan :
- 1 sudu teh serbuk gelatin
- 30 ml air30ml air
- 150 gm kiwi pie filling @ inti pai kiwi
CARA MEMASAK :
Dasar kerak :
1. Hancurkan biskut marie, kemudian cairkan mentega. Gaulkan biskut yang telah hancur dengan mentega yang telah dicairkan.
2. Letakkan adunan dalam loyang bulat saiz 25 sm
3. Tekan adunan supaya padat. Masukkan sebentar dalam peti sejuk agar dasarnya lebih padu.
Krim keju :
4. Keluarkan krim keju 20 – 30 minit sebelum digunakan.
5. Putar krim keju dan susu serta whipping cream sehingga sebati.
6. Masukkan sedikit pai kiwi dan gaulkan.
7. Tuangkan adunan ke dalam berisi biskut tadi.
8. Panaskan oven dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 2 ½ jam.
9. Keluarkan dan bila sejuk, masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam supaya kek benar-benar sejuk untuk dikeluarkan dari loyang pembakar.
10. Hias atas kek dengan kiwi pie dan hirisan buah kiwi mengikut kreativiti anda
Hiasan permukaan /topping :
10. Campurkan gelatin dengan air dan panaskan sebentar sebentar supaya gelatin tadi larut. Selepas itu masukkan kiwi pai filling, kacau. Sedia untuk disapukan atas kek.
Saiz hidangan: 1 loyang pembakar bulat bersaiz 25.4 sm
Waktu memasak: 3 jam
Cara Memasak : Bakar dengan teknik ‘water bath’
Keistimewaan: Kek keju berkrim dengan rasa kiwi asli
INFO :Sedap dimakan sejuk-sejuk dari peti ais. Keluarkan kek dari Loyang pembakar, hanya selepas ia disimpan lebih dari 4 jam dan benar-benar sejuk.
4. KEK BUTTER VANILLA STRAWBERI
BAHAN-BAHAN:
- 120 gm gula kastor*
- 10 gm ovalet*
- 4 biji telur gred A
- 130 gm tepung superfine / tepung kek*
- 1 sudu teh serbuk penaik*
- 40 ml air
- 60 gm minyak jagung / mentega cair
- 1 sudu makan strawberi emulco
Bahan krim frosting:
* (Putar satu kotak fresh cream dengan mixer. Putar sehingga ia lembut dan kental dan campurkan sedikit jem strawberi)
CARA MEMASAK :
1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius. Siapkan loyang bulat 23 sm, griskan dengan mentega dan alas dengan baking paper.
2. Satukan semua bahan bertanda * dalam mangkuk sederhana besar.
3. Menggunakan mesin pengadun, putar sehingga kembang dan gebu.
4. Masukkan strawberi emulco dan air, putar lagi hingga sebati.
5. Masukkan minyak jagung/mentega cair, Gaulkan hingga sebati.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang pembakar .
7. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius dan bakar selama 45 min.
8. Selepas kek sejuk boleh sapu dengan frosting fresh cream yang telah diputar.
9. Bahagikan kek kepada 3 lapisan dan lapiskan dengan fresh cream di antaranya. Sapukan ‘fresh cream’ di atas dan keliling kek dan indahkan dengan hirisan buah strawberi.
Saiz hidangan : 1 loyang bulat bersaiz 23 sm
Waktu memasak: 45 minit
Keistimewaan : Rasa strawberi dan gebu berkrim
INFO : Goncang kotak fresh cream sebelum dituang ke dalam mangkuk mixer. Ini kerana ketika ia dinyahbekukan, kemungkinan kandungan krim dan air yang terdapat di dalamnya telah terpisah . Jika terus tuang anda mungkin hanya menuang airnya dan krimnya tertinggal di dalam.
5. KEK MARBLE DURIAN
BAHAN-BAHANNYA:
- 425 gm gula kastor
- 3 cawan tepung naik sendiri | diayak
- 8 biji telur
- 1 1/2 buku mentega | cairkan dalam suhu bilik
- 1 cawan isi durian
Beberapa titik pewarna ikut suka
Bahan krim frosting:
* (Putar satu kotak fresh cream dengan mixer. Putar sehingga ia lembut dan kental
Campurkan satu cawan durian
CARA MEMASAK :
1. Putar putih telur hingga kembang. Masukkan pula gula dan putar hingga kembang dan pekat.
2. Masukkan pula kuning telur sebiji demi sebiji dan putar perlahan hingga naik kembang.
3. Masukkan mentega dan putar hingga rata.
4. Masukkan pula durian dan putar lagi.
5. Kemudian masukkan tepung dan gaul rata.
6. Asingkan adunan ikut warna yang disukai.
7. Tuang selang seli dalam loyang pembakar yang sudah digriskan dengan mentega untuk jadikan corak marble.
8. Panaskan oven dan dan bakar dalam suhu 160 darjah celcius 40 minit atau sehingga masak.
9. Apabila kek sejuk, potong menjadi 3 lapisan dan lapiskan dengan fresh cream yang telah dicampurkan durian.
10. Letakkan sedikit isi durian sebagai hiasan.
Saiz hidangan : 1 tin pembakar segi empat saiz 17.8 sm x 17.8 sm
Waktu memasak: 45 minit
Keistimewaan : Rasa dan aroma durian yang enak, sedap dimakan ‘plain’ sahaja.
INFO : Pastikan durian segar digunakan untuk mengelak rasa masam pada kek. Jika ingin kek tahan lama masak durian dengan sedikit gula sehingga menjadi pes.
TERIMA KASIH : DILL CAKES, APARTMENT SRI NUANG, JLN GUNUNG NUANG
U 11/37, TAMAN BUKIT BANDARAYA, SHAH ALAM. FB / IG:fadzilmdsalleh. http://dill-cakes.blogspot.com