Solok lada. Biasanya kita jumpa bila beli nasi kerabu. Tapi ada kalanya susah nak jumpa. Mungkin sebab pembuatannya yang agak renyah.
Jadi, kalau teringin sangat atau bagi penggemar makanan ini, lebih baik buat sendiri. Lagi puas hati. Sedapnya. Ratah macam tu je pun dah sedap sangat. Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh puan Suzana Othman ini.
Solok Lada
Bahan-bahan:
6 tangkai lada solok
6 ekor ikan sardin (rebus)
1 biji kelapa (sebahagian dibuat inti, sebahagian lagi ambil santannya)
½ labu bawang besar – boleh beli online di sini
1 inci halia – boleh beli online di sini
Sebiji telur
1 sudu kecil lada hitam – boleh beli online di sini
2 sudu besar gula – boleh beli online di sini
Garam secukupnya – boleh beli online di sini
Cara Memasak:
Belah lada solok dan buang bijinya. Buang tulang ikan, asingkan daripada isinya. Kisar kering bawang dan halia mengguna heavy duty blender. Kalau nak guna food processor atau chopper pun boleh. Kalau tak ada jugak, boleh tumbuk guna lesung batu. Tak ada masalah.
Kemudian kisar isi ikan, tapi jangan tambah air.
Masukkan bahan kisar dalam mangkuk, tambah ½biji kelapa, telur dan bahan-bahan lain. Gaul hingga sebati.
Sumbatkan inti ke dalam lada solok tadi.
Perah baki ½ biji kelapa tadi, masukkan santan dalam periuk. Perasakan dengan secubit gula dan garam kemudian susun lada dalam periuk. Buka api perlahan, tutup periuk dan biar hingga santan mengering. Siap.
SERTAI TELEGRAM GENG RASA SHARE RESIPI
Dapatkan lebih banyak resipi di laman web RASA:
Pajeri Nanas Ini Memang Sedap, Seimbang Rasa Masam Manis Dan Rempahnya
Masak Lemak Cili Padi Isi Durian Muda. Dah Rasa Baru Tau Sedapnya
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @RASA dan Youtube Majalah RASA Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI