Sos black pepper sering digunakan untuk hidangan makanan barat seperti chicken chop, beef steak dan lain-lain lagi. Kalau nak sedap, cuba buat sos black pepper sendiri. Tentu anda lebih puas hati bila makan hasil air tangan sendiri. Tak susah pun sebenarnya nak masak sos ni, cukup mudah dan confirm menjadi jika anda menggunakan resipi yang dikongsi oleh saudari Afy AL Habibi. Jom kita lihat bahan-bahan serta cara penyediaannya.
Selesai menikmati juadah utama, pasti anda terasa puas jika dapat menikmati pencuci mulut yang manis dan menyamankan rasa. Hari ni Min nak kongsi empat lagi sajian ‘dessert’ yang pasti memuaskan citarasa selera anda.
Tiga resipi berikut ini adalah dari Kinrara Resort, Hotel Royale Chulan Bukit Bintang dan The Pearl Hotel KL. Bila lapang nanti bolehlah cuba…
1.ENGLISH TRIFFLE
BAHAN-BAHAN :
Bahan kek span vanila :
7 biji telur
100 ml susu penuh krim
350 gm gula halus
1 sudu makan esen vanila
40 gm ovallete
330 gm tepung naik sendiri
175 ml minyak masak
Bahan jeli :
25 gm serbuk jeli perisa strawberi
1 liter air panas
Bahan krim kastad :
500 ml susu penuh krim
30 gm tepung kastad
3 biji kuning telur
CARA MEMASAK : Cara masak kek span vanila: 1. Pukul telur hingga kembang. 2. Setelah kembang masukkan esen vanila dan ovallete, pukul lagi hingga kembang. 3. Masukkan pula tepung naik sendiri sedikit demi sedikit, dan juga susu. Selepas itu masukkan minyak dan kacau sebati. 4. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 40 minit sehingga masak. Cara masak jeli : 1. Kacau air panas bersama serbuk jeli hingga larut. Cara masak krim kastad : 1. Masukkan susu dan gula sehingga mendidih. 2. Larutkan kuning telur dengan tepung kastad, kalau masih berketul masukkan sedikit air untuk melarutkan tepung kastad. 3. Setelah air susu mendidih masukkan larutan kastad tadi dan kacau hingga masak sehingga tiada ketulan. Cara membuat lapisan English Triffle : 1. Buang kulit luar kek span dan ukur ikut saiz cawan . Masukkan ke dalam cawan. 2. Potong hirisan buah ikut citarasa. 3. Tuang jeli yang masih panas tadi ke dalam cawan. 4. Setelah jeli sejuk, tuang kastad krim dan simpan dalam peti ais. 5. Setelah sejuk ia sedia untuk dihidangkan.
INFO CHEF : Gabungan jeli dan kastad memberi rasa manis dan lemak berkrim. Pencuci mulut ini adalah menu tradisional dari Britain.
Saiz hidangan : Kek seberat 1kg Waktu Memasak : 1 jam setengah Cara Memasak : Bakar dan ‘chill’ Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Gabungan kek, jeli dan kastad menjadikan ia ‘dessert’ yang digemari semua.
2. Tiramisu Cake
BAHAN-BAHAN:
Bahan kek vanila span :
17 biji telur
100 gm susu penuh krim
350 gm gula
1 sudu makan esen vanila
40 gm ovallete
330 gm tepung naik sendiri
175 ml minyak masak
Bahan untuk krim mentega : Meringue:
100 ml putih telur
50 gm gula
Air gula :
70 ml air
125 gm gula
500 gm mentega
Bahan air sapuan perisa kopi:
300 ml air panas
200 gm gula
2 sudu makan kopi (nescafe)
* Campur semua dan kacau hingga sebati.
Bahan untuk krim tiramisu :
250 gm keju mascarpone
5 biji kuning telur
300 gm krim mentega (hasil dari resipi krim mentega)
150 ml krim masakan
CARA MEMASAK : Cara masak kek span vanila : 1.Pukul telur hingga kembang. 2.Setelah kembang masukkan esen vanila dan ovallete, pukul lagi hingga kembang. 3.Masukkan pula tepung naik sendiri sedikit demi sedikit dan juga susu. Selepas itu masukkan minyak dan kacau sebati. 4.Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 40 minit hingga masak. Cara masak krim mentega (butter cream) : 1. Buat meringue, pukul telur putih dan gula hingga kembang. 2. Buat air gula, masak air dan gula sehingga gula menjadi pekat. 3. Pukul mentega sehingga lembut dan tiada biji. 4. Setelah mentega lembut masukkan adunan gula sedikit demi sedikit. 5. Akhir sekali masukkan adunan meringue sedikit demi sedikit, dan pukul 5 hingga 10 minit. Cara masak krim tiramisu : 1. Pukul mascarpone sehingga lembut dan gebu. 2. Masukkan kuning telur sedikit demi sedikit. 3. Masukkan krim mentega dan kacau hingga sebati 4. Akhir sekali masukkan krim masakan sedikit demi sedikit sehingga adunan mesra. Cara membuat kek tiramisu 1. Bersihkan kek span (buang kulit) dan potong ikut saiz cawan yang digunakan. 2. Sapukan merata air gula,air kopi di atas kek 3. Ulangi langkah tadi sekali lagi hingga lapisan terakhir. 4. Sejukkan dan ia sedia dihidangkan.
INFO CHEF : Tiramisu diambil dari bahasa Itali yang bermaksud pilih saya. Ia adalah pencuci mulut berperisa kopi berasal dari negara Itali.
Saiz hidangan : Kek seberat 1kg Waktu Memasak : 1 jam setengah Cara Memasak : Bakar dan ‘chill’ Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Ia boleh dibuat sehari lebih awal dan disimpan dalam peti sejuk. Rasa kopi akan lebih sebati dan mesra dalam tiramisu ini
3. PANNA COTTA JELLY KISMIS
BAHAN-BAHAN :
2 cawan susu segar
2 sudu kecil gelatin /dicampur bersama 3 sudu makan air panas.
1/4 cawan gula halus
1 sudu teh pati atau esen vanilla
Bahan untuk puri kismis :
1/2 cawan kismis /dikisar
1 atau 1/2 sudu teh gula/ jika tidak mahu manis kurangkan lagi
Sedikit air /cukup sekadar untuk dikisar
CARA MEMASAK : 1. Masukkan gelatin ke dalam air panas. 2. Kacau dan biarkan ia mengembang. 3. Ambil periuk lain dan masakkan susu dengan gula dengan api yang sederhana hingga kelihatan buih-buih kecil di tepi periuk. 4 .Tuangkan ke dalam bekas atau gelas yang sesua 5 .Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 45 minit. 6 .Sementara itu, sediakan puri kismis 7. Kisar kismis hingga halus, kemudian masukkan gula dan sedikit air 8. Kacau hingga sebati dan tuangkan keatas gelas berisi panna cotta tadi 9. Sejukkan semula dalam peti sejuk selama 5 minit 10. Sedia untuk dinikmati
Saiz hidangan : 4 orang Masa memasak : 1 jam Cara memasak : Reneh. Jenis masakan : Pencuci mulut Keistimewaan : Manis dan enak berkrim
INFO CHEF: ‘Panna Cotta’ adalah puding lembut berasal dari Itali. Ia bermaksud krim yang dimasak. Selain puri kismis boleh digantikan dengan buah-buahn beri seperti strawberi.
Rasa Anak Emak Anak Bapak episod keempat menampilkan gelagat Instafamous, Bengah dan adik istimewanya Cik Pia memasak roti John untuk ayah tersayang Hj Mohammad Noor. Kalau nak tahu instagram @ makhlokmacho yang memaparkan kisah bengah dan telatah adiknya Cik Pia kini telah mencapai follower 854K. Kisah rutin hidup mereka rupanya berjaya menyentuh hati followernya.
Bengah atau nama sebenarnya Hamad Zamakhsari mengajak Cik Pia sama-sama membeli bahan masakan. Mereka berdua memasak di warung Burger Ria John, di Taman Len Sen, Cheras. Ceria sungguh Cik Pia. Habis memasak ada kejutan pulak, roti John dibawa ke kediaman penggubah lagu artis Sufian Suhaimi untuk dimakan bersama-sama ayah mereka Hj Mohammad.
"Sedap jugak roti John ko, boleh tahanlah sedapnya", puji Hj Mohammad saat menikmati Roti John air tangan kedua anaknya Bengah dan Cik Pia. Yang pasti Cik Pia tersenyum bahagia apabila Suffian mendendangkan lagu untuknya.
Jom semak resipi Roti John mereka.
ROTI JOHN
BAHAN-BAHAN:
Roti john/roti oblong (belah tengah)
Daging burger secukupnya| dihancurkan @ dikisar
1- 2 biji bawang merah,
2-3 biji telur
Majerin planta secukupnya
Sos cili secukupnya
Mayones secukupnya
Sos Thousand Island secukupnya
Sos lada hitam secukupnya
Kepingan keju @ sos keju
Sayuran : Timun, kubis, lobak merah – disagat halus
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
1. Satukan telur, daging, bawang, cili dan juga garam. Ketepikan.
2. Sapukan planta pada roti. Ketepikan.
3. Cairkan sedikit planta di dalam kuali. Kemudian masukkan campuran daging dan telur tadi. Biarkan hingga masak.
4. Tekap roti diatas daging tadi. Biarkan seketika apabilaa dah masak, angkat.Baru terbalikkan.
5. Letakkan sayur serta sos cili, mayones dan sos Thousand Island.
6. Potong ikut saiz bersesuaian dan sedia untuk dinikmati.
Jangan lupa teruskan menonton Rasa Anak Emak Anak Bapak di episod seterusnya di saluran Astro Prima 105 dan Prima HD 121, setiap hari Selasa jam 1.00 tengahari.
Memang wajib jika makan soto kena ada sambal kicap untuk menambah rasa keenakan soto. Sambal kicap nampak mudah tetapi kena betul bahan ramuannya untuk dapat rasa yang padu.
SAMBAL KICAP BIHUN SOTO
BAHAN-BAHAN:
3 ulas bawang besar dipotong kasar
1 labu bawang putih
15 tangkai cili hijau besar
33 tangkai cili merah
1 botol kicap pekat
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
Info: Jika ingin lagi pedas boleh tambahkan cili padi
CARA MEMASAK:
Semua bahan dipotong kasar-kasar
Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih terlebih dahulu hingga naik bau.
Selepas itu baru masukkan bawang merah. Tumis hingga layu.
Kemudian masukkan semua cili. Goreng sampai semua layu. Selepas itu matikan api.
Bila semua bahan sudah sejuk. Baru masukkan dalam blender. Masukan satu sudu gula dan 1 sudu kecik garam.
Masukkan kicap dan kisar hingga halus. Jika tidak mahu terlalu pekat boleh tambahkan sedikit air.
Resipi udang butter garlic ini hidangan paling sesuai kalau mencari lauk yang mudah dan cepat siap.Walaupun ringkas saja resipinya tapi rasa dan aromanya mewah...