Selalu kita keliru kan. Apa bezanya? Cam sama je. Gula, mentega dan krim kan? Mana lagi sedap? Ok, jika masih keliru, ini beza bahan dan cara masak atas dapurnya, api sederhana ya.
Sos karamel : GULA PUTIH (1.5 cawan) jadi karamel + butter (3 sudu besar) 2 minit kacau + whipping cream (3/4 cawan). Kacau, cukup likatnya, tutup api.
Sos butterscotch : Mentega mencair (3 sudu besar mentega) + GULA PERANG (1 cawan) 5 minit kacau + whipping cream (3/4 cawan). Kacau, cukup likat, tutup api.
Ads
Kedua-duanya boleh ditingkatkan rasanya dengan tambahan vanilla, garam mengikut kesesuaian. Jadilah ia salted caramel dan salted butterscotch masing-masing.
Apabila menanam sendiri pokok tanaman di rumah, pasti inginkan hasil yang menggembirakan hati kan. Namun tak semuanya menjadi seperti yang kita inginkan.
Contohnya pokok tomato. Belum sempat nak membesar dan berbuah, pokok pula layu dan tak sempat nak tengok hasilnya.
Namun menurut perkongsian daripada Mysarah Mk ini, pokok tomato memerlukan penjagaan rapi barulah dapat hidup dengan subur.
Jom kita ikuti trik dan tips yang dikongsi Mysarah Mk.
NAK KONGSI PENGALAMAN SAYA TANAM TOMATO
1. Pokok tomato perlukan sokongan sebab batang dia lembut (contoh: ikat pada kayu pancang/pagar)
2. Teduhan: Pokok tomato tak boleh terlampau panas, nanti mati. Saya dulu tanam tepi pokok besar, jadi teduh kurang panas **(ni paling penting. Saya tanam kali kedua tak berapa menjadi sebab tak ada teduhan dah, pokok besar tu dah kena tebang)
3. Pendebungaan: perlu dibantu supaya bunga jadi buah. Saya guna petua jentik-jentik manja bunga pokok tomato setiap hari sampai berbuah bunga tersebut.
4. Perlu siram hari-hari kerana pokok tomato ni cepat layu kalau panas dan jangan lupa letak baja supaya berbunga. Saya gunakan baja pallet tahi ayam dan ezigrow.
5. Perlu juga sembur racun serangga sebab pokok tomato senang dihinggapi bena. Saya gunakan cuka kayu. 6. Buah perlu balut, kalau tak nanti binatang tebuk, rosak.
7. Daun yang kering/rosak perlu buang. Tinggalkan daun yang elok sahaja.
Antara pokok tomato yang pernah saya tanam, bertahan hampir 9 bulan dan berbuah hampir 100 biji. Cuma jangan gunakan tali rafia untuk ikat pokok macam saya sebab lama-lama tali tu reput, kena ganti tali lain.
Saya dah tak tanam tomato sekarang sebab dah tak sempat belek pokok-pokok yang cerewet seperti ni. Sekarang ni tanam pokok yang senang bela je seperti pokok bendi.
Tak kena cara, ikan, daging atau ayam yang anda cuci masih berbau hanyir. Kadang-kadang sudah dimasak pun masih bau hanyir tidak hilang. Kali ini jangan bimbang lagi, RASA kongsikan dengan anda semua beberapa petua atau tip mudah untuk nyahkan bau hanyir degil hanya menggunakan bahan yang ada dalam dapur saja.
Halia
Halia adalah herba campuran bahan masakan yang mempunyai bau khas yang boleh menghilangkan bau hanyir pada ikan mahupun daging. Kandungan enzim proteolitik dalam halia dikatakan boleh memecahkan protein yang menyebabkan daging yang digaul dengan halia hilang hanyir dan lebih cepat empuk bila dimasak.
Campuran Cuka Dan Tomato
Rasa masam pada cuka dan tomato bukan hanya boleh menghilangkan bau hanyir tetaoi juga membuatkan daging yang telah dimasak tidak mudah basi.
Nanas
Buah nanas sangat berkesan untuk menghilangkan bau hanyir bukan hanya daging tetapi juga ikan dan ayam. Anda hanya perlu parut nanas kemudian gaulkan dengan daging atau ikan, biarkan selama satu jam kemudian cuci bersih dan sedia dimasak mengikut menu kesukaan anda.
Limau Nipis
Bau dan masam limau nipis sememangnya mampu menghilangkan bau hanyir secara semulajadi, malah ia juga dikatakan mampu menghilangkan bakteria yang menyebabkan daging cepat busuk. Anda hanya perlu perahkan jus limau pada daging, kemudian gaul rata dan cuci bersih sebelum sedia dimasak.
Daun Betik
Jika anda mempunyai pokok betik, manfaatkan daunnya. Selain fungsi utamanya untuk mengempukkan daging, masa yang sama membantu menghilangkan bau hanyirnya sekali.
Harap info ini dapat membantu anda dan selamat mencuba.
Sarapan dengan pancake atau lempeng, dengar macam mudah dan ringkas je nak buat. Hakikatnya nak mendapatkan pancake yang lembut, gebu dan cantik seperti makan di hotel mewah tu memang susah, betul tak?
Sebenarnya ada beberapa perkara perlu korang buat supaya hasil pancake adalah yang terbaik seperti diharapkan. Korang kena buat beberapa perkara berikut;
.
Pastikan baking powder dalam keadaan elok, segar dan belum expired. Ia penting kerana baking powder adalah agen untuk mengembangkan dan melembutkan pancake
Asingkan bahan Kering dengan basah. Tepung gandum, baking powder, serbuk garam dan gula dicampur bersama dan gaul dalam satu mangkuk. Campurkan bahan basah seperti telur, mentega yang dicairkan dan susu dalam mangkuk lain dan kacau rata. Seterusnya tuangkan bahan basah dalam bekas bahan kering.Menggunakan spatula, kacau rata dan tambah sedikit air jika perlu. Jika terlalu pekat pancake akan keras dan kenyal .
Gunakan kuali leper non stck. Penggunaan sedikit minyak membantu pancake mudah diterbalikkan dan warna lebih sempurna.Gunakan penyukat untuk mendapatkan pancake yang sama saiz dan ketebalannya. Dan jika disusun dalam pinggang ia nampak cantik.
Jom cuba resipi meatball homemade sedap menyengat tanpa MSG! Sihat, mudah disediakan dan sesuai untuk hidangan keluarga. Ikuti langkah mudah ini sekarang.